Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Jangan Zalim. Jagalah Alam, Masyarakat Dan Diri Sendiri

Refleksi kolumnis kami, Wirda Adnan tentang banjir, alam dan pentingnya kita saling menjaga antara satu sama lain sebagai ahli masyarakat tanpa mengabaikan keadaan diri sendiri.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 9:27PM

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Floods are ‘acts of God’, but flood losses are largely acts of man.’

Bukan saya tidak mahu membantu, tetapi kata suami, "Bukankah you sakit pinggang, sakit bahu."

"I tahu tetapi kesian tengok mangsa-mangsa banjir tu," pantas saya menjawab. 

"Up to you."

Hari itu Hisham juga ada misi bantuan, pergi mencari pelbagai barang keperluan lain. Bantal, tilam, selimut, ya semua itu sudah dipesan dan syarikat berkenaan sedia menghantar ke lokasi. Alhamdulillah.

Bukan saya tidak mahu bantu tetapi betul apa katanya, “Buat yang termampu.”

Betul saya cemburu melihat teman-teman yang sedaya upaya mereka ke sana ke mari; ada yang ke pasar, sepenuh boot dan belakang kereta diisi dengan pelbagai keperluan, kemudian memasak untuk beratus-ratus pek makanan, selepas itu menghantar pula ke tempat penempatan.

Ada yang langsung ke lokasi yang boleh dimasuki untuk memberi apa saja bantuan. 

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Saya kagum. Ramai kawan-kawan yang cepat bertindak, mengenepikan urusan lain, kerana tiada yang lebih penting daripada menyelamatkan nyawa. Kerana di sana, beratus yang kesejukan bersarungkan baju yang basah kuyup, juga yang kelaparan, yang kehausan. 

Di sana masih ada yang duduk di bumbung dan masih menunggu pasukan penyelamat.  Ramai yang separuh nyawa cuba mengharungi air yang deras untuk menyelamatkan diri.

Ya Allah, kita saksikan sendiri air yang laju menghanyutkan rumah, bas, kereta malah lori dan segala macam harta benda.

Ya Rabbi, senaknya perut melihat si ibu yang berpelukan dengan anak-anaknya yang dijumpai selepas berpuluh jam tidak dengar khabar berita.

Amat menyayat hati membaca perkongsian Puan Suriyati Mokhtar, 34, mangsa banjir di Pahang yang bertarung nyawa bersama bayinya berusia enam bulan. “Hanya ingat mati… empat jam saya junjung bayi dalam kotak,” katanya.  

Sungguh terlalu-lalu sedih mendengar cerita si ibu yang terlepas anak dari dukungannya dan dia menyaksikan sendiri bayinya dibawa arus. Dan ramai lagi ahli-ahli keluarga hilang daripada pandangan dalam sekelip mata.

Sungguh, terlalu menyayat hati melihat hanya tangga batu yang tinggal dan rumah yang dibina atas keringat bertahun-tahun lenyap begitu sahaja. Allahu Akbar, tragedi yang tidak bisa padam dalam ingatan kita semua pastinya.

Dan di setengah tempat air pun surut. Rumah yang sebelum ini cantik berhias sudah tidak rupa rumah lagi. Lumpur setinggi pintu bilik, sampah sarap memenuhi setiap inci ruang rumah.

Peti ais, almari, perabot melayang. Sekali lagi saya kagum kerana berduyun-duyun pergi menolong. Sekali lagi saya melihat kawan-kawan saya yang telah berhari-hari di lokasi membanting lagi tenaga untuk membersih.

Gambar: Sairien Nafis
Gambar: Sairien Nafis

Sungguh mulia hati semua mereka, yang tidak mengenal penat dan lelah, yang lupa siang sudah menjadi malam dan mereka masih tidak give up, mahu menyudahkan kerja.   

‘Dan barang siapa yang memudahkan kesulitan seorang mukmin daripada pelbagai kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitan pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan nescaya akan Allah memudahkan baginya di dunia dan akhirat’ - HR Muslim

Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya arhamarrohimin.

‘Ya Allah permudahkanlah, jangan dipersulitkan dan Kau akhirkan dengan kebaikan.’

Saya akui saya tidak mampu mengerak tenaga empat kerat ini untuk bermandi lumpur bersama kawan-kawan nun di kawasan yang agak bahaya pada usia angka enam ini, tetapi saya mampu menyalurkan sesuatu untuk mangsa.

Allah berikan saya lebihan rezeki; rezeki wang, rezeki kesihatan (tidaklah terbaring sakit), rezeki keluarga sihat dan anak yang tidak lagi menjadi tanggungan saya malah dapat membantu.

Rezeki ke dapur memasak tanpa bantuan. Pegang ayat ini, ‘Dalam rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain.’ Mungkin tidak banyak tetapi untuk seratus dua ratus mangsa masih terdaya menghulurkan bantuan wang ringgit dan makanan. 

Saya tunaikan tanggungjawab itu dan kelmarin bersama geng sempat membantu memasak untuk tiga ratus pek makanan. Saya puas lagi bangga pada diri dapat menunaikan urusan sesama insan yang dalam kesusahan.

Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita, hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah. Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan untuk diri kita sendiri. 

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Terlihat ramai sekali artis-artis yang turun padang, tidak perlu disebut berapa banyak wang yang mereka dermakan.

Saya terkedu, selebriti bertaraf antarabangsa Michelle Yeoh sendiri mengaut lumpur di kediaman-kediaman mangsa.

Saya membaca berita seramai 8,354 ahli Tzu-Chi bergotong-royong di beberapa kawasan Sri Muda dan Sri Nanding, Selangor tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit dengan mengerah tenaga mereka. Syabas.

Kepada sesetengah ahli agama, saya yang cetek ilmu ini bagaimana pun amatlah tidak bersetuju anda-anda ini yang terusan bersyarah mengatakan Allah turunkan bala dan musibah kerana pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan yang telah dilakukan.

Waktu ini bukan masa menasihati, jauh sekali menempelak. Hormati perasaan mereka. Mereka perlukan doa anda semua, kalau tidak mampu turun pandang membantu dan menghulurkan wang ringgit.

Waktu cemas sebegini adalah mengajak lebih ramai lagi melakukan solat hajat supaya memudahkan semua urusan dan kembali kepada kehidupan seperti biasa.

Semoga Allah memberi yang lebih baik daripada yang diperoleh selama ini. 

Seyogia, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada semua yang terbabit; ribuan rakyat Malaysia yang berhati mulia, sukarelawan, badan-badan NGO juga polis, bomba dan tentera antaranya.

Dan selain rakyat kita, negara luar ada yang turut bersimpati lantaran menghulurkan bantuan, syukur.

Gambar: Alif Omar
Gambar: Alif Omar

Namun misi kita semua belum berakhir. Mereka yang tinggal sehelai sepinggang dan hilang segalanya; rumah, kereta dan mungkin kerja, wajib dibantu.

Para dermawan mungkin sudah membawa haluan masing-masing. Hutang rumah dan kereta yang ranap mesti dibayar juga, waktu sama mangsa perlu mencari tempat teduh dan kenderaan untuk bergerak.

Yang masih punya rumah Alhamdulillah, tetapi dapur mesti berasap dan takkan duduk dan tidur berlandas simen? Tanggungan hutang pasti bertambah. Lalu tanggungjawab siapa untuk membela nasib mereka?

Saya menyeru syarikat-syarikat gergasi juga para hartawan dan sewajibnya pihak kerajaan bertindak segera. Derita mangsa (fizikal dan mental)  tidak cukup dengan bantuan RM1,000 untuk seisi keluarga! 

Alam musnah kerana ketamakan manusia. Hentikan kezaliman ini. Hentikan daripada merosakkan alam semula jadi, kerana ia adalah asas kehidupan kita.

Kita seharusnya tidak lagi melihat persekitaran dan ekologi sebagai isu sampingan tetapi harus menjadikan aspek utama dalam membuat keputusan jika ingin menghindari malapetaka pada masa depan. 

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Kepada mangsa

Cuba sabar dalam kesedihan

Cuba sabar dalam kekecewaan

Cuba sabar dalam kesakitan

Cuba sabar dalam menghadapi musibah

Cuba sabar dalam menghadapi ujian hidup

Memang sabar itu susah

Sabar itu sakit

Sabar itu perit

Akan tetapi jika kita mampu menghadapinya dengan tenang

Maka sabar itu menjadi indah. (tidak diketahui siapa penulisnya).

Hari ini Sabtu, 1 hb Januari 2022. Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT mengangkat ke langit bencana alam termasuk pandemik COVID- 19.

Ingat kita masih dalam derita virus Corona ini, hari ini sahaja hampir empat ribu kes baru, maka wajib jaga SOP dan yang belum vaksin, tolong tunaikan tanggungjawab anda.

Semoga 2022 memberi rahmat kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Selamat Menyambut Tahun Baru 2022. - Getaran, 1 Januari 2022

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 21 jam yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Sumbangan Ramadan Di KL Hanya Boleh Disalur Di 3 Lokasi - Dr Zaliha

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok