web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taiwan Hantar ‘Emma’ Berkelana Ke Jepun Cari Pasangan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 5:05PM

Emma sedang dimandikan oleh seorang pekerja di Taman Safari Leofoo, Taiwan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HSINCHU - Taman Safari Leofoo di Taiwan sedang membuat persiapan untuk menghantar badak sumbu putih berusia lima tahun dikenali sebagai 'Emma', ke Jepun bagi mencari pasangan.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membiakkan kumpulan gen badak sumbu putih yang dibiak dalam kurungan, ini adalah kali pertama Taiwan akan menghantar seekor badak sumbu ke luar negara untuk pembiakan.

Taman safari Leofoo mempunyai 23 ekor badak sumbu dan mencapai keputusan untuk memilih Emma sebagai calon yang paling sesuai.

“Emma dipilih kerana keperibadiannya yang sederhana dan saiznya yang lebih kecil, membuatkan proses penghantaran ke luar negara lebih mudah.

“Ia jarang bergaduh atau mencuri makanan badak sumbu yang lain,” kata Sean Wu, Ketua Verterinar taman tersebut, kepada AFP

Bergantung kepada visa dan kertas kerja, Emma tidak lama lagi akan berlepas ke Zoo Tobu di Saitama, Jepun di mana badak sumbu yang berusia 10 tahun, “Moran” telah dipilih untuk menjadi pasangannya yang pertama.

Untuk membantunya menyesuaikan diri di kediaman baharu, penjaga Emma sudah mula menggunakan arahan dalam bahasa Jepun dengannya.

Perjalanan yang awalnya dijadualkan pada bulan ini terpaksa ditangguhkan hingga akhir April kerana sekatan sempadan yang dilaksanakan kerajaan Jepun dalam usaha mengawal penyebaran wabak COVID-19, kata taman itu.

Seorang verterinar dan penjaga zoo akan ke Jepun dua minggu lebih awal untuk menjalani proses kuarantin. Mereka akan berada di sana sekurang-kurangnya seminggu untuk membantu Emma menyesuaikan diri dengan suasana baharunya.

Badak sumbu putih selatan - yang dijumpai di selatan benua Afrika - sekarang berjumlah kurang daripada 19,000 mengikut kumpulan pemuliharaan haiwan Save The Rhino.

Program pembiakan di zoo memainkan peranan penting dalam menambahkan jumlah kumpulan badak sumbu putih selatan.

Taman Safari Leofoo mengimport lapan badak sumbu dari Afrika pada 1979 dan ia kini berjaya melaksanakan program pembiakan paling berjaya di Asia dengan mempunyai 23 ekor badak. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pahang Wujudkan Taman Semula Jadi Seluas 1,340 Km Persegi Untuk Harimau Malaya

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Komitmen MPOGCF Ke Arah Mitigasi Hubungan Manusia-Gajah

3

Jelajah 3 tahun yang lalu

Lihat Singa Dari Dekat, Rasai Pengalaman Safari Lestari Di Afrika!

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Inisiatif Penanaman Semula Pokok MPOGCF Mampu Perkasakan Pemulihan Hutan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar