web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluru Sebabkan Kematian Wartawan Al Jazeera Diserahkan Kepada AS Untuk Disiasat

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 3:37PM

Wartawan veteran Palestin-Amerika Shireen Abu Akleh - Gambar AFP/Al Jazeera

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH - Peguam Negara Palestin Akram Al-Khatib pada Sabtu mendedahkan peluru yang menyebabkan kematian wartawan veteran Palestin-Amerika Shireen Abu Akleh pada Mei telah diserahkan kepada Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

Peluru itu tidak akan diserahkan kepada pihak berkuasa Israel sebaliknya diserahkan kepada Amerika Syarikat untuk diperiksa, kata Al-Khatib kepada Agensi Berita Palestin WAFA.

Palestin mendakwa hasil siasatan pada Mei, mendapati Abu Akleh ditembak dengan "sengaja" oleh penembak tepat namun dinafikan Israel yang menyifatkannya sebagai "pembohongan secara terang-terangan."

Israel telah meminta Palestin menyerahkan peluru itu untuk siasatan bersama, tetapi permintaan itu ditolak.

"Kami bersetuju membenarkan pasukan pakar khas AS menjalankan pemeriksaan teknikal ke atas peluru itu dan bukti telah diserahkan kepada pasukan yang baru tiba di negara ini.

“Pemeriksaan itu akan dijalankan di kedutaan AS di Baitulmaqdis, kata Al-Khatib.

Abu Akleh, 51, yang bertugas sebagai wartawan Al Jazeera dilahirkan di Baitulmaqdis, terbunuh akibat terkena peluru hidup di kepala pada 11 Mei ketika bertugas melaporkan pencerobohan tentera Israel di kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat.

Insiden itu menerima kecaman hebat antarabangsa.

Pada Jun, Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki bertemu Pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa Karim Khan di The Hague untuk menyerahkan hasil siasatan mengenai kematian Abu Akleh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad