web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalan Kurang, Telur Jadi Buruan di Labuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 6:13PM

Telur kini menjadi antara barang buruan dalam kalangan pembeli di pulau bebas cukai ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Telur kini menjadi antara barang buruan dalam kalangan pembeli di pulau bebas cukai ini kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah ini biarpun selepas ketiadaan sekatan pergerakan akibat COVID-19. 

Kebimbangan mengenai kekurangan bekalan telur di seluruh negara dibangkitkan selepas jumlah pembelian bagi pembeli dihadkan oleh peniaga  dan gambar rak kosong di pasar raya besar dan  pasar raya tersebar di sini.

Walaupun banyak kedai sudah pulih daripada kesan pandemik dan mampu memastikan barangan memenuhi rak, telur masih sukar ditemukan kerana peniaga bergelut untuk memenuhi permintaan. 

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan Dr Larry David berkata kekurangan bekalan itu berikutan eksport telur dari Sabah yang terhad ke pulau ini dan kerana peningkatan dalam permintaan. 

“Kami telah meminta bekalan satu juta telur sebulan dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah November tahun lepas tetapi untuk rekod kami hanya menerima 750,000 telur daripada pembekal.

Sebelum ini Labuan menerima dua juta telur setiap bulan dan satu juta itu sebenarnya masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang meningkat di sini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Pengurus Bataras Sdn Bhd Elfriene  Aguinaldo berkata mereka menerima dua kali penghantaran berjumlah 3,000 bekas setiap satu berisi 30 butir telur daripada pelbagai gred (A,B,C dan gred telur premium) setiap minggu.

“Daripada 3,000 itu sekurang-kurangnya 30 peratus akan disalurkan kepada cawangan kami di Kompleks Ujana Kewangan dan bakinya untuk mengisi rak kami untuk kedai kek yang merupakan pelanggan tetap dan pengguna yang datang terus.

Bekalan telur boleh bertahan dalam sehari setelah tiba, kami mengalami masalah bekalan bagi semua gred telur … kami sedang bekerja keras untuk mengatasinya dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan,” katanya yang menguruskan pasar raya besar terbesar di Labuan itu.

 Aguinaldo berkata harga satu bekas telur untuk Gred A ialah RM15.30 (RM14.70 sebelum ini), Gred B  RM15 (RM14.40 sebelum ini) dan RM14.70 (RM14.10 sebelum ini) bagi setiap bekas untuk Gred C, meningkat antara RM0.40 dan RM0.60.

“Melihat kepada kenaikan permintaan telur, kuota bekalan telur kepada Bataras seharusnya ditingkatkan,” kata beliau.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan Junaidah Arbain berkata bekalan telur tidak berubah biarpun harga meningkat.

“Jumlah bekalan kekal stabil dalam beberapa bulan lepas di tengah-tengah sedikit kenaikan harga tetapi ia masih tidak melebihi harga siling,” katanya.

Beliau berkata terdapat aduan daripada orang ramai di atas harga telur yang tinggi tetapi hanya melibatkan gred premium yang bukan dalam kawalan KPDNHEP. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengapungan Harga Ayam, Telur Pastikan Warga Asing, Golongan 'Maha Kaya' Tidak Nikmati Subsidi

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad