web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Ambil Mudah, Waspada Penyakit Diabetes, ‘Budaya Gula’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 4:30PM

Rakyat Malaysia digesa mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dalam diet masing-masing. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia digesa mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dalam diet masing-masing, memandangkan penyakit kencing manis dan 'budaya gula' kini semakin menjadi norma dalam komuniti.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) menerusi teks khutbah Jumaat semalam menegaskan, penyakit kencing manis atau diabetes ialah antara masalah utama di Malaysia, dengan satu daripada lima individu dewasa mengalami penyakit itu dengan risiko komplikasi serius.

Menurutnya, berdasarkan data Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022, prevalens diabetes dalam kalangan orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada 2019, membabitkan 3.9 juta rakyat di negara ini.

“Diabetes atau dalam masyarakat Melayu lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis, ialah penyakit berbahaya yang memberi kesan tidak baik pada kesihatan manusia dan berlaku apabila terdapat kadar gula berlebihan dalam peredaran darah, kerana badan kurang hormon insulin, 

“Ia dihasilkan oleh organ dalam tubuh bernama pankreas, yang berfungsi menukarkan gula kepada tenaga. Diabetes dapat dikesan pada peringkat awal melalui tanda seperti kerap membuang air kecil, kurang keinginan bersama pasangan, otot menjadi lemah dan sebagainya,” katanya.

Kata teks khutbah itu, penyakit kencing manis mudah untuk ‘menyerang’ manusia apabila mereka mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang dan mengambil makanan mengandungi lemak serta gula secara berlebihan.

“Budaya mengikut nafsu dengan mengambil makanan dengan kadar lemak dan gula tinggi seperti kuih muih, minuman bergas ataupun teh tarik, merupakan penyumbang utama kepada diabetes. Ia akan menyebabkan lemak berkumpul sehingga menyeliputi organ dalaman dan mengganggu kelancaran peranannya dalam tubuh manusia. 

“Pada masa sama, diabetes adalah penyakit yang turut dipengaruhi oleh keturunan. Anak-anak yang ibu bapa mereka ada mengidap kencing manis, mempunyai risiko atau padah lebih tinggi, oleh itu, perlu lebih berhati-hati,” katanya.

Dalam pada itu, JAIPk menerusi teks khutbah sama menyarankan masyarakat untuk mempelajari ilmu pemakanan sihat dan seimbang, agar dapat mengenal pasti jumlah kalori (tenaga makanan) yang diperlukan oleh tubuh.

Jelasnya, pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan inklusif dalam mengawal setiap ahli keluarga agar mereka tidak mengambil makanan berkalori tinggi tanpa kawalan.

“Islam menggalakkan umatnya bersenam dan beriadah. Solat merupakan antara riadah yang dilaksanakan dengan penuh berseni dan setiap pergerakan membawa makna atau manfaat kepada tubuh manusia. Bersenam antara cara mudah untuk mengawal paras gula serta membakar lemak dalam badan. 

“Berjalan kaki seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW turut membantu mengurangkan tekanan darah, merangsang hormon endorfin (iaitu hormon kegembiraan), lantas menjadikan kehidupan lebih ceria. Banyakkan melakukan perkara itu setiap hari, dengan sengaja meletak kenderaan lebih jauh dari tempat yang dituju ketika ke tempat kerja, pasar, kedai, atau ke masjid,” katanya.

Sementara itu, teks khutbah Jumaat itu turut menasihatkan orang ramai melakukan saringan kesihatan secara berkala agar ia dapat membantu mengesan pelbagai penyakit, khususnya diabetes pada peringkat awal.

“Jenis sayur dan buah menerusi dasar piramid makanan membuktikan keperluan untuk ia diambil lebih banyak. Kedua pula adalah nasi serta bijiran manakala di tingkat ketiga (ialah) makanan berunsur protein, tenusu. Yang paling kurang pengambilannya ialah jenis makanan berminyak, berlemak, tinggi gula ataupun garam. 

“Selain berpuasa (yang) mempunyai banyak kelebihan pahala, perbuatan itu juga dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang dan mencegah diabetes. Kajian menunjukkan ia dapat merehatkan sistem pencernaan, membersihkan toksin dan juga merendahkan kadar gula dalam darah,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir RM10 Bilion Dibelanja Bagi Penyakit Tidak Berjangkit - Dr Zaliha

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Risiko Mati Pucuk Lebih Tinggi Dalam Kalangan Lelaki Menghidap Diabetes

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Belia Dizalimi Dunia, Malaysia Harus Laksana 5 Perkara Demi Kelestarian Generasi Muda

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad