web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berpada-Pada Nikmati Juadah Aidilfitri, Kawal Nafsu Makan, Jika Tidak…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 7:11AM

Aidilfitri ini, di samping ada rendang dan ketupat, sediakan juga makanan yang ada sumber serat seperti sayur-sayuran serta buah-buahan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kawalan pemakanan sepanjang Ramadan boleh membantu menurunkan berat badan dan ‘mengawal’ penyakit dihidapi.

Bagaimanapun, apabila berlaku perubahan tabiat makan yang tidak terkawal pada Syawal, individu bukan sahaja akan mengalami kenaikan semula berat badan, malah terdedah kepada risiko penyakit berkaitan pemakanan, seperti kencing manis, darah tinggi, gula tinggi dan kolestrol tinggi.

Pegawai Pemakanan (Nutritionist) Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan (KKM), Siti Norsafiah Mohd Yusoff berkata, jika seseorang itu makan secara berlebihan, ia boleh mengakibatkannya mengalami ketidakselesaan pada perut.

“Bila kita dah jalani rutin sebulan berpuasa, tak makan di siang hari, hanya makan waktu malam sahaja. Tiba-tiba raya terus makan macam-macam.

“Untuk jangka masa pendek, perut kita akan rasa tidak selesa. Mungkin seseorang itu akan mengalami cirit-birit, kembung perut, pedih ulu hati dan sembelit.

“Bila kita makan secara berlebihan untuk tempoh jangka panjang pula, ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan, selain meningkatkan risiko penyakit berkaitan pemakanan termasuk kanser,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video dikongsi di Facebook KKM baru-baru ini.

Susulan itu, Siti Norsafiah menasihati orang ramai supaya menitikberatkan konsep bersederhana dan berpada-pada dalam menikmati juadah di Aidilfitri.

Menurut beliau, tabiat pemakanan terbaik dan seimbang adalah mengikut sukatan pinggan suku-suku separuh sebagaimana disarankan KKM.

“Di samping ada rendang dan ketupat, sediakan juga makanan yang ada sumber serat seperti sayur-sayuran serta buah-buahan.

“Kalau kita makan sate dan kuah kacang, janganlah letak kuah banjir satu pinggan, letak juga timun dan bawang. Ikut sukatan pinggan suku-suku separuh untuk menu diet sihat,” katanya.

Jelas beliau, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, kira-kira 95 peratus penduduk negara ini didapati tidak makan sayur seperti disaran KKM.

“Maksudnya hampir keseluruhan rakyat di negara ini, tak suka makan buah dan sayur seperti disarankan dalam panduan diet Malaysia.

“Sebab itu, bukan sahaja tertinggi di Asia, tapi di Malaysia sendiri, separuh daripada rakyat kita mengalami berat badan berlebihan atau obesiti,” katanya.

Pada masa sama, Siti Norsafiah berkata, tabiat pemakanan sihat banyak dipengaruhi cara seseorang itu makan.

KKM turut menasihati pengguna dan orang ramai untuk sentiasa peka dengan aspek keselamatan makanan - Gambar hiasan Bernama
KKM turut menasihati pengguna dan orang ramai untuk sentiasa peka dengan aspek keselamatan makanan - Gambar hiasan Bernama

Susulan itu, katanya, orang ramai digalakkan untuk makan secara perlahan kerana badan mengambil masa untuk menyampaikan ‘signal’ kenyang ke otak dalam masa 20 minit.

“Kalau kita makan terlalu laju, sebab itulah kita cepat lapar dan cenderung makan terlalu banyak.

“Jadi saya sarankan, makan dulu buah dan minum air kosong. Kalau perut kita dah ada separuh air dan buah, jadi kita tidaklah terlalu lapar,” katanya.

Sementara itu, KKM turut menasihati pengguna dan orang ramai untuk sentiasa peka dengan aspek keselamatan makanan.

Katanya, pastikan amalan pengendalian makanan bersih dan sanitasi sentiasa diamalkan, terutama semasa menyediakan juadah hari raya atau ketika menganjurkan rumah terbuka.

“Sentiasa amalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas.

“Sila ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan serta jadikan ianya amalan sebagai langkah menghindari keracunan makanan,” katanya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau layari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. – Getaran, 23 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad