web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Risiko Mati Pucuk Lebih Tinggi Dalam Kalangan Lelaki Menghidap Diabetes

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 11:09AM

Lelaki lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit diabetes berbanding wanita disebabkan perbezaan hormon dan taburan lemak badan. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Risiko masalah berkaitan Eractile Dysfunction atau 'mati pucuk' dalam kalangan lelaki yang menghidap penyakit diabetes adalah 3.5 kali lebih tinggi berbanding lelaki tanpa penyakit itu.

Pakar Perunding Urologi, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Goh Cheng Hood berkata, 10 peratus lelaki mengalami masalah mati pucuk selepas berusia 40 tahun ke atas, dan apabila umur semakin lanjut, risikonya turut meningkat.

"Ereksi melibatkan peningkatan aliran darah dalam arteri dan mengurangkan aliran darah keluar dari urat.

"Diabetes mengganggu proses ini disebabkan oleh neuropati, penurunan paras nitrik oksida (NO) dan peningkatan faktor protrombin, yang menyebabkan aliran darah berkurangan dan terjadinya pembekuan saluran darah.

"Bagi kebanyakan lelaki, maskuliniti dan harga diri mereka berkait rapat dengan prestasi seksual mereka, dan inilah sebabnya masalah mati pucuk boleh memberi kesan yang mendalam terhadap keyakinan dan nilai diri seseorang," katanya.

Beliau berkata, 21 peratus pesakit lelaki dengan masalah mati pucuk mengalami disfungsi yang teruk, bagaimanapun ia tidak seharusnya menghalang lelaki daripada mendapatkan bantuan profesional seawal mungkin sebelum keadaan bertambah buruk.

Sementara itu Pakar Perunding Endokrinologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Lim Kim Piow menjelaskan penyakit-penyakit saluran darah, disfungsi serta pengumpulan glikasi hasil daripada hiperglisemia.

"Ini boleh menjejaskan otot vaskular pada zakar dan akhirnya boleh membawa kepada masalah mati pucuk," katanya.

Beliau berkata, selain kesan fizikal, kesan emosi yang disebabkan oleh masalah mati pucuk juga sering dipandang remeh, dan ia boleh merenggangkan hubungan intim di antara pasangan suami isteri yang seterusnya membawa kepada isu komunikasi dan berbeza pendapat di antara pasangan.

Dr Lim amat bersetuju bahawa pemakanan memainkan peranan penting yang dalam menguruskan diabetes dan kesihatan tubuh, dan mereka yang mengalami diabetes perlu menguruskannya dengan memakan makanan berkhasiat yang boleh mengawal tekanan darah tinggi, kolesteral dan kandungan gula tinggi dalam darah.

"Cara pemakanan yang sihat harus mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, dan protein tanpa lemak. Anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang diproses dan makanan dengan indeks glisemik (GI) tinggi seperti roti putih, mi segera, daging proses dan snek bergula atau masin," katanya.

Sementara itu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) lelaki lebih berisiko tinggi untuk mendapat diagnosis penyakit diabetes berbanding wanita disebabkan perbezaan hormon dan taburan lemak badan.

November ini SMVC menggesa semua untuk memahami diabetes, dan bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap kehidupan lelaki, termasuk potensi 'mati pucuk', sempena dengan Hari Diabetes Sedunia pada 14 November. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini