Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemergian Salahuddin Berita Duka Buat Negara, Malaysia Hilang Menteri Berperibadi Mulia 

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2023 7:44AM

Salahuddin Ayub menjalani pembedahan dua hari lalu akibat mengalami pendarahan otak - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang dianggap agak mengejut sememangnya satu berita duka buat negara dan barisan jemaah menteri.

Disifatkan ramai sebagai individu berkeperibadian mulia, Allahyarham ialah pemimpin tulen yang teguh bersama perjuangan dilalui hingga ke akhir hayat.

Hal ini turut diakui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang berkongsi perasaan sedih itu melalui hantaran di Instagram.

“Berdukacita menerima perkhabaran YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar, Kedah.

“Seorang rakan kabinet Kerajaan Perpaduan yang sangat saya hormati, berperwatakan rendah diri, sentiasa komited dan berdedikasi di dalam melaksanakan tanggungjawab beliau.

Sehingga hujung nyawa beliau prihatin dan terus berjuang memikirkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, beliau bertemu Allahyarham minggu lalu bagi membincangoan dua perkara, iaitu memuktamadkan tiga kerusi AMANAH yang masih bertindih dan jadual kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, kedua-dua perkara tersebut berjaya dibereskan sebelum ia dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tiga hari lepas Salahuddin hubungi lagi. Kali ini tetiba bertanyakan khabar kesihatan saya. Ingatkan saya perlu ambil rehat.

“Semalam (kelmarin) saya ziarahi beliau di hospital Sultan Bahiyah (HSB) Alor Setar setelah diberitahu keadaan beliau. Rupanya itu pertemuan terakhir, Salahuddin pergi buat selamanya. Saya kehilangan sahabat sejati,” katanya, sedih.

Menerusi hantaran sama, Saifuddin menggambarkan Allahyarham sebagai individu berperwatakan lemah lembut, memiliki tutur bicara yang tersusun dan sangat memahami perit jerih rakyat bawahan.

“Berehatlah sahabatku. Akan ku iringi doa berterusan, memohon Allah limpahi rahmah dan keampunan buatmu. Takziah buatt isteri dan anak-anak. Moga diberi kekuatan dan kesabaran jua,” katanya.

Turut berkongsi kesedihan mendalam ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang bersama Allahyarham di bawah payung Pakatan Harapan (PH) sejak dahulu, walaupun dalam parti berbeza.

Mengakui sangat terkesan dan sedih dengan pemergian Allahyarham, beliau memberitahu, Salahuddin meninggalkan jasa yang bukan sedikit.

“Jasa Allahyarham sangat besar. Beliau yang mencetuskan konsep Payung RAHMAH, Menu RAHMAH, Jualan RAHMAH dan banyak lagi untuk membantu mengurangkan beban rakyat.

“Dalam politik, saya akan sentiasa kenang saat-saat indah, perit, senang dan susah terutama dalam Majlis Pimpinan Pakatan Harapan. You will be missed, dear friend,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mendoakan segala usaha, jasa dan bakti Allahyarham dibalas dengan ganjaran pahala yang besar.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh.

“Saya turut mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah dengan ujian yang teramat berat ini,” katanya.

Jenazah Salahuddin Ayub diusung masuk ke kediaman ibunya sebaik tiba 3.35 pagi tadi di Kampung Serkat Tanjung Piai - gambar Bernama
Jenazah Salahuddin Ayub diusung masuk ke kediaman ibunya sebaik tiba 3.35 pagi tadi di Kampung Serkat Tanjung Piai - gambar Bernama

Turut dilihat menzahirkan rasa sedih masing-masing di media sosial ialah Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, mantan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Yusof, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke menerusi hantaran di Facebook turut mengumumkan penerbangan khas oleh MAS untuk membawa pulang jenazah Allahyarham dari Alor Setar ke Senai, Johor.

Salahuddin, 61, menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.23 malam tadi di HSB ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau sebelum itu menjalani pembedahan selepas disahkan mengalami pendarahan di dalam otak.

Berita duka mengenai pemergian Allahyarham diumumkan anak perempuannya, Siti Fatihah Salahuddin di Facebook, sejurus selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, jenazah Allahyarham tiba di kediaman ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Pontian pada jam 3.35 pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Akhbar Allahyarham, Syakirin Husnal memberitahu, jenazah Timbalan Presiden AMANAH itu dijangka dikebumikan pada jam 12 tengah hari nanti di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian.

Jenazah terlebih dahulu akan disolatkan pada jam 11 pagi di Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadot, Serkat, Pontian. — Getaran, 24 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Kirim Poskad Khas Kepada PBB, Desak Terima Palestin Sebagai Negara Anggota

3

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Dijadual Esok - Sumber

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Semasa 15 jam yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran