web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Paling Tua Di Dunia Kini Besarkan Anak Sendirian

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 2:38PM

Yerramatti bersama anak kembarnya yang kini berusia setahun. - Gambar dari mirror.co.uk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Yerramatti Mangayamma bergelar ibu pada usia sangat tua iaitu 73 tahun apabila melahirkan anak kembar pada 2019.

Namun Yerramatti kini berdepan dengan masa yang sukar selepas suaminya, Raja, 84, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kembar berkenaan, Rama Tulasi dan Uma Tulasi pula kini berusia setahun.

"Saya menjadi emosi setiap kali mengingati dia sudah tiada. Dia hanya mempunyai masa selama 12 bulan sahaja dengan anak-anak kami tetapi sekurang-kurangnya dia merasai pengalaman menjadi seorang ayah sebelum meninggal dunia," kata Yerrametti, yang kini berusia 75 tahun dan menetap di Andhra Pradesh, selatan India.

Pada awal perkahwinan, Yerramatti dan Raja telah cuba mendapatkan anak termasuk bertemu dengan pakar-pakar namun gagal.

Lebih menyedihkan apabila Yerramatti menopause pada usia 40 tahun.

"Ia adalah saat yang sukar. Ketika itu saya rasakan semua pintu sudah tertutup. Kami mempertimbangkan untuk mengambil anak angkat namun kami tidak melakukannya,'' kata Yerramatti, yang berkahwin dengan Raja pada 1962.

Lebih menyedihkan kata Yerramatti, jiran-jiran menggelarnya sebagai mandul dan sering mendengar mereka mengutuknya.

Kemudian pada 2018, ketika Yerramatti berusia 72 tahun, dia mendengar berita ada penduduk di situ yang berusia 30 tahun melahirkan bayi menerusi rawatan IVF.

"Saya tidak pernah mendengar mengenainya dan ingin tahu mengetahui lebih lanjut mengenainya. Saya tahu IVF memerlukan ketahanan tapi saya mahu mencuba," kata Yerramatti yang menghubungi Dr Umashankar Sanakkayala, yang terlibat dalam proses rawatan IVF pada 2018.

Yerramatti dan suaminya membayar kira-kira RM3,800. Pada Januari 2019, mereka mendapat berita yang tidak disangka-sangka iaitu Yerramatti telah mengandung.

Rama dan Uma dilahirkan menerusi pembedahan pada 5 September 2019, dengan berat di bawah 2kg. - mirror.co.uk

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar