Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


YAB, Saya Tuntut Hak Saya (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 12:11PM

oleh

Jo Haq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

26 Oktober 2015

“Yang Amat Berhormat Dato’ Sri. Saya nak tuntut hak saya sebagai rakyat negara ni. Dah lama saya terpendam perasaan ni sejak tahun 1992 lagi. Banyak lagi yang Kerajaan boleh buat. Pertama, saya nak semua majlis perbandaran membenarkan pusat-pusat video game ting tong. Lagi elok diwajibkan semua pasang balik game Street Fighter II dan 1942. Kedua, bukak balik pusat-pusat snooker kat semua bandar. Bebudak sekarang ni bahlol tak reti apa itu snooker sebab asyik main Facebook 24 jam...macam g*****g. Lepas tu saya nak harga teh ais kembali ke 60 sen macam kat gerai Seksyen 2 Shah Alam tu dulu.

Mana pergi keretapi Senandung Malam dan Sinaran Pagi. Kan best kalau rakyat boleh cilok sembunyi dalam toilet bila tukang tiket ronda. Murahlah sikit kos naik keretapi. Seterusnya, saya nak harga rokok diturunkan ke RM2.40 dan dibenarkan rokok dijual satu-satu batang yang dalam tin tu. Lepas tu, paksalah RTM pasang balik TV Series Airwolf, Macgyver dan The A Team. Tu baru class namanya. Ni bebudak sekarang dok tengok benda-benda bangang macam Justin Bieber buat apa? Anyway... Dato’ Seri, itu apa yang saya rasalah. Tak tau lah rakyat yang lain”

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merenung tajam ke mata Razak dan berkata, “Saudara Razak”

“Iya... saya”

“Saya memang prihatin dengan kehendak rakyat..... rakyat yang bertanggungjawab. Sudahkah Saudara Razak membayar cukai pendapatan? ..... dan Saudara Razak pernah mengundi tak?”

Razak tersipu-sipu malu, “Errrr.... belum lagi Dato' Sri”

“Baik. Bila dah selesai bayar cukai dan berdaftar untuk undi, WhatsApp saya. Saya akan cuba sedaya upaya...errrr.... mungkin untuk satu sahaja”

“Yang mana tu Dato’ Sri?”

“Saya suka idea Snooker tu. Saya nak belia kita jadi macam James Wattana yang score 147 perfect”. - Getaran, 11 Julai 2021

Akauntan yang dalam tubuhnya mengalir darah seni. Suka mengembara untuk mengecap pengalaman di negara orang. Bekas pengurus lima syarikat siaran televisyen tempatan. Kini aktif menghasilkan kompilasi cerita ringkas, sajak, puisi dan lirik berbahasa Melayu. Novel Spanapurba akan menemui pembaca pada penghujung 2021.

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Dr Zamri Dan Pontianak Kebaya Merah (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Hadiah Untuk Boboi (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Mencari Octopus Di Bulan (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Mandi Tanah (Kolesi Cerita Ringkas Spanapurba)

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi