Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hadiah Untuk Boboi (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 1:04PM

oleh

Jo Haq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

8 September 2015

Chombie baru sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Dia penat. Dia baru keluar dari flight yang 7 jam panjangnya dari Melbourne, Australia. Dia penat. Malah, dah beribu kali dia menyatakan yang dia penat. “Hoi! Aku penatlah! Aku nak balik kat rumah aku di Setia Alam tu. Nak tidoq. Hang tau?”

Tapi Ikram tetap persisten, “Jom lah! Ikut aku pergi tengok Si Azrem tu lumba motosikal kat Sepang. Diorang lumba malam-malam syok tu. Kau ikut aku bonceng belakang kat motor aku ni. Nanti, aku belanja kau Nasi Vanggey esok ni bila kita turun balik kampung Ipoh. Amacam?”

Chombie macam kesian dengan Ikram tapi dia terasa amatlah penatnya. Mana tidak, bila dah kena jadi stewardess kat First Class, kenalah layan Dato’-Dato’ keparats tu semua yang pelbagai karenah diorang tu. Si Ikram pun sebenarnya penat sebab dia pun sama-sama layan penumpang kat First Class, cumanya, Ikram layan Mak Datin yang dah tak dilayan suami masing-masing.

Mereka bertiga, bersama Azrem, selalunya bersama-sama di dalam flight. Kali ini Azrem minta cuti sebab nak lumba motosikal. Kononnya dia dah menang banyak series.

“Ikram, kitakan macam tak tidur 7 jam tadi dalam flight. Sekarang dah 1 pagi ni. Kau tak jet lag ke? Esok kan kita nak drive 200 kilometer balik Ipoh. Anak kau dengan nenek kau kat Simpang Pulai tu rindu kat kau. Kalau kau tidur lambat, lambatlah kita bertolak esok. Tertunggu-tunggu je budak tu nanti.”

“Alahhh,... tak pe anak aku tu. Boboi dah besaq tu. Dia mana ada rindu-rindu ni. Bila aku tunjuk kat dia hadiah toy Transformers yang aku beli kat dia, dia lupa habih rindu nanti.”

“Ikut suka hang lah Ikram. Aku mengantuk ni. Aku nak pi tidoq. Hang pi sorang sajalah. Jaga elok-elok naik motor tu. Bukan hang yang nak race. Si Azrem tu yang race tau!”

“Ye lah. Ni ko pegang beg aku ni dulu. Nanti esok aku ambik. Dalam tu ada toy Transformers untuk Boboi. Ok. bye!”

Good night Ikram.”

**********

“Kriiiinnnggg Kriiiinnnggggg ......... ”

“Errrr.... hello. Sapa ni?”

“Errrmmmmm.... ni Azrem”

“Ni awat hang call pagi-pagi buta?” kata Chombie sambil mencari-cari jam yang sekarang dah pukul 3 pagi.

“Chombie,...... eerrrrr..... Chombie.... ”

“Chombie, Chombie,.. apa dia cakaplah! Aku nak tidoq ni!”

“Ikram dah tak dak.”

“Ikram apa?”

“Ikram. Dia. Dia tadi.... accident. Lori balak langgar masa dia buat u-turn.”

“.................................”, Chombie membisu sambil mengeluarkan toy Transformers dari beg Ikram. Dia hanya mampu berkata, “Tapi Ikram tak sempat bagi Optimus Prime ni kat Boboi.” - Getaran, 20 Jun 2021

Akauntan yang dalam tubuhnya mengalir darah seni. Suka mengembara untuk mengecap pengalaman di negara orang. Bekas pengurus lima syarikat siaran televisyen tempatan. Kini aktif menghasilkan kompilasi cerita ringkas, sajak, puisi dan lirik berbahasa Melayu. Novel Spanapurba akan menemui pembaca pada penghujung 2021.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan