Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Syukur Ada Yang Masih Mengenali Bekas Pemain Bola Sepak Malaysia

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 4:01PM

Liew Kit Kong - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada mulanya, saya teringin untuk menulis mengenai prestasi sukan Malaysia sepanjang 2021.

Hambar merupakan perkataan yang sesuai walaupun ada yang akan mempertikaikan penggunaan perkataan tersebut dan menjadikan pandemik COVID-19 sebagai alasan.

Saya tidak berniat menutup tirai 2021 dengan mengutarakan kegagalan pentadbir sukan Malaysia. Rakyat Malaysia sudah pun dibebani dengan begitu banyak berita yang mendukacitakan - dari banjir ke gelagat ahli-ahli politik dalam usaha membantu rakyat menangani banjir.

Sebaliknya saya ingin menyambut 2022 dengan sifat optimisme - berikutan pengalaman saya di sebuah kedai makan di Taman Tun Dr Ismail Isnin lalu.

Pelayan, yang berusia dalam lingkungan lewat 20an, bertanyakan jika saya Liew Kit Kong.

Saya terkejut, bukan kerana dikaitkan dengan mirip Kit Kong. Ini kerana lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Ann juga sering memanggil saya ‘Kit Kong’.

Saya terkejut kerana ada yang masih ingat akan Kit Kong, bekas pemain bola sepak kebangsaan yang mula beraksi dengan negeri kelahirannya, Perak sebelum menyarung jersi negara dari tahun 2002-2004.

Dalam arena bola sepak Malaysia, nama-nama seperti Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Chin Ann, Datuk Santokh Singh and mendiang Datuk R Arumugam sering kedengaran terutamanya dikalangan muda-mudi walaupun tidak melihat bekas pemain-pemain ini beraksi ketika zaman kegemilangan mereka di era 70an dan 80an.

Namun nama-nama bekas pemain bola sepak seperti Chan Wing Hoong, K Nanthakumar, Akmal Rizal Rakhli, Samransak Kram dan Isham Saharuddin seolah-olah hilang dari bibir peminat dan penggiat sukan. 


Perkara ini agak biasa di dalam segala profesion. Namun, kepada saya, atlet mempunyai DNA yang istimewa. Dan disebabkan keistimewaan tersebut, saya merasakan bahawa persatuan-persatuan bola sepak, dan sukan secara umum, mula memperkenalkan bekas-bekas atlet kepada peminat sukan.

Saya akui ada bekas atlet yang ingin menjauhi lensa publisiti, mungkin kerana ingin kehidupan baharu tanpa sukan. Mungkin ada juga dikalangan mereka sudah jemu dengan situasi sukan Malaysia yang tidak progresif, malah semakin kecundang bila dibandingkan dengan negara-negara jiran.

Tetapi ini tidak bermaksud kita lupakan mereka.

Pada April 2019, lebih 50 bekas pemain Perak berkumpul di padang Jalan Abdul Jalil Sabtu, di Ipoh, bagi menjayakan aksi persahabatan menentang Veteran BH Massa FC dari Kuala Lumpur. Aktiviti-aktiviti sebegini patut diadakan dengan lebih kerap lagi.

Kepada bro di Taman Tun Dr Ismail yang mengambil pesanan saya, terima kasih kerana masih mengenali pemain bola sepak negara. - Getaran, 30 Disember 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa