web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 maut, 50,000 Hilang Tempat Tinggal, Kem Pelarian Rohingya Terbakar

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 10:39AM

Asap tebal menyelubungi seluruh kawasan kem pelarian Cox Bazar, di Bangladesh. - Gambar dari Facebook Ro Yassin Abdumonab

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kebakaran besar yang melanda kem pelarian di Bangladesh telah mengorbankan tujuh orang serta memaksa 50,000 orang melarikan diri di kem yang terletak di Cox Bazar.

Ia merupakan kebakaran ketiga yang melanda kem tersebut dalam masa empat hari.

Dianggarkan hampir 1 juta orang Rohingya yang kebanyakannya melarikan diri dari Myanmar pada 2017, tinggal di kem tersebut dalam keadaan sesak dan daif.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran terbabit bermula di salah satu daripada 34 kem di atas tanah seluas 3,237 hektar sebelum merebak ke tiga kem lain.

Bomba berjaya mengawal kebakaran sekitar tengah malam tadi.

"Tujuh orang telah meninggal dunia termasuk dua kanak-kanak, seorang wanita dan dua lelaki dewasa.

"Ia merupakan kebakaran terbesar sejak Ogos 2017. Kira-kira 1,500 hingga 2,000 rumah yang diperbuat dari buluh musnah,'' kata ketua bomba tempatan, Shahdat Hossain kepada AFP.

Dalam pada itu, seorang warga Rohingya, Mohammad Yasin berkata, kebakaran itu berterusan hingga lebih 10 jam dan terburuk sejak 2017.

Manakala Aminul Haq pula berkata:

"Orang ramai melarikan diri kerana api marak dengan cepat. Ramai yang cedera dan saya lihat sekurang-kurangnya empat mayat," kata Aminul Haq yang merupakan seorang lagi pelarian di situ.

Dua kebakaran besar juga melanda kem berkenaan pada Januari, menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal. - AFP

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran