web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fitnah Punca Utama Runtuhnya Ukhuwah Islamiah, ‘Ia Sengaja Dibuat Untuk…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 2:08PM

Jabatan Agama Islam Selangor dalam khutbah Jumaat hari ini menyatakan, perbuatan fitnah adalah satu daripada dosa besar dalam Islam dan pelakunya akan diazab dengan seksaan yang amat pedih - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Punca utama yang boleh mengakibatkan runtuhnya tali persaudaraan atau ukhuwah Islamiah adalah kesan buruk daripada perbuatan fitnah iaitu satu tuduhan dibuat-buat untuk memburukkan seseorang.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam khutbah Jumaat hari ini menyatakan, perbuatan fitnah adalah satu daripada dosa besar dalam Islam dan pelakunya akan diazab dengan seksaan yang amat pedih.

Malah katanya, bukan saja salah di sisi Islam, fitnah juga satu daripada kategori kesalahan jenayah yang mana pelakunya boleh didenda dan dipenjara jika disabit kesalahan.

“Perbuatan fitnah ini sengaja dibuat atas dasar memenuhi agenda peribadi individu mahu pun satu-satu kumpulan. Ia bermula daripada hati yang kotor dipenuhi dengan sifat mazmumah ditambah pula dengan pengaruh bisikan syaitan. 

“Dengan itu, terhasillah satu perbuatan yang amat dibenci dalam Islam. Apabila diri menjadi jauh daripada Allah SWT, akan wujud perasaan hasad dengki dan tidak senang dengan kejayaan orang lain sehingga melahirkan perbuatan fitnah. 

“Seseorang yang membuat fitnah biasanya akan berasa senang hati dan menjadi satu kejayaan bagi dirinya apabila orang yang difitnah itu dilihat jatuh terduduk dan hidup dalam kegagalan,” katanya dalam teks khutbah Jumaat bertajuk 'Fitnah Meruntuhkan Ukhwah'.

Fitnah di zaman moden hari ini terlalu mudah dan cepat untuk disebarkan dengan kemunculan pelbagai medium media sosial - Gambar Fail
Fitnah di zaman moden hari ini terlalu mudah dan cepat untuk disebarkan dengan kemunculan pelbagai medium media sosial - Gambar Fail

Mengulas lanjut, menurut teks itu lagi, fitnah di zaman moden hari ini terlalu mudah dan cepat untuk disebarkan dengan kemunculan pelbagai medium media sosial.

Menurutnya, keadaan tersebut berbeza dengan zaman sebelumnya yang mana sesuatu berita agak lambat untuk menjadi buah mulut masyarakat.

“Kemunculan pelbagai bentuk media secara digital berasaskan media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan Telegram memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. 

“Namun disisi yang berbeza, media sosial itu disalah gunakan sehingga menjadi medium untuk menyebarkan fitnah.

“Ketika kita berinteraksi di media sosial tersebut kita perlulah ingat bahawa kita mendedahkan diri kepada sebuah dunia yang terbuka dan tanpa sempadan,” katanya.

Justeru, katanya, umat Islam diingatkan untuk menjaga adab dan berakhlak sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat. 

Tegasnya, orang beriman perlulah sentiasa berhati-hati dan menjaga diri daripada membuat dan menyebarkan fitnah kerana perbuatan itu akan mengakibatkan seseorang tidak dapat memasuki syurga Allah SWT.

Orang beriman perlulah sentiasa berhati-hati dan menjaga diri daripada membuat dan menyebarkan fitnah kerana perbuatan itu akan mengakibatkan seseorang tidak dapat memasuki syurga Allah SWT - Gambar Fail
Orang beriman perlulah sentiasa berhati-hati dan menjaga diri daripada membuat dan menyebarkan fitnah kerana perbuatan itu akan mengakibatkan seseorang tidak dapat memasuki syurga Allah SWT - Gambar Fail

“Perlu diingat bahawa membuat dan menyebarkan fitnah itu mengundang kepada perpecahan dan dapat meruntuhkan ukhuwah. 

“Kejinya perbuatan fitnah ini kerana ia menjadi punca kepada timbulnya salah faham, pertengkaran dan pergaduhan sehingga menyebabkan suami isteri bercerai-berai, hubungan adik beradik dan saudara mara menjadi renggang, rakan bermusuhan dan kehidupan masyarakat menjadi tidak tenteram. 

“Semuanya dapat dibuat hanya dengan satu perkhabaran yang direka-reka sahaja,” katanya.

Jelasnya lagi, hubungan suami isteri, adik-beradik, saudara mara dan rakan-rakan boleh runtuh hanya dengan satu fitnah direka sehingga mengakibatkan permusuhan.

“Begitulah besarnya bahaya fitnah yang dapat meruntuhkan ukhuwah sesama umat Islam.

“Ayuh, marilah kita semua mendidik diri sendiri, keluarga kita dan umat Islam seluruhnya dengan saling menasihati dan tegur menegur terhadap perbuatan yang dapat meruntuhkan ukhuwah ini iaitu membuat dan menyebarkan fitnah. 

“Berhentilah daripada menjadi ejen penyebar berita tidak benar. Apa yang penting, sekiranya kita mendapat sesuatu khabar berita tentang seseorang, janganlah terus mempercayainya. Selidikilah dahulu agar kita tidak menyesal di kemudian hari,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

4

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad