web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gara-gara Bank Tersilap, Seorang Lelaki Terima 64 Kad Debit Gantian Sebulan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 4:00PM

Gambar dari mirror.co.uk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara kesilapan teknikal pihak bank, seorang pemegang akaun dengan tidak sengajanya, mengumpul 64 keping kad debit dalam masa satu bulan.

Berkongsi pengalaman peliknya di forum internet Reddit, individu yang dikenali sebagai Peter, berkata beliau mula menerima penghantaran kad debit gantian pada Disember tahun lepas.

“Bank saya menghantar 64 keping kad debit gantian yang sama. Ia dihantar kepada saya selang satu atau dua hari.

“Saya telah menghubungi pihak bank tapi dimaklumkan bahawa pengeluaran kad debit gantian dikendalikan oleh syarikat pihak ketiga.

“Perbezaan antara kad-kad tersebut hanyalah tarikh luputnya. Kad gantian pertama luput pada 12/24 manakala yang terakhir akan luput 04/30,” tulis Peter di Reddit.

Bagaimanapun, Peter percaya kesnya telah diselesaikan kerana sudah melebihi 10 hari dia tidak menerima kad debit gantian baharu.

“Kad-kad tersebut telah dibatalkan dan buat masa ini saya hanya menerima satu sahaja kad debit gantian,” kata Peter yang turut berkongsi gambar 64 keping kad-kad debit yang masih melekat pada surat pemberitahuannya.

Perkongsian Peter mendapat 126,000 undi serta 4,300 komen oleh pengguna Reddit yang semuanya terhibur dengan insiden tersebut.

“Jadikannya kad terup. Cuma perlu tulis nombor di belakang kad-kad itu dan anda akan mempunyai dek kad yang paling aneh di dunia” kata seorang pengguna Reddit.

Seorang lagi pengguna berkata:

“Saya pula telah memohon tujuh kad debit gantian sejak empat tahun lalu tapi masih belum menerima hatta sekeping pun.” - mirror.co.uk, 13 Mac 2021.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad