web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mandi Tanah (Kolesi Cerita Ringkas Spanapurba)

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 6:34PM

oleh

Jo Haq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

1 April 2016

Dulu masa aku belajar kat Melbourne di Australia, duit scholarship Gomen ciput. Australian Dollars (AUD) 531 sebulan saje. 1 AUD above tahap kemiskinan. Tahap kemiskinan di Australia masa tu AUD530. Bayar sewa AUD200. Bayar daging, ayam, sayur apa bala dah AUD100. Bayar letrik, air, fon semua dah AUD100 kot. AUD100 untuk beli rokok murah Peter Jackson. RM30 belanja awek nengok wayang kat Village Cinema South Yarra.

Kesimpulannya..... hidup tertekan sebab tak cukup duit. Study no problem. Sarjana muda perakaunan. Apa susah? Debit Credit je.... yang lebeh tu kelentong goreng je. So, apa lagi. Pergilah cari kerja part time. Malam minggu gi jadi kitchen hand kat Topez Pizza kat Prahran. Semua lah aku buat. Basuh pinggan. Bancuh uli tepung roti pizza. Buat French Salad, Greek Salad, pelbagailah. Potong sayur. Potong daging. Potong ayam. Potong salami.... dan potong babi.

Babi betoi..... kena potong babi. Setiap malam balik rumah kena mandi air tanah. Aku tanya housemate aku Shimi budak Kedah nak mandi samak ni apa sukatan. Dia bilang satu bahagian air dan tujuh bahagian tanah. Entah betul tidak. Sampai hari ni aku tak tau. So.... koreklah tanah depan rumah tu. Habis penuh tanah dalam bath tub sampai sumbat. Alih-alih kena maki dengan landlord Mr Andrew Vasilou mamat Greek perut buncit. Semua ni sebab nak sembahyang punya pasal.

Satu hari di Hari Raya selepas mandi sunat Hari Raya dengan air tanah, kitaorang ready-ready nak ke Malaysia Hall High Street Windsor untuk sembahyang Raya......tiba-tiba ternampak anjing tengah berak kat tanah depan rumah yang selalu aku ambik untuk mandi wajib... ehhhh silap, mandi samak. Adoi, hancurnya perasaan. Mana nak cari supply tanah kat tengah-tengah Melbourne nih?

Selepas Hari Raya aku tender resignation as the most dedicated Kitchen Hand in all of Prahran Melbourne. Pekerjaan seterusnya ialah posmen untuk junk mail. - Getaran, 16 Mei 2021

Akauntan yang dalam tubuhnya mengalir darah seni. Suka mengembara untuk mengecap pengalaman di negara orang. Bekas pengurus lima syarikat siaran televisyen tempatan. Kini aktif menghasilkan kompilasi cerita ringkas, sajak, puisi dan lirik berbahasa Melayu. Novel Spanapurba akan menemui pembaca pada penghujung 2021.

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 tahun yang lalu

Dr Zamri Dan Pontianak Kebaya Merah (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

2

Kolum 4 tahun yang lalu

YAB, Saya Tuntut Hak Saya (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

3

Kolum 4 tahun yang lalu

Hadiah Untuk Boboi (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

4

Kolum 5 tahun yang lalu

Mencari Octopus Di Bulan (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga