Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jaga Pemakanan Kalau Sayangkan Buah Pinggang dan Jantung

Dianggarkan 1 dalam 3 orang dewasa yang menghidapi diabetes juga menghidap penyakit buah pinggang kronik, ia melibatkan sebanyak 40 peratus pesakit diabetes jenis 21. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 6:00PM

Dianggarkan 1 dalam 3 orang dewasa yang menghidapi diabetes juga menghidap penyakit buah pinggang kronik. - Gambar foryoursweetheart.my

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan kegagalan buah pinggang tetapi tanpa ragu diabetes merupakan punca utama bagi penyakit buah pinggang kronik (CKD). Dianggarkan 1 dalam 3 orang dewasa yang menghidapi diabetes juga menghidap penyakit buah pinggang kronik, ia melibatkan sebanyak 40 peratus pesakit diabetes jenis 21. 

Keadaan ini dipanggil Penyakit Buah Pinggang Diabetik (Diabetes Kidney Disease (DKD) atau juga dikenali sebagai Diabetic Nephropathy. Ia berlaku apabila buah pinggang anda mengalami masalah menapis sisa buangan daripada darah yang kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk air kencing. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Jika ia tidak dirawat, buah pinggang anda akan gagal dan tidak boleh berfungsi. Jika ini berlaku, anda mungkin memerlukan pemindahan buah pinggang atau dialisis.

Berdasarkan laporan Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2018, 69.2 peratus pesakit buah pinggang peringkat akhir adalah disebabkan DKD. Semakin tinggi tahap diabetes seseorang, semakin tinggi peluang mereka untuk menghidapi DKD. 

Trend yang membimbangkan ini menyebabkan Malaysia mempunyai kadar prevalence  kegagalan buah pinggang paling tinggi di dunia yang berpunca dari diabetes.

3 perkara yang anda perlu tahu mengenai Penyakit Buah Pinggang Diabetik (DKD)

1. Diabetes adalah punca utama kegagalan buah pinggang

Kebiasaanya diabetes mengambil masa bertahun-tahun untuk merosakkan buah pinggang dan jika ia berlaku, gejala DKD tidak begitu ketara di peringkat awal dan hanya akan lebih jelas apabila penyakit sudah di peringkat serius. 

Oleh itu, kedua-duanya, diabetes dan penyakit buah pinggang digelar sebagai pembunuh senyap tanpa gejala terutamanya pada peringkat awal. Masalahnya apabila diabetes tidak didiagnosis atau tidak terkawal. 

Adalah penting untuk menjalani gaya hidup sihat di mana salah satu faktor terbesar adalah pemakanan. - Gambar foryoursweetheart.my
Adalah penting untuk menjalani gaya hidup sihat di mana salah satu faktor terbesar adalah pemakanan. - Gambar foryoursweetheart.my

Ramai orang tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes jenis 2 untuk jangka masa yang lama yang boleh mengakibatkan peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang sejurus selepas disahkan menghidap diabetes. 

Beberapa gejala bagi penyakit buah pinggang yang berpunca dari diabetes adalah seperti pertambahan berat badan, pergelangan kaki bengkak, loya atau muntah, air kencing berbuih, lesu, nafas berbau air kencing, gatal-gatal, selera makan berkurangan dan kaki bengkak. 

Selain itu, organ lain yang mungkin terjejas oleh penyakit buah pinggang adalah mata dengan gejala seperti penglihatan kabur dan floaters.

2. Pemakanan sihat cara terbaik cegah komplikasi buah pinggang 

Cara terbaik untuk melambatkan atau mencegah komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan diabetes adalah dengan sentiasa mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat. 

Selain itu, ia adalah penting untuk menjalani gaya hidup sihat di mana salah satu faktor terbesar adalah pemakanan. Pemakanan yang sihat tidak bermakna anda hanya perlu mengambil salad. Anda boleh mengambil makanan lain, tapi dengan kadar pengambilan yang berpada-pada. 

Pemakanan yang sihat tidak bermakna anda hanya perlu mengambil salad. - Gambar foryoursweetheart.my
Pemakanan yang sihat tidak bermakna anda hanya perlu mengambil salad. - Gambar foryoursweetheart.my

“Kembali kepada perkara asas dan ikuti Pinggan Sihat Malaysia yang menyarankan pembahagian #SukuSukuSeparuh - karbohidrat (suku pinggan), protein (suku pinggan), buah-buahan dan sayur-sayuran (separuh pinggan),” nasihat Pakar Pemakanan Klinikal dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, Poh Kai Ling. 

Untuk pemakanan yang sihat, ini merupakan panduan terbaik tetapi sering kali diabaikan malah sentiasa dianggap remeh oleh kebanyakan orang.

“Apabila bercakap tentang paras gula dalam darah bagi mengelakkan kerosakan buah pinggang menjadi lebih teruk, matlamat utama adalah mengamalkan pengambilan pemakanan sihat dan seimbang yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan sambil mengamalkan pengawalan bahagian mengikut Pinggan Sihat Malaysia. 

Kesederhanaan dan saiz bahagian adalah faktor utama. Anda boleh mengambil mana-mana karbohidrat tetapi dalam bahagian sederhana mengikut kesesuaian serta mengurangkan pengambilan garam atau natrium. 

Kurang natrium dalam diet anda dapat membantu menurunkan tekanan darah sekaligus mengurangkan pengumpulan cecair dalam badan anda, yang biasa berlaku dalam penyakit buah pinggang,” tambah Poh.

3. Rawatan untuk penyakit buah pinggang diabetik (DKD)

Dengan ubat-ubatan serta rawatan terkini yang tersedia di pasaran, kunci kepada rawatan yang berkesan untuk komplikasi ini adalah hubungan yang kukuh antara pesakit, doktor, sokongan daripada ahli keluarga dan paramedik seperti pakar pemakanan dan jururawat. 

“Kadar kematian dan penyakit kardiovaskular meningkat secara eksponen bagi pesakit dengan Penyakit Buah Pinggang Diabetik(DKD). Pesakit DKD biasanya akan menemui ajal lebih awal sebelum mencapai peringkat akhir penyakit buah pinggang.”

“Jika pesakit mencapai peringkat akhir penyakit buah pinggang, mereka memerlukan terapi penggantian buah pinggang termasuk pemindahan buah pinggang atau dialisis. Pesakit perlu memantau komoditi mereka dengan penuh teliti bersama doktor mereka termasuk hipertensi, obesiti, hiperkolesterolemia dan merokok. 

Kesemua penyakit ini boleh membawa maut bersama diabetes, kata Perunding Perubatan Am dan Pakar Nefrologi di Pusat Perubatan Bukit Tinggi tentang hubung kaitan antara diabetes, jantung dan buah pinggang.

Pakar penjagaan kesihatan biasanya akan menasihati pesakit diabetes tanpa gejala untuk menjalani saringan penyakit buah pinggang dan jantung. Ini kerana penyakit ini biasanya berlaku secara senyap dan biasanya tidak menampakkan sebarang gejala sehingga sampai ke peringkat serius. 

Saringan yang disyorkan untuk penyakit buah pinggang diabetes (DKD) adalah dengan melakukan ujian mudah, seperti ujian air kencing yang dipanggil Urine ACR bagi meneliti kebocoran protein serta ujian darah bagi melihat fungsi buah pinggang yang dipanggil serum creatinine.

Saringan perlu dilakukan pada hari yang sama seseorang itu didiagnosis menghidapi Diabetes Jenis 2 dan 5 tahun selepas bermulanya diabetes Jenis 1. Walau bagaimanapun, cadangan untuk menyaring pesakit diabetes tanpa gejala untuk penyakit kardiovaskular pernah menimbulkan kontroversi dan perlu dinilai secara individu. 

Bagi pesakit diabetes yang sudah menghidap penyakit buah pinggang atau jantung, strateginya adalah untuk mengurangkan kesan penyakit daripada menjadi lebih teruk dan saringan bukan lagi menjadi keutamaan.

Oleh itu, pengesanan awal, pencegahan dan rawatan adalah kunci utama. Adalah penting untuk melakukan pemeriksaan secara berkala. Saringan adalah cara terbaik untuk mencegah diabetes dan komplikasi yang lain. 

For Your Sweetheart Campaign mengajak semua rakyat Malaysia untuk memelihara kesihatan diri dan orang tersayang dengan Pemeriksaan Diabetes HbA1c PERCUMA di klinik yang mengambil bahagian di seluruh negara. 

Inisiatif ini disokong oleh Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM).

Anda boleh layari www.foryoursweetheart.my untuk mendaftar saringan percuma hari ini atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang diabetes. Selain itu, anda juga boleh buat turun E-Book Resipi Mesra Diabetes secara percuma.

Untuk komplikasi diabetes seperti penyakit buah pinggang, sila berbincang dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat. - Getaran, 1 April 2023 

Artikel dan foto adalah sumbangan daripada www.foryoursweetheart.my

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Hampir RM10 Bilion Dibelanja Bagi Penyakit Tidak Berjangkit - Dr Zaliha

2

Refleksi 5 bulan yang lalu

Risiko Mati Pucuk Lebih Tinggi Dalam Kalangan Lelaki Menghidap Diabetes

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jangan Ambil Mudah, Waspada Penyakit Diabetes, ‘Budaya Gula’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Berpada-Pada Nikmati Juadah Aidilfitri, Kawal Nafsu Makan, Jika Tidak…

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi