web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mencari Octopus Di Bulan (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 11:32AM

oleh

Jo Haq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

26 Julai 2016

“Ayah. Malam ni saya nak ke bulan. Ayah doa kan saya ye”

“Oi. Kau mabuk apa? Nak ke bulan kejadahnya. Ada ape hal kat bulan tu?”

“Saya nak ke bulan Ayah. Saya nak cari Optimus Prime

“Huhh? Octopus?”

“Bukan. Tu sotong. Tu ha yg besar bagak merah boleh jadi lori. Optimus Prime

“Ada apa dengan Octopus Prime tu yang kau terhegeh-hegeh nak jumpa?”

“Ada lah... ”

“Ehhh.... budak ni. Kepala hangguk kau berjambul. Kau bilang kat aku apa halnya kau nak ke bulan jumpa Octopus Prime tuh?”

Optimus Prime. Bukan Octopus. Octopus tu sotong”

“Apa-apa lah. Sotong ke udang ke... kau cerita kat Ayah apa yang tergempak sangat nak ke bulan?”

“Saya nak ke bulan nak jumpa Optimus Prime sebab dia sorang sajelah boleh melawan askar-askar Zionist yang dok menyerang Palestine. Kesian orang-orang Palestine. Saya tengok semua negara-negara Islam yang lain semua kecut takde t***r nak lawan Zionist. Sebelum saya berdoa dengan Tuhan, kenalah usaha sedaya upaya dulu kan Ayah? Jadi.... saya nak ke bulan nak ajak Optimus Prime turun ke bumi lawan dengan Zionis”

Ayah memeluk aku dengan erat sambil berkata, “Tak payah pergi jauh sampai ke bulan Nak. Esok ayah bawak kau ke ToysrUs. Bukan saja Octopus Prime,.. Superman, Batman, Six Million Dollar Man semua kita boleh ajak lawan Zionis ye... ”

“..... Optimus Prime lah.... bukan Octopus Prime.” - Getaran 6 Jun 2021

Akauntan yang dalam tubuhnya mengalir darah seni. Suka mengembara untuk mengecap pengalaman di negara orang. Bekas pengurus lima syarikat siaran televisyen tempatan. Kini aktif menghasilkan kompilasi cerita ringkas, sajak, puisi dan lirik berbahasa Melayu. Novel Spanapurba akan menemui pembaca pada penghujung 2021.

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 tahun yang lalu

Dr Zamri Dan Pontianak Kebaya Merah (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

2

Kolum 4 tahun yang lalu

YAB, Saya Tuntut Hak Saya (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

3

Kolum 4 tahun yang lalu

Hadiah Untuk Boboi (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

4

Kolum 5 tahun yang lalu

Mandi Tanah (Kolesi Cerita Ringkas Spanapurba)

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga