web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cendawan Shitake - Berkhasiat Nan Savuri

Ketahui khasiat cendawan shitake dan resipi yang boleh dihasilkan dengannya.

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 2:32PM

Gambar: Universal Eye dan Brian Chen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cendawan shitake merupakan antara cendawan yang paling popular dan paling banyak digunakan serata dunia. 

Cendawan ini terkenal dengan rasa savurinya yang sering dikaitkan dengan kepuasan sama yang didapati apabila makan daging. 

Oleh sebab itu, saya sendiri bila mula mengamalkan diet yang lebih mengutamakan sayuran, banyak menggunakan cendawan jenis ini dalam masakan untuk kurangkan rasa rindu kepada daging. 

Dikatakan juga cendawan ini mempunyai pelbagai sebatian semula jadi yang antioksidan, dapat membantu sistem imuniti badan dan bagus untuk kesihatan umum.

Asalnya, cendawan shitake didapati di kawasan Asia Timur. 

Cendawan sebenarnya merupakan sejenis kulat yang tumbuh secara semula jadinya pada permukaan kayu yang mereput. Kebiasaannya cendawan dapat tumbuh hingga ketinggian 5-10cm. 

Hampir 83% cendawan shitake pada hari ini berasal dari Jepun. Namun kini, negara lain seperti Singapura, China, Canada dan Amerika Syarikat juga turut serta menjadi negara pengeluar. 

Di pasaran, anda boleh dapati cendawan jenis ini dalam bentuk segar, kering atau dalam bentuk serbuk. Untuk jenis yang dikeringkan, saya nasihatkan supaya ia direndam semalaman sebelum digunakan untuk tekstur yang paling lembut. 

Selain daripada itu, air rendamannya boleh disimpan sebagai penambah perisa untuk kuah hidangan yang berbeza.

Dari segi kandungan nutrisinya, cendawan kaya dengan serat dan juga vitamin B serta zat galian yang amatlah penting untuk kesihatan kita. 

Mengikut sumber Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat, empat shitake kering (15g) mengandungi:

Kalori: 44

Karbohidrat: 11g

Serat: 2 g

Protein: 1 g

Riboflavin: 11% nilai harian  

Niacin: 11% nilai harian 

Kuprum: 39% nilai harian 

Vitamin B5: 33% nilai harian 

Selenium: 10% nilai harian 

Zink: 8% nilai harian 

Vitamin B6: 7% nilai harian 

Folat: 6% nilai harian 

Vitamin D: 6% nilai harian 

Dalam masakan Cina, antara bahan yang paling sering dimasak bersama cendawan adalah tauhu.

Hidangan ini menjadi antara hidangan kegemaran keluarga saya pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina kerana kami sekeluarga akan elakkan hidangan yang berasaskan protein haiwan. Selamat mencuba!

 

Chinese-style Braised Tofu

450g tauhu

1 kaldu stok sayuran dan sedikit air rendaman cendawan

Segenggam cendawan shitake kering

1 sudu besar sos tiram vegetarian

1 1/2 sudu besar kicap cair

1 sudu kecil kicap pekat

½ sudu kecil minyak bijan

¼ sudu gula

¼ sudu garam, ikut rasa

4 hirisan halia

3 ulas bawang putih,dicincang

2 daun bawang, dihiris kasar

1/2 cawan snap peas (kacang pis)

1 1/2 sudu besar tepung jagung dan air

 

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.

2. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung jagung, tauhu dan snap peas.

3. Reneh cendawan sehingga cukup lembut. Masukkan tauhu dan snap peas. Reneh sehingga snap peas lembut.

4. Masukkan campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah. Sedia untuk dihidang.
 - Getaran,, 15 November 2021

Gambar: Brian Chen

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

2

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga