web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadikan Sukan Sebagai Alat Mempromosikan Malaysia

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 11:52AM

Sukan boleh digunakan untuk mempromosikan budaya Malaysia. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempadan negara akan dibuka esok. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan dua juta pelancong yang akan datang ke Malaysia tahun ini.

Pelawat-pelawat asing sudah tentunya akan membeli cenderahati sebagai kenangan. Cenderahati yang lazimnya di jual termasuk replika menara berkembar Petronas, kain songket atau baju.

Bayangkan jika pelancong dapat membeli peralatan sukan bertemakan Malaysia? 

Semalam, laman berita Twentytwo13 memaparkan hasil kerja dua anak muda tempatan, Nurazrina Mohamed Azni dan David Surendren.

Kedua-dua artis grafik ini telah menyuntik reka bentuk songket dan batik dalam peralatan sukan yang dijual oleh Kuckreja & Co - sebuah syarikat Malaysia yang merupakan pengedar barangan sukan tertua di rantau Asia Tenggara.

Ini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan budaya serta seni Malaysia.

Tetapi ini tidak sepatutnya terhenti dengan peralatan sukan. 

Atlet-atlet kita juga merupakan duta negara. Gerak geri mereka di atas padang atau gelanggang diperhatikan oleh peminat sukan seluruh dunia. Pakaian mereka juga boleh dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan keunikan Malaysia.

Jika pihak penaja sudi, motif atau rekaan baju serta beg yang digalas atlet-atlet negara boleh bertemakan identiti Malaysia. Selama ini rekaan atlet-atlet negara, pada kebiasaannya, berdasarkan belang Harimau Malaya.

Akan tetapi baju tiga belang ‘Team Malaysia’, yang rekaannya dipertahankan Majlis Sukan Negara sehingga banyak duit diguna pakai untuk menuntut haknya di mahkamah, telah digantikan dengan rekaan baru. 

Identiti Harimau Malaya juga pula perlu disingkirkan dari sesetengah pasukan terutamanya pasukan bola sepak negara, dan hanya boleh digunakan apabila prestasi mereka boleh disamakan dengan haiwan ikonik negara yang gah dan simbolik.

Mungkin sudah tiba masanya untuk atlet negara menyarung identiti Malaysia yang boleh menarik lebih ramai lagi pelancong asing ke Malaysia. Jika pemain-pemain hoki negara bermain dengan kayu hoki bermotifkan batik atau songket, sudah tentu ianya akan menjadi topik perbualan ramai dan secara tidak langsung mempromosikan seni serta negara Malaysia.

Inisiatif sebegini tidak memerlukan wang Ringgit yang banyak. 

Jika pihak kementerian dan agensi kerajaan berkaitan dapat duduk semeja dengan persatuan sukan, atlet serta penaja, sudah tentunya terdapat ruang untuk setiap pihak memainkan peranan mereka dalam memasarkan Malaysia dan menolong industri pelancongan dan sukan menjana lebih pendapatan.

Impak sukan boleh dirasai di luar padang atau gelanggang. Oleh yang demikian, jadikanlah sukan sebagai alat mempromosikan Malaysia. - Getaran, 31 Mac 2022

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH