Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Kebebasan, Keadilan Bukan Untuk Warga Eropah Berkulit Cerah Dan Bermata Biru Sahaja

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 7:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam satu temu bual yang diterbitkan oleh majalah The New Yorker, Profesor John Mearsheimer dari Universiti Chicago menyatakan konflik Ukraine-Russia ketika ini sebenarnya telah bermula pada April 2008 di Sidang Kemuncak NATO, apabila pakatan ketenteraan itu mengumumkan Ukraine dan Georgia akan menjadi ahlinya.

Menurutnya, Russia dengan serta-merta mengisytiharkan bahawa tindakan NATO akan dilihat sebagai ancaman kepadanya dan mereka tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat dan ahli NATO yang lain memilih untuk tidak mengendahkan amaran Russia itu dan terus menjadikan Ukraine sebagai benteng barat di sempadan Russia.

Oleh itu, Mearsheimer tidak terkejut apabila Russia memutuskan untuk menceroh Ukraine sebagai satu strategi untuk menghapuskan ancaman.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna tindakan Russia adalah wajar di bawah undang-undang antarabangsa.

Dalam artikel yang diterbitkan oleh The Conversation, Prof Hurst Hannum, Profesor Undang-Undang Antarabangsa, Fletcher School of Law & Diplomacy, di Universiti Tufts menyatakan, “tiada senario di mana pencerobohan bersenjata Russia ke atas Ukraine adalah sah di bawah undang-undang dan norma antarabangsa kontemporari.”

Beliau juga menambah, “Tiada apa yang telah dilakukan oleh Ukraine boleh ditafsirkan sebagai ‘serangan bersenjata’ ke atas Russia yang membolehkan ia membuat tuntutan mempertahankan diri”.

Dengan itu, tidak mengejutkan pada 2 Mac, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam satu sidang tergempar oleh beberapa ahli Majlis Keselamatan PBB mengundi untuk mengecam Rusia kerana menyerang Ukraine dan menuntut Moscow menghentikan serangannya serta menarik balik pasukan tenteranya.

Resolusi itu disokong oleh 141 daripada 193 ahli majlis tersebut.

Tindakan kebanyakan negara untuk memulaukan Russia daripada segi kewangan oleh itu dilihat sebagai wajar.

Malah, jika Rusia enggan berundur dari wilayah Ukraine yang telah didudukinya, dunia harus melaksanakan dasar boikot, pelupusan dan sekatan (BDS) skala penuh terhadap Rusia.

Kegagalan untuk bertindak dengan tegas menentang pencerobohan haram atau kolonisasi negara berdaulat akan mengundang lebih banyak perilaku agresif yang tidak peduli tentang undang-undang antarabangsa, terutamanya golongan yang mempunyai kuasa ketenteraan unggul berbanding yang lain.

Bagaimanapun, untuk konsisten dalam penolakan mereka terhadap sebarang pencerobohan dan penjajahan haram ke atas negara yang berdaulat, masyarakat antarabangsa harus segera melaksanakan dasar boikot, pelupusan dan sekatan terhadap Israel juga.

Ini kerana Israel juga telah menceroboh Palestin sejak sebelum 1948 lagi.

Seperti yang diterangkan oleh Profesor Ilan Pappe dalam bukunya “The Ethnic Cleansing of Palestine”, Israel hanya wujud apabila peneroka Zionis dari Eropah datang ke Palestin bermula pada awal abad ke-20.

Peneroka ini kemudiannya terlibat dalam jenayah pembersihan etnik, dalam usaha mereka untuk menjajah tanah itu dan menubuhkan tanah air baru untuk orang Yahudi.

Mereka menjelaskan dari awal lagi yang projek mereka di Palestin bukan hanya projek kolonial tetapi adalah projek peneroka-penjajah, pandangan yang dikongsi oleh ramai pakar tentang sejarah Palestin termasuk Profesor Scott Burchill dari Universiti Deakin di Melbourne dan Profesor Madya Peter Slezak dari Universiti New South Wales di Sydney.

Oleh itu, projek ini memerlukan demografi di mana penduduk negeri itu sepenuhnya Yahudi atau kebanyakannya Yahudi, yang seterusnya memerlukan penghapusan penduduk asli Palestin.

Pihak Zionis mengimplementasikan pelan mereka dengan kejam, menggunakan kumpulan paramilitari yang menjalankan serangan ke atas kawasan perkampungan dengan itu memaksa lebih 750,000 rakyat Palestin meninggalkan tanah air mereka dan menjadi pelarian, sebelum mengumumkan pada 1948 penciptaan Israel.

Para pelarian bukan sahaja dihalang daripada kembali ke rumah mereka, pihak Zionis pada 1967 terus merampas lebih banyak tanah Palestin di Timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat Israel menjalankan serangan terancang terhadap tentera Arab.

Untuk menangani kesulitan jumlah penduduk Palestin yang enggan meninggalkan tanah air mereka yang dirampas, Zionis mengenakan pendudukan tentera yang berterusan. Dengan cara ini penduduk Palestin tidak boleh mendapat hak sebagai warganegara Israel, dengan ini mengekalkan majoriti Yahudi di negara itu.

Untuk pihak Zionis, kewujudan kaum Arab di Tebing Barat adalah dalam bentuk golongan yang ditindas, terhad kepada beberapa Bantustan atau enklaf.

Dalam masa yang sama, Israel terus menambah jumlah penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Tidak menghairankan yang tiga pertubuhan hak asasi manusia, terbaru Amnesty International, merumuskan yang Israel sedang melakukan apartheid, jenayah kepada kemanusiaan, ke atas rakyat Palestin.

Kesimpulannya, mereka yang mempunyai hati nurani di seluruh dunia harus konsisten.

Sama seperti mereka tidak dapat bertolak ansur dengan pencerobohan haram Ukraine oleh Rusia, mereka juga harus menolak pendudukan haram Zionis di Palestin.

Selain itu, mereka harus mengetengahkan sifat apartheid Zionis dan kenapa perlu diboikot sehinggalah ia menghentikan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Kebebasan, keadilan dan kecekalan bukan sahaja untuk warga Eropah berkulit cerah dan bermata biru.

Desakan mengenai hak rakyat Ukraine untuk menentukan nasib sendiri juga mesti disertai dengan desakan hak yang sama untuk rakyat Palestin.

Selain dari itu adalah hipokrit. - Getaran, 7 Mac 2022

Profesor Mohd Nazari Ismail adalah pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

JPM Jalin Kerjasama, Pastikan Keselamatan Jemaah Haji, Umrah Terjamin - Menteri

2

Luar Negara 3 hari yang lalu

Jawatankuasa PBB Gagal Capai Kata Sepakat Terhadap Permohonan Keahlian Palestin

3

Luar Negara 4 hari yang lalu

8 Orang Awam Terbunuh Dalam Serangan Israel Ke Atas Bandar Rafah 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Serangan Di Gaza: Na'im Rakam Ucapan Takziah Kepada Ismail Haniyeh 

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz