web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suntikan Vaksin Profesionalisme Amat Dialu-Alukan

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Nie ada pengarang nie nak tanya pasal entah apa benda entah ...”

Berikut merupakan hasil perbualan saya dengan seseorang staf dari pejabat Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada hari Selasa yang lalu.

Saya menghubungi pihak UKK kementerian tersebut untuk mendapatkan pencerahan mengenai dakwaan penjualan empat juta butiran peribadi rakyat dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Saya tidak pasti siapa yang menjawab telefon, tetapi responsnya memeranjatkan saya.

Sebaik sahaja saya berkata “Selamat tengah hari”, saya disuruh tunggu sebentar. Saya terdengar bunyi bagaikan telefon bimbit berbunyi. Si penerima menjawab dan berdasarkan perbualannya dengan si pemanggil lagi satu, ianya bukan satu panggilan kecemasan.

Selepas menunggu untuk lebih kurang seminit, si penerima pula beralih kepada saya. Setelah saya memperkenalkan diri saya dan tujuan saya memanggil, beliau terus memberitahu rakan sekerjanya “Nie ada pengarang nie nak tanya pasal entah apa benda entah ...” sebelum memberikan telefon kepadanya.

Rakan sekerja si penerima lebih profesional apabila menjawab pertanyaan saya.

Mungkin si penerima bukan pegawai komunikasi kementerian. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk beliau berinteraksi sedemikian.

Tidak kira sesiapa yang memanggil - dari dalam atau luar negara, media atau sebaliknya - setiap staf kementerian, jabatan dan agensi kerajaan harus sentiasa bersikap profesional.

Buat mereka yang menidakkan situasi ini, memikirkan bahawa ini perkara remeh dan tidak patut diperbesarkan - anda silap.

Perkara ini amat serius, terutamanya dalam industri komunikasi.

Nampak gayanya KDN bukan sahaja harus memikirkan mengenai dakwaan data peribadi yang terdedah, sama seperti kejadian yang berkaitan dengan RELA tiga bulan yang lalu. Kini JPN juga harus memastikan setiap staf disuntik dengan vaksin profesionalisme.

Mungkin pihak KDN boleh menghubungi Kelab Wartawan Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan tip mengenai etika menjawab telefon. Saya selaku timbalan presiden kelab tersebut amat berbesar hati jika KDN mengambil langkah proaktif sedemikian.

Saya juga mengalu-alukan pegawai-pegawai menteri, terutamanya mereka yang pernah bekerja dalam organisasi media, untuk turut serta menjalani “refresher course” dalam bidang media dan komunikasi. Ada di antara mereka yang menggelarkan diri sebagai pegawai komunikasi tetapi tidak begitu arif dalam berkomunikasi mahupun memahami perbezaan di antara tugas pengamal media dan pengamal perhubungan awam.

Pujian harus diberikan kepada staf yang profesional dalam tatacara kerja mereka. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tidak salah jika pihak kementerian, jabatan atau agensi kerajaan mengakui ada di kalangan mereka yang tidak begitu mahir dalam berkomunikasi. Dan lebih penting, kita mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.

Kalau tidak, entah sampai bila mereka akan pelajari maksud etika komunikasi. - Getaran, 30 September 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia. Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 tahun yang lalu

Penggredan Premis Sukan - Wajar Atau Tidak?

2

Kolum 4 tahun yang lalu

Jadikan Sukan Sebagai Alat Mempromosikan Malaysia

3

Kolum 4 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Liga Sosial Bola Sepak Arena Kung Fu 

4

Kolum 4 tahun yang lalu

Kononnya Tak Ada Duit Tapi Ada RM10 Juta Untuk FAM

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH