web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pahang Wujudkan Taman Semula Jadi Seluas 1,340 Km Persegi Untuk Harimau Malaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 8:00AM

Taman ini akan menyediakan habitat selamat untuk menyokong pemulihan semula jadi populasi harimau Malaya dan spesies hidupan liar lain termasuk gajah, tapir dan gaur. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Negeri Pahang akan mewujudkan rizab alam semula jadi baharu sebagai sebahagian daripada usaha Malaysia melindungi harimau Malaya yang terancam, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada Ahad.

Pahang akan mewartakan sebuah taman negara baharu seluas 1,340 kilometer persegi di kawasan hutan simpan Gunung Aais dan Tekai Tembeling pada bulan ini serta tambahan kawasan seluas 400 kilometer persegi untuk meningkatkan usaha pemuliharaan hidupan liar, titah baginda pada persidangan di selatan India.

"Taman baharu ini akan menyediakan habitat selamat untuk menyokong pemulihan semula jadi populasi harimau Malaya dan spesies hidupan liar lain termasuk gajah, tapir dan gaur," titah Tengku Hassanal.

Pusat pelepasan bertahap atau ‘soft release centre’, yang pertama seumpamanya di Malaysia, adalah sebahagian daripada pelan strategik untuk taman ini, tegas baginda.

Pemangku Raja Pahang berkenan menghadiri persidangan di Karnataka sempena 50 tahun Projek Harimau India.

Memuji inisiatif India untuk melindungi kucing besar yang terancam itu, Tengku Hassanal menggariskan keperluan terhadap usaha lebih menyeluruh untuk menyelamatkan harimau Malaya.

“Ikon utama Malaysia itu pernah berjumlah lebih tiga ribu di seluruh semenanjung Tanah Melayu, tetapi hari ini, ia berada di ambang kepupusan,” titah baginda sambil menambah bahawa tinjauan kerajaan antara 2016 dan 2020 mendapati hanya 150 ekor harimau Malaya yang masih hidup di hutan.

Tengku Hassanal menjelaskan bahawa Malaysia telah mengambil "langkah bersepadu untuk memulihkan keadaan” yang menjejaskan ikon negara itu.

Baginda bertitah sejak penubuhan Pasukan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan pada Jun 2021 yang diketuai oleh perdana menteri, Malaysia telah meningkatkan keberkesanan dalam usaha pemuliharaannya.

"Di negeri Pahang, beta menyedari keperluan kritikal untuk memulihara populasi harimau Malaya yang berdaya maju di habitat semula jadinya, kerana kawasan hutan kita yang luas," titah baginda.

Tengku Hassanal menjelaskan inisiatif negeri yang diambil selama ini termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemuliharaan Hidupan Liar Pahang untuk membantu Majlis Biodiversiti Negeri Pahang dalam perlindungan hidupan liar, menjalankan program anti-pemburuan haram dan menjalankan kajian di kawasan Taman Negara yang lebih besar bagi mengenal pasti kawasan dengan nilai pemuliharaan yang tinggi di samping meneroka potensi pembiayaan lestari.

“Pemuliharaan hidupan liar bukan sekadar tugas kerajaan dan organisasi pemuliharaan tetapi memerlukan usaha kolektif daripada semua pihak berkepentingan,” titah baginda.

Populasi harimau India

Perdana Menteri India Narendra Modi dalam ucapannya sempena majlis peringatan Project Tiger berkata negaranya menyumbang 75 peratus populasi harimau di dunia.

Negara ini mempunyai 3,167 harimau pada 2022 berbanding 2,967 dalam tinjauan pada 2018.

Populasi kucing besar India itu semakin bertambah sejak harimau itu diisytiharkan sebagai haiwan kebangsaan pada 1973 dan bilangan tempat perlindungan harimau telah meningkat daripada sembilan kepada lebih 50.

Projek pemuliharaan harimau telah menyediakan ekosistem yang sangat baik untuk kucing besar berkembang, kata Modi.

Dengan hanya 2.4 peratus daripada keluasan tanah dunia, India menyumbang kepada kira-kira lapan peratus kepelbagaian global, katanya.

Perdana menteri itu melancarkan International Big Cats Alliance (IBCA), yang menumpukan keanggotaan negara-negara yang menjadi habitat kepada harimau, singa, harimau bintang, harimau salji, puma, jaguar dan cheetah.

Ia bertujuan untuk menamatkan pemburuan haram dan perdagangan haram membabitkan tujuh spesies kucing besar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar