Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenapa Kitar Semula Bukan Penyelesaian Masalah Sisa Plastik

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 1:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap hari sejumlah besar sisa plastik akan mencemari sistem bekalan air kita walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program kitar semula seperti polisi ‘tiada plastik beg percuma’, pengasingan sisa pepejal isi rumah dan menghentikan import plastik yang tidak boleh dikitar semula.

Langkah-langkah ini gagal menghalang beg plastik memenuhi longkang-longkang kita sehingga menyebabkan ianya tersumbat atau botol-botol plastik terhanyut sehingga mengotori serta mencemari persisiran pantai kita.

Walaupun kebanyakan sisa-sisa tersebut lazimnya hanyut dan hilang daripada pandangan, ia selalunya akan terkumpul di sungai-sungai dan laut sekali gus menjejaskan tumbuh-tumbuhan, hidupan liar dan juga masyarakat.

Barangkali insentif dan langkah pencegahan untuk menangani sisa plastik yang dilakukan tidak bersesuaian.

Ketika negara China menguatkuasakan larangan import sisa plastik, ia secara langsung memaksa negara-negara pengeluar sisa plastik untuk membina sistem pengendalian sisa mereka yang tersendiri.

Penghasilan peluang pekerjaan, penambahan nilai kepada sampah sarap, dan berdialog dengan masyarakat setempat untuk mencapai kesedaran sivik merupakan antara insentif yang diadakan bagi mewujudkan ‘Ekonomi Sirkular.’

Mungkin barisan pengumpul sisa dalam negara kita tidak disematkan dengan nilai-nilai yang mencukupi? Mungkin teknologi tidak sampai ke tempat sepatutnya? Mungkin adanya kekurangan pemahaman mengenai keuntungan jangkamasa singkat dan jauh.

Penggunaan dan penguatkuasaan undang-undang sedia ada perlu dilaksanakan dan masyarakat awam perlu maklum balas yang objektif.

Supaya kita semua boleh berusaha untuk melakukan yang terbaik, samada sebagai seorang pelajar, guru, suri rumah, majikan, pekerja, pereka produk, pemilik perniagaan mahupun penggubal dasar.

Perlukah kita meneruskan budaya mengambil, membuat dan membuang ini? Atau pun kita mahu beralih arah dan mencontohi alam sekitar dengan mewujudkan ekonomi sirkular yang lebih mampan untuk masa hadapan.

Tontonilah episode ‘Breaking Down the Issue’ bulan ini di mana isu berkaitan sisa pepejal plastik akan dikupaskan dengan lebih lanjut.

Anda boleh berkongsi pendapat anda dengan menghantar e-mel kepada pihak kami di [email protected].

Rancangan ini dibawa kepada anda oleh kumpulan sokongan dan penyelidikan Institut Sekhar bersama-sama dengan Forum Good Capitalism iaitu sebuah entiti yang mempromosikan budaya kapitalisma sosial yang bertanggungjawab dan laman portal, The Vibes. - Getaran, 20 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Ingin Memiliki Dunia Yang Bersih? Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Hantar Gajet Lama, Rosak Ke Pusat Pengumpulan E-sisa MCMC - Teo

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penggunaan Plastik Sekali Guna Ditamatkan Secara Berperingkat - Menteri

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM