web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Liga Sosial Bola Sepak Arena Kung Fu 

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 11:26AM

Tangkap layar dai video media sosial insiden seorang pemain liga sosial menyepak dada lawannya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalah menang adat permainan. Sama juga dengan pemain yang mengalami luka atau kecederaan. 

Kadang kala emosi atlet lebih menyerlah jika dibandingkan dengan bakatnya.

Baru-baru ini terdapat satu rakaman video yang menunjukkan seorang pemain yang seolah-olah menendang pemain lawan di dada apabila sedang menanduk bola ketika beraksi dalam liga sosial.

Video tersebut menarik perhatian ramai termasuk peguam Nik Erman Nik Roseli.

Nik Erman bertanyakan beberapa soalan yang menarik di laman Twitter beliau.

Saya tidak ingin menjurus kepada insiden terbaru ini kerana saya tidak berada di padang bola sepak untuk melihat dengan mata sendiri apa yang berlaku sebelum dan selepas insiden tersebut.

Tetapi sesuatu perlawanan bola sepak, terutamanya liga sosial, tidak seharusnya dijadikan arena kung fu untuk lepas geram.

Segar di ingatan saya adalah insiden yang berlaku lebih 15 tahun yang lalu. 

Ketika itu saya membuat laporan tentang dua kelab yang beraksi dalam Liga Kuala Lumpur di padang Hospital Kuala Lumpur. 

Pertelingkahan di antara pemain dan pegawai perlawanan berlaku ketika perlawanan berjalan berikutan keputusan pengadil yang tidak begitu tepat.

Emosi menyelubungi padang bola sepak tersebut sehingga suara pemain lebih jelas kedengaran daripada wisel pengadil. Beberapa pemain terus menerjah pengadil yang sempat lari keluar padang. Pengadil tersebut terus lari sehingga ke Taman Tasik Titiwangsa sambil dikejar pemain. 

Perlawanan tersebut terpaksa ditunda. 

Pengadil tersebut sempat melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan dan pasukan di mana pemain-pemainnya terlibat dalam episod kejar-mengejar tersebut dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur.

Semangat untuk menang penting. Tetapi semangat fairplay dan hormat-menghormati antara satu sama lain dan undang-undang sukan adalah lebih berharga - terutamanya dikalangan pemain-pemain amatur dan sosial.

Pihak penganjur harus bertindak dengan proaktif untuk memastikan pemain-pemain yang lain tidak jelak dengan aksi-aksi sedemikian. Jangan pula insiden yang membabitkan keganasan di atas padang dijadikan alasan untuk mereka yang benar-benar ingin bersukan berhenti bermain.

Aktiviti sukan sepatutnya menyeronokkan. Kalau benar-benar hebat, buktikan melalui skil anda dan bukannya dengan menumbuk atau menendang rakan seperjuangan yang lain.

Kalau lagenda bola sepak Manchester United Eric Cantona boleh digantung selama sembilan bulan kerana cuba membuat tendangan “kung fu” terhadap peminat Crystal Palace di Selhurst Park, hukuman yang sama berat juga harus diberikan kepada pemain amatur yang tidak menghormati sukan. - Getaran, 3 Februari 2022

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 tahun yang lalu

Penggredan Premis Sukan - Wajar Atau Tidak?

2

Kolum 4 tahun yang lalu

Jadikan Sukan Sebagai Alat Mempromosikan Malaysia

3

Kolum 4 tahun yang lalu

Kononnya Tak Ada Duit Tapi Ada RM10 Juta Untuk FAM

4

Kolum 4 tahun yang lalu

Syukur Ada Yang Masih Mengenali Bekas Pemain Bola Sepak Malaysia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Kolum 13 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam