web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggredan Premis Sukan - Wajar Atau Tidak?

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 12:38PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda diberi peluang untuk menggred premis sukan swasta berdekatan kawasan perumahan anda, adakah anda akan memberinya gred A, B, C atau menyuruh pemilik premis tersebut untuk menutup fasilitinya buat selama-lamanya?

Cadangan untuk menggred premis sukan swasta kedengaran di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), seperti yang dilaporkan laman berita Twentytwo13 pada Selasa lalu.

Perkara ini masih baharu dan belum lagi mendapat reaksi sepenuhnya dari pemegang taruh yang lain. Ini kerana, pihak kementerian ingin mengkaji beberapa sudut, terutamanya dari segi undang-undang, untuk memastikan bahawa cadangan ini boleh menjadi realiti.

Jika direalisasikan, KBS akan mengeluarkan beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh pemilik fasiliti sukan dan premis mereka akan diberi gred - serupa sistem penggredan kedai-kedai makanan yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ada pelbagai halangan. Yang pertama sekali, fasiliti swasta mendapat lesen perniagaan dari PBT. PBT pula terletak di bawah naungan kerajaan negeri. Maka KBS tidak mempunyai kuasa untuk menyuruh fasiliti sukan menurut kepada peraturan-peraturanya.

Namun, KBS boleh bekerjasama dengan PBT dalam menetapkan peraturan-peraturan tersebut supaya PBT boleh memperkenalkan sistem penggredan yang sama kepada fasiliti sukan. Ini kerana premis yang tidak menetapi tahap yang diinginkan tidak boleh memperbaharui lesen operasi mereka.

Kos pula menjadi tanda tanya. Adakah pemilik fasiliti sukan akan dikenakan sebarang caj untuk menentukan fasiliti mereka akan digred? Jika ya, berapa kosnya - kerana pemilik-pemilik fasiliti kecil sudah tentu tidak berkemampuan untuk mengeluarkan duit - lebih-lebih lagi keadaan ekonomi negara yang masih tidak menentu.

Peraturan-peraturan yang diperkenalkan pula harus adil kepada semua pemilik fasiliti - besar mahupun kecil. In kerana sudah tentu pemilik fasiliti besar mampu membuat lebih banyak lagi ‘add-ons’ ke atas fasilitinya berbanding pengusaha kecil yang hidup bagaikan ‘kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Ada sesetengah pihak yang sudah tentunya tidak ingin sistem penggredan ini dijalankan. Mereka risau ini akan memberi persepsi yang tidak baik terhadap fasiliti sukan mereka.

Sebagai contoh, sudah tentu ramai penggiat sukan akan menyewa gelanggang sukan gred A daripada gelanggang sukan yang diberi gred C.  

Ada pula yang khuatir sistem penggredan sebegini akan melihat pengusaha gred A menaikkan harga fasiliti mereka.

Jangan kita lupa niat sebenar untuk memperkenalkan sistem ini. Ianya untuk memastikan penggiat sukan dapat bersukan dalam arena yang selamat dan kondusif. Ini kerana ramai penggiat sukan terpaksa membayar harga sewa yang tinggi untuk fasiliti sukan yang tidak memuaskan.

Moga-mogaan terdapat lebih lagi perbualan mengenai inisiatif untuk menggred fasiliti sukan swasta supaya lebih ramai lagi pemegang taruh akan berkongsi pendapat mereka untuk memastikan situasi menang-menang buat pemilik fasiliti dan penggiat sukan. - Getaran, 7 Julai 2022

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Bekalan Kurang, Telur Jadi Buruan di Labuan

2

Semasa 4 tahun yang lalu

‘Paksa’ Kontraktor Bumiputera Kelas F Naik Gred Tak Relevan

3

Kolum 4 tahun yang lalu

Jadikan Sukan Sebagai Alat Mempromosikan Malaysia

4

Kolum 4 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Liga Sosial Bola Sepak Arena Kung Fu 

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH