web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk London Langgar Perintah Berkurung, Nikmati Cahaya Matahari

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 10:31AM

Orang ramai mengambil kesempatan bersantai di Hackney Wick. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Beribu-ribu penduduk keluar ke taman-taman di ibu kota bagi bersantai dan menikmati cuaca nyaman pada suhu 13 darjah celsius tanpa menghiraukan perintah berkurung yang dilaksanakan.

Keadaan ini menyebabkan ada sesetengah penduduk yang membuat aduan polis.

Ia juga memaksa polis menjalankan rondaan dan terpaksa menyuraikan orang ramai yang sedang berkelah di Wimbledon Common, London Fields dan Primrose Hill pada Sabtu.

Situasi ini berlaku sehari selepas Timbalan Ketua Pegawai Perubatan England, Profesor Jonathan Van-Tam meluahkan kebimbangan mengenai beberapa tanda bahawa orang ramai sedang `bersantai' pada masa yang salah dalam melawan coronavirus.

"Semua pesakit yang saya vaksinkan, saya beritahu mereka: ''Ingat, semua peraturan masih terlaksana ke atas anda dan kita semua, sehingga kita berada dalam keadaan selamat. Ia tidak akan berubah disebabkan anda mengambil dos pertama vaksin.

"Dan jangan terlalu tergoda untuk berfikir, "Melawat sebuah rumah mungkin akan selamat sekarang ketika cuaca bertambah baik, menjadikan hujung minggu yang menarik, perhimpunan kecil di rumah tidak akan jadi masalah.

"Jadi pesanan utama saya malam ini, semua ini akan menjadi lebih baik tetapi terdapat tanda-tanda membimbangkan di mana orang ramai mula bersantai, `mengangkat kaki dari brek' pada masa yang salah,'' katanya dalam taklimat di Downing Street

Penduduk kota London dijangka menikmati cuaca nyaman pada hujung minggu ini dengan suhu dijangka 8 darjah celsius pada Ahad, demikian menurut laporan pejabat kaji cuaca. - Standard.co.uk

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad