web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Turkiye Paling Teruk Dalam Sejarah: Malaysia Beri Tumpuan Khusus - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 9:02PM

Anwar Ibrahim berkata tumpuan khusus yang diberikan Malaysia terhadap bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria kerana ia adalah malapetaka paling teruk dalam sejarah selain tsunami di Acheh - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tumpuan khusus yang diberikan Malaysia terhadap bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria kerana ia adalah malapetaka paling teruk dalam sejarah selain tsunami di Acheh.

Beliau berkata tumpuan khusus terhadap Turkiye adalah kerana ia banyak membantu negara ini antaranya Malaysia Airports Holdings Bhd yang mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul dengan dana besar susulan kerugian besar yang dialami akibat pandemik COVID-19.

Anwar berkata Turkiye turut membantu dalam beberapa pembelian oleh kerajaan apabila diberikan pertimbangan yang lain daripada komersial serta memberi keistimewaan dan layanan berbeza kepada syarikat Malaysia yang melabur di negara itu.

"Saya mahu rakyat tahu itu bukan hubungan biasa. Pertama adalah sahabat serta sangat dekat dengan kita dan keadaan syarikat kita mengalami permasalahan besar dibantu luar daripada kaedah biasa," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis sumbangan dana bencana oleh syarikat swasta kepada Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri di sini hari ini.

Anwar berkata sumbangan kepada tabung itu kini mencecah kira-kira RM25 juta dan antara penyumbang ialah Yayasan Al-Bukhary sebanyak RM10 juta, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (RM4.4 juta), Brahim's Dewina Group (RM3 juta), YTL Corp Bhd (RM2 juta) serta Sarawak (US$200,000).

Beliau berkata sumbangan pelbagai pihak itu mencerminkan perasaan belas ihsan dan perikemanusiaan yang begitu menebal dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Perdana Menteri, yang akan berlepas ke Turkiye malam ini, berkata pada awalnya beliau keberatan kerana memadai menghantar Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan hospital medan namun setelah dihubungi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, beliau membuat keputusan untuk ke negara itu kerana dapat membayangkan keresahan pemimpin berkenaan.

"Sebagai sahabat, saya fikir elok saya turun secara peribadi," katanya yang turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Amrizan Mohd Ali. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad