Berita Terkini

2 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Awas, Berat Badan Naik! Ini Cara-Cara Elak Makan Berlebihan

Keputusan dan pemilihan yang dibuat tanpa disedari dapat menyumbang kepada gejala terlebih makan atau masalah berat badan pada jangka masa panjang. Kali ini, kita akan merungkai beberapa cara untuk elakkan situasi ini.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 9:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun sektor ekonomi telah pun mula dibuka sedikit demi sedikit, namun tetap ada ramai lagi yang masih bekerja sepenuh masa dari rumah. Antara rungutan yang timbul daripada situasi ini adalah kecenderungan untuk terlebih makan. 

Ramai yang kata bahawa mereka asyik sahaja ulang alik dari dapur dan buka tutup peti sejuk. Ada juga yang mengatakan bahawa kadang-kadang mereka melakukan sedemikian tanpa menyedarinya. 

Sebenarnya ini adalah sesuatu yang biasa kerana secara umumnya kita membuat lebih kurang 200 keputusan setiap hari. Daripada jumlah itu, kita hanya menyedari sebahagian daripada keputusan yang kita buat tentang pemakanan.

Keputusan dan pemilihan yang dibuat tanpa disedari dapat menyumbang kepada gejala terlebih makan atau masalah berat badan pada jangka masa panjang. Kali ini, kita akan merungkai beberapa cara untuk elakkan situasi ini.

 

Gunakan Peringatan Visual

Kajian telah menunjukkan bahawa antara faktor yang menyebabkan orang terlebih makan adalah kerana ramai tidak menggunakan indikasi dalaman (seperti perut yang kenyang) untuk menentukan sama ada mereka masih lapar atau tidak. Pergantungan kepada indikasi luaran selalunya akan mengakibatkan seseorang itu terlebih makan. 

Dalam satu kajian lagi, dua kumpulan penonton siaran sukan di televisyen telah disajikan drummet goreng sepanjang siaran tersebut. 

Untuk satu kumpulan, tulang-tulang dan sisa drummet yang telah dijamah ahli kumpulan tersebut dibersihkan sepanjang tempoh siaran dan untuk satu lagi kumpulan sisa dan tulang dibiarkan sahaja atas pinggan masing-masing. 

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa, ahli kumpulan yang sisanya dibersihkan sepanjang tempoh siaran telah menjamah 34% lebih drummet berbanding dengan kumpulan yang lain.

Ini tidaklah bermaksud saranannya adalah untuk tidak bersihkan meja makan selepas makan tetapi untuk menggunakan peringatan visual seperti sisa makanan dan tin atau botol air minuman untuk ingatkan kita banyak mana telah dijamah dalam satu sesi pemakanan.

 

Pilih Pembungkusan/ Saiz Hidangan Lebih Kecil

Salah satu lagi indikasi luaran yang dapat mempengaruhi cara pemakanan kita adalah saiz hidangan atau pembungkusan makanan.

Kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa peserta kajian yang diberikan satu paket besar yang mengandungi 200 biji M&M telah makan lebih 31 biji M&M berbanding dengan peserta kajian yang diberikan 10 paket kecil yang mengandungi 20 biji M&M. 

Walaupun pembungkusan yang lebih besar lebih ekonomi, namun ianya dapat membuatkan anda terlebih makan.

Tipnya di sini adalah untuk mengambil masa untuk membungkus semula makanan dalam saiz hidangan yang lebih kecil setelah dibeli dalam pembungkusan yang besar atau elakkan makan snek terus daripada pembungkusan.

Ambil sahaja kuantiti yang ingin dijamah dan letakkan dalam mangkuk atau pinggan supaya anda dapat melihat jumlah makanan yang akan dijamah.

 

Gunakan Pinggan yang Lebih Kecil

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa seseorang itu akan habiskan sehingga 92% daripada keseluruhan makanan yang dihidangkan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu dihidangkan dengan jumlah makanan yang kurang, kecenderungan untuk terlebih makan akan dikurangkan juga dengan mendadak. 

Satu cara untuk kurangkan makanan yang dihidangkan adalah dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil. Ini adalah kerana, atas pinggan yang kecil, saiz hidangan yang kecil akan kelihatan lebih besar. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi jumlah makanan yang dijamah dan elakkan terlebih makan. 

Sekian beberapa cara mudah untuk elakkan terlebih makan, tetapi sebagai seorang cef, nasihat utama saya adalah untuk mengambil masa untuk betul-betul menikmati makanan anda.

Bila kita menghayati setiap suapan tanpa gangguan luaran seperti televisyen dan gajet, pastinya kepuasan makan akan tercapai tanpa risiko terlebih makan. 

Lebih-lebih lagi, jika anda mengambil masa ini untuk menjamu selera bersama yang tersayang, bukan sahaja puas makan malah pengalaman makan bersama akan membawa kepada tabiat pemakanan yang lebih sihat. - Getaran, 6 September 2021


 

Sumber Rujukan

Wansink B, Payne CR. Counting bones: environmental cues that decrease food intake. Percept Mot Skills. 2007 Feb;104(1):273-6. doi: 10.2466/pms.104.1.273-276. PMID: 17450988.

Hetherington, M. M., Blundell-Birtill, P., Caton, S. J., Cecil, J. E., Evans, C. E., Rolls, B. J., & Tang, T. (2018). Understanding the science of portion control and the art of downsizing. The Proceedings of the Nutrition Society, 77(3), 347–355. https://doi.org/10.1017/S0029665118000435

Wansink B, Cheney MM. Super Bowls: serving bowl size and food consumption. JAMA. 2005 Apr 13;293(14):1727-8. doi: 10.1001/jama.293.14.1727. Retraction in: JAMA. 2018 Oct 23;320(16):1648. PMID: 15827310. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Berpada-Pada Nikmati Juadah Aidilfitri, Kawal Nafsu Makan, Jika Tidak…

2

TARA 11 bulan yang lalu

Jaga Pemakanan Kalau Sayangkan Buah Pinggang dan Jantung

3

Selera 1 tahun yang lalu

Hidangan Panas Dan Sihat Buat Perantau

4

Selera 1 tahun yang lalu

5 Cara Untuk Kekal Kenyang Dan Puas

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok