Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kisah Di Sebalik Pembentukan Kerajaan Perpaduan

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 1:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam lengkap sudah pembentukan anggota Jemaah Menteri. Kerajaan ini Kerajaan Perpaduan. Berada di dalamnya Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Idea Kerajaan Perpaduan dikemukakan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong kepada ketua-ketua parti. Semua setuju kecuali Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan Perpaduan suatu formula ke arah kestabilan politik. Dari situ membawa kemakmuran ekonomi. Hasilnya kehidupan rakyat terjaga.

Saya berbangga menjadi sebahagian watak yang ikut menyumbang ke arah pembentukan kerajaan perpaduan ini.

Berbeza pandangan ramai, usaha ini bukannya bermula pada tarikh keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diketahui pada 19 November 2022.

Kita sudah lama membaca perubahan lanskap politik negara yang tidak memungkinkan sebuah parti atau gabungan membentuk kerajaan sendiri.

Semua parti atau gabungan adalah potensi rakan untuk diajak berunding. Saya bertuah kerana pandangan jauh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ikut mendukung pendekatan ini. Pendekatan politik inklusif. Meramaikan kawan dan mengurangkan musuh. Saya diberi peluang dan peranan seluas-luasnya untuk membina rangkaian politik rentas parti selama aktif dalam Keadilan (PKR).

Rangkaian ini berteraskan ‘trust & respect’ (kepercayaan dan penghormatan). Bermula dengan PH itu sendiri. Hubungan sesama pimpinan cukup akrab. Anthony Loke yang juga Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng (Pengerusi DAP), Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan), Steven Sim, Gobind Singh Deo, M Kula Segaran, Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Seri Mujahid Yusof, Datuk Husam Musa, Khalid Abdul Samad serta Datuk Dr Moha Hatta Md Ramli misalnya adalah rakan saya puluhan tahun. Kami saling memahami gerak politik satu sama lain.

Hubungan peribadi sekian lama dengan pimpinan BN khususnya UMNO, MIC dan MCA memudahkan saya berunding serta berbincang. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi BN), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Presiden MCA), Tan Sri S A Visneswaran (Presiden MIC) dan Datuk Seri M Saravanan (Timbalan Presiden MIC) rakan dekat sejak puluhan tahun.

Rakan dari Sarawak termasuklah Datuk Joseph Salang Gandum, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Tiong King Sing, Datuk Ibrahim Baki, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sekadar menyebut beberapa nama amat mudah untuk diajak berbicara.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Datuk Darell Leiking dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dari Sabah juga kalangan teman yang ikut mendukung.

Sejurus keputusan PRU-15 memaparkan tiada parti yang memperolehi majoriti, pimpinan PH membuat ketetapan segera berunding dengan parti lain. Menjadi pembangkang bukannya satu pilihan. PH mesti menjadi kerajaan dan Datuk Seri Anwar diletak sebagai Perdana Menteri.

Bermula dari situ saya di arah mengatur gerak mendekati watak utama parti bukan PH yang memenangi sejumlah kerusi untuk diajak ikut serta.

Ternyata langkah diatur kali ini menjadi jauh lebih mudah tatkala idea Kerajaan Perpaduan disyorkan, tepat pada masanya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beberapa pengajaran:

  1. Sentiasa amalkan pendekatan politik terbuka. Politik itu dinamik, justeru pendekatan politik juga harus fleksibel.
  2. Hormat kawan dan lawan. Kita tidak tahu bila kita akan saling memerlukan.
  3. Sabar. Politik ini suatu maraton lambat mencapai destinasinya.

Saifuddin Nasution Ismail adalah Setiausaha Agung PKR dan Menteri Dalam Negeri.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Tidak Rasional Tuduh Kerajaan Persekutuan Anak Tiri Negeri Pembangkang - Saifuddin

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Sirul Azhar Belum Buat Permohonan Semakan Sabitan Hukuman - Saifuddin

3

Politik 5 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Pembangkang Sokong Perdana Menteri Tidak Hilang Kerusi - Saifuddin Nasution

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Guna Prinsip Hak Untuk Kembali, Usaha Selamatkan Mangsa Pemerdagangan Manusia Sentiasa Berjalan

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry