Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Syurga Buat Sahabatku, Zaharah Isteri Solehah

Minggu ini, kolumnis kami Wirda Adnan bercerita tentang sahabatnya, Zaharah. Apa kisah teman yang satu ini? Teruskan membaca.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 5:08PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat rencana ini saya tulis, sayu di hati masih menebal, sesekali air mata bergelingan. Ya, saya kehilangan seorang lagi kawan minggu lalu, kawan yang jauh di mata tetapi amat dekat di hati. 

Kawan yang saya pilih untuk dijadikan isteri kepada saudara saya sendiri. Kawan yang sesiapa pun mengenalinya akan sayang kepadanya kerana bukan sahaja peribadinya yang sangat baik tetapi rupa paras jelita dan mesra orangnya. 

Kawan anak orang berada, tinggal di merata dunia kerana mengikut keluarga. Kawan yang ada serba-serbi tetapi langsung tidak hidung tinggi.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Saya mengenali Zaharah secara kebetulan. Sebagai wartawan majalah antara tugas saya ketika itu mencari rumah-rumah cantik untuk hiasan di majalah. 

Sedang saya merayau-rayau memerhatikan rumah-rumah di kawasan perumahan, ternampak dua gadis (adik-beradik). 

Menegur mereka, layanan bertambah mesra memandangkan kami jiran setaman. 

Lantas terus dijemput ke dalam rumah mereka. Segar di luar dengan aneka pepohon dan bunga-bungaan, begitu juga hiasan di dalamnya. 

Tidak sukar memujuk, sebulan kemudian hiasan dalaman rumahnya mengambil 10 muka surat majalah. Persahabatan menjadi bertambah akrab.

Kadang kawan sekadar kita jadikan teman bercerita, teman shopping, teman ke panggung wayang, teman untuk menghilangkan kesunyian, tetapi pada Zaharah, saya mahu dia lebih daripada itu. 

Kalau sekadar teman biasa, tiba waktu jauh di mata hilang di hati dan perpisahan terjadi, mungkin perpisahan buat selama-lamanya.

Bila dia dan saya berpindah ke tempat lain atau berkahwin kemudian dengan hal masing-masing misalnya, mungkin perhubungan berhenti di situ. Akan tetapi saya tidak mahu ‘melepaskan’ Zaharah terus dari ingatan dan mahu berkawan selamanya. 

Bagaimana caranya? Saya mahu dia dan ahli keluarganya menjadi sebahagian daripada keluarga saya juga. Saya tidak mahu dia terlepas ke tangan jejaka lain.

Teringat sepupu; orangnya kacak, berpelajaran tinggi dengan kerjaya sesuai lulusan luar negeri. A good match. Nah, jadilah saya orang tengah memperkenalkan mereka. Dialah cinta Zaharah yang pertamanya rupa-rupanya.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Saya tinggalkan Zaharah dan Zack melayani cinta mereka. (Waktu itu pun kami tidak berjiran lagi.)

Segenap hujung dunia ku

Ingin kau tahu

Kini aku jatuh cinta.

Lagi kiriman Zaharah pada saya,

Ketika aku melihatnya

Berdetak-detak di dada

Mungkin itu suatu pertanda

Bahawa aku suka padanya.

Mereka berkahwin pada usia Zaharah 20 tahun. Sebagai isteri diserahkan jiwa dan raganya. Sebagai isteri, Zaharah mengabadikan diri kepada insan bernama suami dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Dia tidak pernah bercerita pun sama ada dia bahagia atau tidak dan saya juga tidak pun pernah bertanya, tapi saya percaya kalau anak berderet-deret, bahagialah. 

Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Hidup di kota mungkin tidak sesuai lagi bagi suami isteri ini. Mungkin kerja sang suami juga tidak menjanjikan keseronokan atau lebih banyak bebanan kerja yang harus dipertanggungjawab. 

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Saya dengar mereka sudah berpindah ke desa, berniaga dan yang seterusnya, satu hari saya terserempak dengan Zaharah. Kalau dia tidak menegur saya dahulu, saya tidak kenal dia.

Kalau bukan kerana suaranya yang lembut merdu, mungkin saya tidak berhenti untuk berjabat salam. Kerana yang saya nampak hanya dua biji matanya, dia sudah berhijab (ini 30 tahun yang lalu di mana niqab bukan biasa bagi wanita Muslimah di sini).

Orang berniqab waktu itu amat asing pada kita semua. Ya, mata itu yang pada awalnya dulu, membuat saya mahu menjalin persahabatan, mata yang seolah memberitahu kemuliaan di dalam hatinya.

Ya, isteri yang baik menurut apa sahaja kehendak suami. Suami berhijrah mendekatkan lagi dirinya kepada Allah. Isteri yang solehah mengikut apa sahaja kehendak suami. Anak yang dulu bersekolah persendirian (private school) dipindahkan semua ke sekolah pondok.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Dulu yang tinggal dalam kalangan orang elit, kini persekitaran pondok-pondok kecil dan tempat tinggal yang tidak sempurna bagi yang telah merasai nikmat kemajuan  teknologi canggih.

Yalah tidak dapat dibayangkan tinggal di rumah yang peti televisyen pun tiada, maka jauh sekali peralatan canggih memudahkan dan menyeronokkan urusan kehidupan harian. 

Saya yang mendengar cerita pun gerun sebenarnya, tetapi sesekali bertemu di majlis kenduri kendara nampak dia tenang menghadapi hidup yang jauh sangat daripada kehidupan zaman kanak-kanak dan remajanya. Saya kagum.

Sesekali bila teringat, kami bertanya khabar, tapi sekadar itu sahaja. Saya juga kosong idea untuk bercerita kerana merasakan dunia kehidupan kami yang sudah jauh berbeza.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Dulu saya tempatnya bertanya tentang fesyen, kecantikan, tentang dunia hiburan, eh tentang apa sahaja.

Sesekali bila dia nak masak makanan Melayu dia mencari saya. “Bawang dimayang, mayang itu apa Wirda? (begitu kurang vocabulary Bahasa Malaysia, yalah dia bersekolah antarabangsa).

Dan, dua tahun lalu sebelum PKP, bertemunya di majlis. Sekali lagi saya tidak dapat mengenalinya jikalau dia tidak menegur saya. 

“Wirda, thank you for coming.” Suara yang merdu itu menangkap ke dalam jantung kalbu, tetapi dari mana datangnya suara itu? Mata saya cuba mencari kerana yang berdiri di hadapan dan di tepi semuanya tidak berniqab, dan kemudian, “Wirda, I am here.” 

Jantung saya bagaikan hendak luruh, Zaharah yang berniqab tadi duduk di kerusi roda, oleh kerana dihalangi pandangan saya dengan beberapa wanita yang berdiri di hadapannya, saya tidak perasaan langsung dia di sebelah.  

Saya berlari mencium pipinya, air mata ini tiba-tiba meleleh, sayu sangat melihatnya di kerusi roda, tetapi cahaya matanya itu tidak menggambarkan yang dia sedih.

Cahaya dari mata itu tetap sama seperti selalu. “Please don't cry, Zah masih boleh ke sini sekalipun terpaksa disorong,” katanya memujuk. 

Kami tidak bercerita panjang sebab pengantin sudah masuk ke dewan untuk bersanding.

Eh, kenapa ya saya membawa kisahnya di ruangan ini? Maaf ya, kerana terbawa-bawa kenangan saya terhadap Zaharah yang akhirnya dijemput oleh Pencipta-Nya pada Subuh Sabtu lalu.

Gambar Hiasan, Syeda Imran
Gambar Hiasan, Syeda Imran

Selain lumpuh sebelah badan, penyakit lain juga merebak di bahagian perutnya dan setelah pembedahan, Zaharah masih tidak dapat diselamatkan. 

Perginya meninggalkan kesan yang sungguh pilu, pada saya juga, kerana saya sendiri tidak sempat bertanya khabar walaupun tahu dia tidak lagi aktif seperti dulu yang turut sama menjaga keperluan pondok-pondok penempatan anak-anak desa menuntut ilmu akhirat.

Dan, yang menyayatkan lagi hati ini, sang suami di saat isteri tidak bermaya menjaga dirinya sendiri kerana lumpuh, suami mencari orang baharu. Sampai hati. Mana janji setia dan sanggup berkorban apa saja? 

Saya membuat andaian barangkali dia mendapat restu isteri. Yalah isteri yang solehah tidak akan membantah apa juga kehendak suami.

Isteri yang solehah reda sahaja akan apa yang menimpa ke atas dirinya dan isteri yang solehah tidak bisa mengeluh, merayu minta simpati jauh sekali bertempek marah dan sebagainya. Apatah lagi dia sendiri dalam keadaan kurang upaya. 

Isteri yang solehah, dia akan terus membawa senyumannya itu tetapi jauh di lubuk hatinya, siapa tahu penuh dengan sarang luka, duka dan nestapa, hanya Allah yang tahu deritanya. 

Isteri yang solehah itu adalah yang mengutip ilmu Allah, yang beriman dengan ilmu Allah kurniakan dan yang tahu hak dirinya sebagai hamba Allah. Suami bukan hak milik hakiki. Benar.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Sedangkan Aisyah, penghuni syurga itu juga dihambat cemburu dan syak wasangka, apatah lagi isterimu yang menginginkan syurga tanpa hisab Allah itu tanpa ilmu dan iman yang tebal berterusan dipermainkan akal dan emosinya lantas menurut apa kata mu. (petikan kata Mutiara, kedudukan isteri dalam Islam)

Wahai sang suami-suami yang sempat membaca warkah ini, ‘Jangan kau mainkan kalam Allah untuk menundukkan ilmu isterimu dengan menggadaikan solehahnya di mata Allah. Suami yang soleh itu adalah yang memahami keseluruhan isi kandung al-Quran dan As Sunnah dan menggunapakainya dengan jalan yang benar. Bukan hanya mengutip mengambil satu dua ayat yang sedap dipasakkan ke telinga dan minda isteri untuk dijadikan sebagai takdir isteri.’ (saya kutip dari kata Mutiara, mengenai isteri dalam Islam)

Wahai suami, ‘Kau mahu isterimu menjadi isteri solehah, maka jadilah dahulu suami yang soleh. Sebelum ayat An-Nisa ayat 3 itu kamu hunuskan ke jiwa isterimu yang solehah itu, hayati juga surah An-Nisa ayat 12 yang merupakan amaran dan ancaman Allah kepadamu.

Apakah kamu wahai suami telah berasa cukup soleh dengan riak memberitahu bahawa, ‘Aku mampu berlaku adil wahai Allah, Saksikanlah!). (Ya aku juga ingin menyaksikan keadilan Allah kepadamu di akhirat nanti. Moga sahaja kau tidak berjalan tempang kaki di akhirat nanti!) (Lagi satu lagi petikan Kata Mutiara)

Saya percaya Allah amat sayang kepada Zaharah dan tidak mahu arwah sakit terlalu lama.  Al-Fatihah buat temanku Zaharah. 

Nabi SAW bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya reda padanya, maka dia akan masuk syurga. (HR at-Tirmidzi). - Getaran, 26 Februari 2022

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Fitnah Punca Utama Runtuhnya Ukhuwah Islamiah, ‘Ia Sengaja Dibuat Untuk…’

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bersahabat Hingga Ke Syurga

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jalan Jalan Japan Pulau Pinang Dibuka, Peminat 'Bundle' Teruja

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 23 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan