Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kononnya Tak Ada Duit Tapi Ada RM10 Juta Untuk FAM

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 10:00AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) melihat model ibu pejabat FAM pada majlis pecah tanah bangunan itu di Presint 5 pada 17 Januari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru-baru ini mendapat peruntukan RM10 juta daripada kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan tersebut sebagai sokongan ke arah pembangunan bola sepak negara.

Beliau berkata sedemikian ketika majlis pecah tanah ibu pejabat baharu FAM di Presint 5, Putrajaya Isnin lalu.

Sejak pengumuman tersebut dibuat, saya dihujani panggilan telefon daripada pelbagai pihak termasuk pihak media. Rata-rata, ramai tidak setuju dengan pengumuman yang dibuat Ismail Sabri, lebih-lebih lagi apabila 144 atlet telah digugurkan dari program elit Majlis Sukan Negara (MSN) - sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Alasan atlet-atlet negara digugurkan adalah disebabkan oleh prestasi mereka yang kurang memberangsangkan. Alasan lain juga adalah kerana kerajaan telah berbelanja banyak dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan usaha-usaha menolong mangsa banjir.

Tetapi prestasi pasukan bola sepak Malaysia juga sungguh mengaibkan dan ini terbukti di Piala AFF bulan lepas. 

Kalau benar kerajaan atau Kementerian Belia dan Sukan tiada duit, dari mana datangnya RM10 juta itu? Ianya bagaikan magis, seolah-olah Ismail Sabri mengeluarkan duit itu daripada topi ajaib. Pelik tapi benar.

Dan kenapa FAM? Bukankah lebih baik jika duit dilaburkan untuk membangunkan sukan-sukan seperti badminton, memanah, terjun dan basikal?

Jika benar kerajaan ingin membangunkan bola sepak Malaysia, berilah wang tersebut kepada akademi-akademi akar umbi yang terjejas teruk akibat perintah kawalan pergerakan sejak March 2020. 

Pihak Kementerian Pendidikan juga boleh mengunapakai wang tersebut untuk membeli bola, menaiktaraf padang sekolah dan membeli peralatan bola sepak sebaik sahaja acara-acara sukan dibenarkan di peringkat sekolah.

Ataupun, duit RM10 juta itu boleh disalurkan kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang melibatkan KBS dan FAM.

Tetapi, peruntukan tersebut telah diberikan eksklusif kepada FAM. Ini menjadi tanda tanya - meninggalkan atlet-atlet dan persatuan-persatuan sukan lain terpinga-pinga.

Wira dan wirawati negara akan bertarung di tiga pertandingan besar tahun ini - Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan SEA. Manakala, Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung dalam dua tahun lagi. Mereka seharusnya diberikan perhatian yang sewajarnya.

Tetapi bola sepak Malaysia, yang masih terkapai-kapai di peringkat Asia Tenggara, mendapat dana kerajaan - hasil titik peluh rakyat Malaysia.

Tahniah sekali lagi kepada FAM kerana mampu membuktikan teori bahawa anda tidak semestinya hebat untuk menerima ganjaran lumayan. - Getaran, Januari 20 2022

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi