web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demi Nak Makan Sushi, Sanggup Tukar Nama Pada `Salmon'

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 3:59PM

Dengan tukar nama kepada "Gui Yu" yang bermaksud salmon, penduduk Taiwan boleh makan sebanyak mungkin di sebuah kedai sushi. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak berkuasa di Taiwan merayu kepada penduduk di negara itu supaya menghentikan tindakan menukar nama kepada `salmon' selepas 150 orang melakukanya dalam tindakan tidak masuk akal semata-mata kerana tertarik dengan promosi sebuah restoran.

Ia disifatkan sebagai fenomena `kekacauan salmon' oleh media tempatan dengan beratus orang membanjiri pejabat kerajaan dalam masa beberapa hari ini semata-mata untuk menukar nama mereka.

Ia susulan promosi oleh sebuah restoran rangkaian sushi yang menawarkan orang ramai makan semua hidangan sushi bersama lima rakan-rakan dengan syarat nama mereka dalam kad pengenalan mengandungi karakter "Gui Yu" yang bermaksud salmon.

Taiwan memberikan kebenaran secara rasmi kepada penduduknya untuk menukar nama sebanyak tiga kali.

Namun dalam hal ini, pihak berkuasa tidak bersetuju dengan langkah itu.

"Pertukaran nama ini bukan hanya membuang masa malah menyebabkan penyediaan dokumen yang tidak perlu. Saya berharap agar semua orang rasional," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Chen Tsung-yen.

Dalam pada itu mereka yang menukar nama kepada salmon dalam temubual dengan media tempatan berkata:

"Saya baru tukar nama saya pagi tadi kepada karakter 'Bao Cheng Gui Yu' dan telah makan lebih daripada $235,'' kata seorang pelajar kolej yang hanya dikenali sebagai Ma menerusi televiyen TVBS.

"Saya tukar nama pertama saya kepada salmon dan dua kawan saya juga melakukannya. Kami akan tukar nama semula selepas ini,'' kata wanita dikenali sebagai Tung kepada SET TV. - AFP

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad