Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Wahai Lelaki, Sempurnakan Tanggungjawabmu!

Sering kita membaca di media-media sosial mengenai kisah penganiayaan terhadap si isteri dalam rumah tangga. Persoalannya, sampai bilakah penindasan ini akan berterusan?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang isteri masih mampu tersenyum bila disakiti

Seorang isteri masih mampu tersenyum bila dilukai

Seorang isteri masih mampu tersenyum bila dikhianati

Seorang isteri masih mampu tersenyum bila tidak difahami

Seorang isteri masih mampu tersenyum bila tidak dihargai

Tapi seorang isteri akan melangkah pergi bila rasa dah tak diperlukan lagi

Mengalah tak bererti kalah, tetapi memilih untuk melangkah daripada terus menyerah..

Inilah yang terjadi kepada anak kawan saya, Reeni. Dia melangkah pergi setelah lebih 10 tahun berendam si air mata.

Di satu pagi ketika dia sedang tergesa-gesa menggosok baju suami yang berubah fikiran untuk memakai baju yang belum bergosok, si suami seperti selalu mengherdik sang isteri.

"Tangan kamu dah kudung ke, orang suruh gosok bukan suruh renyukkan lagi, ni apa?"

Sambil mengambil baju tu dan ditonyok-tonyoknya ke muka isteri.

"Kalau gosok baju pun tak tahu,awak tahu apa? 'Mentekedarah' aje, tengok tu dah gemuk, aku gelilah!"

Dari kisah baju masuk bab gemuk. "Makan tidur, makan tidur dah macam babi. Kalau kamu faham maksud aku, kamu boleh berambus!"

Cukup membuat Reeni tersedar, bahawa dia tidak diperlukan lagi. 

Pudarnya cinta

"Apa ditunggu?" Suara halus terus mencucuk-cucuk hatinya untuk pergi.

Sepuluh tahun dia mengambil masa untuk bertindak, selama ini apa yang suaminya tidak lakukan?

Ketika dia sedang mengandungkan anak keduanya, suami berkahwin seorang lagi. Tidak pun secara senyap-senyap kerana majlis di rumah perempuan sungguh meriah, happening Facebook isteri dan keluarganya menayang kemeriahan majlis. 

Waktu itu dia sedang mengandung tujuh bulan, apa yang mampu dilakukan?

Sebulan suami tidak pulang ke rumah, dan di ruang Facebook pengantin baharu bukan main menayang gambar-gambar berbulan madu mereka seperti baru kali pertama berkahwin.

Isteri bukan untuk dianiayai tetapi dimanjakan. Isteri bukan untuk disakiti tapi dihargai. Suami kena ingat semua tanggungjawab itu akan ditanya dan dipersoalkan di akhirat kelak.

Dan di satu posting beberapa minggu kemudian oleh sang suami sendiri, dimuatkan sebuah puisi;

"Cinta pertama itu tetap unggul, mencakar-cakar kerinduan dan kenangan, menyembunyi dan merahsiakan, dan akhirnya menjadi sukar dimengertikan, apalagi disambung." - A Samad Said.

Antara faham dan tidak, Reeni hanya mampu menangis.

Bila suami pulang, dia diam, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Lagipun dia hanya menunggu hari sahaja untuk bersalin. Tiada guna pun dia memekik melolong, bimbang apa pun tindakannya boleh memudarat anak yang bakal lahir.

Hujung tahun berikutnya Reeni mengandung lagi dan dua tahun kemudiannya mengandung lagi.

Empat anak, dan Reeni tahu hadirnya mereka pun secara terpaksa, dia hanya menunaikan tanggungjawab seorang isteri, tidak lebih daripada itu.

Cinta dan kasih sayang sudah lama melayang…dia pun tidak tahu mengapa membiarkan diri menjadi alat kepada lelaki yang bernama suami. 

Bebas daripada belenggu

Isteri bukan untuk dianiayai tetapi dimanjakan. Isteri bukan untuk disakiti tapi dihargai. Suami kena ingat semua tanggungjawab itu akan ditanya dan dipersoalkan di akhirat kelak.

Saya dihubungi ibu Reeni, mohon bantuan untuk membawa anak dan cucu-cucunya pergi dari rumah itu.

Lima beranak itu di dalam kereta saya. "Ke mana kita?" Dalam senak dan sesak, isteri hanya boleh berfikir keluar dari rumah yang dianggap ‘neraka’ itu.

Ke mana tujuan, dia sendiri tidak tahu. Saya teringat setelah beberapa kilometer keluar daripada kawasan perumahan tempat tinggal Reeni, saya memberhentikan kereta, "Sekarang fikir ke mana hendak pergi?"

Dipendekkan cerita, memang tiada tempat yang boleh dituju kecuali balik ke rumah si ibu (yang sebelum itu sudah bertahun-tahun tidak berjumpa kerana dihalang suami, demi taat perintah suami, ibu diketepikan).

Namun Reeni tahu, dia sudah bebas daripada belenggu suami, bebas daripada sepak terajang, bebas daripada dimaki hamun dan dihina, isteri dikata babi, isteri disuruh berambus!

Tiba-tiba dia menjadi berani meninggalkan rumahnya itu sehelai sepinggang, dengan dia yang tidak pernah makan gaji setelah berkahwin.

Sebaik selepas berkahwin dan mengandung dia diminta berhenti kerja, dan memegang jawatan suri rumah sepenuh masa.

Kisah Reeni merupakan satu daripada ratusan kisah yang saya simpan di diari.

Sepanjang menjadi pengarang, pelbagai manusia saya temui, pelbagai permintaan daripada mereka yang mohon simpati dan bantuan peribadi.

Secara rambangnya saya telah membantu berpuluh-puluh wanita atau isteri yang dalam keadaan terdesak mencari saya, walaupun sebahagian besarnya saya pun tidak kenal.

Yang dapat saya simpulkan di sini, memang ramai para isteri yang diseksa. Ketahuilah sebahagian besar pun bukan datang daripada mereka yang tidak berwang.

Tidak, ada yang menjawat jawatan tinggi, pegang gaji belasan atau pun puluhan ribu sebulan.

Mereka berduit, mereka boleh bertindak keluar rumah atau menghalau si lelaki keluar, tetapi kebanyakannya tidak berbuat demikian, malah sanggup terus ‘mengabdikan’ diri kepada lelaki yang tidak tahu membalas budi.

Kenapa dan mengapa? Hanya individu itu sahaja yang dapat menjawabnya.

Jangan beranggapan bahawa isteri adalah bebanan. Isteri pembawa rezeki utama yang suami tidak perasan.

Isteri bukan hamba

Teringat satu peristiwa di Mumbai, India. Saya dalam rangka kerja di sana. Antara tugasan ialah menemui selebriti dan personaliti. (Maaf, nama personaliti ini saya lupa, tetapi temuramah saya dengan dia, saya ingat sampai bila-bila.)

Kebetulan juga waktu itu hampir dengan Hari Wanita Sedunia. Dan yang saya temui ialah seorang wanita yang memperjuangkan hak-hak wanita, yang sebagai ahli NGO, tanggungjawabnya membela wanita teraniaya, wanita yang dijadikan hamba abdi di rumah sendiri, antara lainnya.

Sungguh, saya kagum dengan ceritanya menyelamat ramai wanita khasnya isteri-isteri.

"Budaya kami, isteri tunduk pada suami, siapa pun bila berkahwin, dia akan duduk di bawah telunjuk suami. Bagaimana wanita India hendak dan boleh maju bila mana mereka sendiri dikongkong dan tidak bebas? Peranan NGO kami untuk menyedarkan para wanita khasnya isteri-isteri ini, supaya tidak dijadikan hamba pada suaminya."

Bukan main berapi-api, "Desakan kami dalam memorandum Hari Wanita Sedunia adalah menghapus diskriminasi terhadap wanita, dan juga pembelaan secara khusus terhadap isteri khasnya," ujarnya.

Hampir dua jam, saya mohon diri untuk pulang. Kereta pun sudah menunggu.

"I send you down (kondominium tingkat 30). Also I need to get you something at the giftshop downstairs." (ada kedai cenderahati).

Katanya tadi dia tidak sempat menyediakan hadiah, dan mahu saya pulang membawa kenangan manis dari Mumbai.

Sebaik pintu lif terbuka, yang keluar dari lif ialah suaminya. Tahu apa, dia lalu mengambil suitcase daripada suaminya, dan mengikutnya dari belakang.

Suami duduk di kerusi yang tersedia di tepi pintu. Dia bongkok menanggalkan kasut dan stokin sang suami mengikut suaminya masuk ke dalam rumah.

Saya ternganga… dan merenung. Tidak sepatah apa pun keluar dari mulutnya. Cenderahati entah ke mana, dan itulah kenangan yang tidak mungkin saya lupa sampai bila-bila.

Baru seketika berapi-api konon memperjuangkan nasib wanita daripada genggaman lelaki, (tak salah membantu suami membuka stokin, tetapi mengapa menggeletar dan menikus sebaik nampak wajah suami?) 

Suami duduk di kerusi yang tersedia di tepi pintu. Dia bongkok menanggalkan kasut dan stokin sang suami mengikut suaminya masuk ke dalam rumah.

Allahu, saya speechless. Kalau dia yang sebagai pemimpin tidak berjaya memperjuangkan hak wanita, habis siapa lagi?

Saya rasa kalau begitulah senarionya nasib wanita di sana tak akan berubah.

Sejuta pun perwakilan dikerah untuk memperjuangkan hak wanita setiap tahun, ia hanya ada pada kertas kerana keadaan tidak mungkin berubah jikalau sang pembelanya juga terjebak ditindas lelaki.

Dan saya percaya di sini pun ramai yang begitu.

No man succeeds without a good woman behind him. Wife or mother, if it is both, he is twice blessed indeed.

Isteri pembawa rezeki

Wahai lelaki, lupakah kamu kejayaan kamu itu bersebab daripada tangan wanita yang membelai?

Daripada ibu yang mengasuh mendidiknya sejak lahir sehinggalah kamu besar, dan isteri yang menyempurnakan hidup kamu seterusnya, dan anak-anak untuk menyambung zuriat.

Rumah tangga yang aman kerana adanya persefahaman suami isteri, suami yang tidak ego dan sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan isteri, kerana isteri bukan malaikat, tidak sepatutnya dia diherdik kalau hanya terlebih garam dalam masakan.

Isteri bukan tempat suami melepaskan kemarahan.

Ramai suami kedekut dengan isteri sendiri, dia lupa Allah curahkan rezeki kerana layanan kita pada isteri dan anak-anak dan khasnya kepada orang tua kita.

Daripada kajian saya sendiri, suami yang selalu memulakan punca porak peranda rumah tangga - kalau suami jenis penyayang, penyabar, periang orangnya, bertanggungjawab, beragama, mendidik isteri dan anak untuk kesenangan dunia dan akhirat, bodohlah jikalau dia, isteri, cuba mencari fasal.

Memang ada wanita yang tamak dan tidak pernah puas dengan apa yang ada, memang ada wanita yang bersifat queen control, hendak suami ikut perintahnya, dan isteri yang curang pun memang ada tetapi peratusnya tidak banyak berbanding laki curang, laki miang dan laki yang tidak bertanggung jawab dan lelaki yang tak sedar diuntung cukup ramai.

Ingatlah rezeki sempit akibat daripada suami yang suka menipu isteri. Sempitnya rezeki suami bila dia mengabaikan hak isteri.

Jangan beranggapan bahawa isteri adalah bebanan. Isteri pembawa rezeki utama yang suami tidak perasan.

Ramai suami kedekut dengan isteri sendiri, dia lupa Allah curahkan rezeki kerana layanan kita pada isteri dan anak-anak dan khasnya kepada orang tua kita.

Peringatan kepada suami, Allah mengiktiraf kesempurnaan iman lelaki apabila berakhlak baik terutamanya kepada isterinya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Sebaik kalian ada yang paling baik terhadap isteri. (Riwayat Ahmad). Lelaki (suami)adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak akan ditanya (diminta bertanggungjawab) tentang mereka," (Riwayat al- Bukhari).

Kepada wanita dan para isteri, Nabi s.a.w. bersabda, "Aku melihat kebanyakan penghuni neraka itu adalah wanita." Kaum Muslimin bertanya, "Apa sebabnya Rasulullah?"

"Sebab kekafiran mereka, sebab mengkufuri kenikmatan berkeluarga dan kebaikan orang kepadanya. Dan kerana kalian (wanita) banyak mengutuk dan mengingkari budi baik suami." - Getaran, 13 Mac 2021

(Semua gambar: Unsplash dan Pexels)

Wirda Adnan adalah Pengasas dan Ketua Pengarang majalah atas talian majalahwm.com Beliau juga merupakan bekas pengarang majalah Wanita selain pernah menjadi Pengarang Urusan untuk majalah-majalah urban terulung Bahasa Melayu seperti EH!, GLAM, dan GLAM LELAKI.



 



 









 

Isu Pada

Nuansa Baharu Hip Hop

13 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA