Berita Terkini

15 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bersahabat Hingga Ke Syurga

Mencari seorang sahabat bukanlah mudah. Sahabat bukan sahaja bersama kita di kala gembira, namun dia sentiasa ada di sisi ketika suka, duka, susah mahupun senang.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 10:47AM

Gambar: Hasan Almasi, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama ada anda sedar atau tidak, seiring dengan pertambahan usia, kenalan atau rakan-rakan kita semakin ‘hilang’. Sama ada sibuk dengan urusan keluarga yang semakin membesar, bebanan tugasan di pejabat ataupun kerana fikiran sudah tidak sehaluan lagi.

Mungkin ada di antara kita berasa terkilan atau sedih apabila ada kawan yang dahulunya menjadi tempat untuk berkongsi suka-duka, kini berpaling jauh. Tiada lagi panggilan telefon atau pesanan ringkas untuk bertanya khabar berita. Jauh sekali mahu berjumpa. Bahkan apabila terserempak, hanya sekadar ucapkan hello.

Jika inilah situasi yang pernah anda alami, tidak mengapa. Itu adalah lumrah kehidupan dan tidak semua kawan atau kenalan akan kekal bersama kita buat selamanya. Sebab apa? Sebab mereka bukanlah sahabat.  

Gambar: Arif Id, Pexels
Gambar: Arif Id, Pexels

Mencari seorang sahabat bukanlah mudah. Tidak semua kawan boleh digelar sahabat. Seorang sahabat, bukan sahaja bersama kita di kala gembira, namun dia sentiasa ada di sisi. Sama ada ketika suka, duka, susah mahupun senang.

Sahabat yang berhati mulia akan membawa kita ke jalan Allah. Sebab itu, sejak dari kecil lagi ibu dan bapa kita telah berpesan supaya bergaul dengan teman-teman yang boleh membawa ke arah kebaikan. 

Rasulullah bersabda, “Seseorang itu adalah berdasarkan agama sahabatnya, maka perhatikan seseorang itu siapakah sahabatnya.”

Anda sebenarnya tahu dan boleh menilai sendiri melalui cerminan sahabat yang baik atau sebaliknya.

Carilah sahabat yang boleh menegur apabila kita lalai. Carilah sahabat yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Carilah sahabat yang sanggup bersusah payah, berbakti untuk agama dan beribadah kerana Allah. Pendek kata, sahabat yang boleh membawa kita ke syurga. 

Terdapat sebuah hadis yang menerangkan tentang perkara ini:-

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah

"Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarah."(Ibnu Mubarak dalam kitab Az Zuhd).

Jika anda jelas dan faham tentang nilai dan kekuatan seorang sahabat ini, pasti anda tidak sewenang-wenangnya memilih teman. Cuba fikirkan sejenak, berapa ramai di antara teman-teman anda layak digelar sahabat?

Adakah mereka sentiasa ada ketika anda memerlukan? Adakah mereka selalu mendengar apabila anda ingin mengadu? Dan, yang paling penting, adakah mereka mengajak anda melakukan kebaikan?

Gambar: Mentatdgt, Pexels
Gambar: Mentatdgt, Pexels

Berikut adalah ciri-ciri sahabat yang baik sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

"Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sikapnya seperti berikut."

1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2) Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3) Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu, meringankanmu serta menghiburkanmu.

5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih pendapat dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. - Getaran, 3 Disember 2021

Sumber: Dr AhmadSanusi

gambar: Unsplash 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Pemergian Salahuddin Berita Duka Buat Negara, Malaysia Hilang Menteri Berperibadi Mulia 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Turkiye Paling Teruk Dalam Sejarah: Malaysia Beri Tumpuan Khusus - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Fitnah Punca Utama Runtuhnya Ukhuwah Islamiah, ‘Ia Sengaja Dibuat Untuk…’

4

TARA 1 tahun yang lalu

Daphne Iking Kongsi Tip Bawa Keluarga Bersama Rakan 'Travel' Luar Negara

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 19 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN