Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Dr Zamri Dan Pontianak Kebaya Merah (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 8:58AM

oleh

Jo Haq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

30 Mac 2018

Dr Zamri selalu bekerja lewat di Hospital Seremban. Maklumlah, doktor memang selalu bertungkus lumus demi rakyat. Seperti biasa, pada satu malam Dr Zamri habis kerja pukul 12 malam. Di mindanya, “Aku nak balik mandi cepat-cepat, makan Maggi Goreng dan boleh terbongkang macam kambing tua tak sedar diri.”

Maka Dr Zamri dengan rakus membawa Honda Civicnya dengan laju di jalan raya yang teramatnya gelap. Tiba-tiba dengan tidak diduga, seekor pontianak berbaju kebaya merah terbang mengikut kereta Honda Civicnya dari tepi. Dr Zamri menggelabah. Terkumit-kumit bibir kering membaca Al-Fatihah, doa makan dan doa masuk jamban berulang-ulang kali. Kerusi Honda Civicnya penuh dengan kencing hancing kuning Dr Zamri kerana terlampau takut sehingga terkencing di dalam seluar Levi's yang dibelinya di kedai Bundle di Bazar Bulat Ipoh dua puluh tahun yang lalu.

Pontianak berkata-kata sambil terbang, “Abang.... hoi Abang... dengarlah Sayang nak cakap ni... apa yang Abang takutkan sangat ni?”

Dr Zamri menjerit, “Celaka kau Pontianak Kebaya Merah! Kau boleh tanya aku lagi.. Cheh! Pergi kau dari sini. Kenapa kau ikut-ikut aku ni? Aku tak kacau kau pun!”

“Lah... Abang... bukan apa... saya nampak handfon Abang tu.... model baru Samsung S9. Saya nak cuba tengok kalau saya selfie macamana rupa.. cantik ke tidak? Itu pasal saya beli kebaya merah dari Fashion Valet ni”

Dr Zamri terus menekan brake Honda Civicnya. “Lah...apasal adik tak cakap awal-awal?”

Dr Zamri pun turun dari kereta dan berwefie dengan Pontianak Kebaya Merah. Kedua-dua Dr Zamri dan Pontianak Kebaya Merah tersenyum indah tapi malangnya apabila butang kamera Samsung S9 ditekan, hanya muka Dr Zamri yang nampak sebab hantukan tak boleh muncul dalam kamera. Begitulah alkisahnya Dr Zamri dan Pontianak Kebaya Merah.

Sekian. - Getaran, 1 Ogos 2021

Akauntan yang dalam tubuhnya mengalir darah seni. Suka mengembara untuk mengecap pengalaman di negara orang. Bekas pengurus lima syarikat siaran televisyen tempatan. Kini aktif menghasilkan kompilasi cerita ringkas, sajak, puisi dan lirik berbahasa Melayu. Novel Spanapurba akan menemui pembaca pada penghujung 2021.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 minggu yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 3 minggu yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 3 minggu yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok