Berita Terkini

18 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tepukan Cuma Satu Imaginasi

Muzik dan dunia hiburan tak akan mati. Tapi semuanya perlukan perubahan, adaptasi, imaginasi dan mungkin pengorbanan.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 8:55AM

Tangkapan layar persembahan Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) di YouTube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Virtual atau maya adalah perkataannya. Semua perlu bermain dengan imaginasi, baik bagi pengacara, penyanyi, pelawak mahupun pemuzik. Tepuk sorak penonton ketika ini adalah khayalan belaka. Kepuasan dalam menghibur telah diragut secara tiba-tiba. Inilah norma baharu yang semua anak seni perlu telan dan hadam tidak kira anda Alicia Keys mahupun Aina Abdul.

Saya merasai keganjilan ini secara live pada 13 November 2020 apabila diundang menjadi pemerhati bagi Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33). Sampai sahaja di pintu masuk Axiata Arena, segalanya begitu suram. Beginikah kesudahan kita? Adakah saya bermimpi?

Andai dulu kita mendengar gegak gempita sorakan ribuan peminat di laluan karpet merah Arena of Stars, Genting Highlands mahupun PICC Putrajaya namun malam itu, ABPBH tiba-tiba hilang sinar gemilangnya. Masuk ke dalam stadium, saya cuma melihat kelibat hos, finalis, pemuzik dan krew produksi sedang bertugas. Kamera hanya memfokus ke pentas yang besar tanpa sebarang visual daripada kerusi penonton. Setiap kali selesai persembahan dan ucapan pemenang, playback tepuk sorak diselitkan. Segala-galanya dibuat untuk hiburan dan tatapan penonton di rumah. Stadium sebesar mana pun tiada maknanya lagi.

Apa yang jelas, pihak penganjur ABPBH33 memang mengikut setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bersama kebenaran penggambaran oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Tahniah kerana tiada juga kluster baru daripada acara itu dan semua berjalan lancar.

Terkini, TV3 sekali lagi sedang berdepan dengan ujian lebih getir. Selepas Alif Satar - salah seorang semi finalis Muzik Muzik 35 dijangkiti Covid-19 pada November lalu - krew produksi TV3 terpaksa berdepan pula masalah penangguhan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35). Awalnya ia dijadual berlangsung pada 7 Februari 2021 namun terpaksa ditunda gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula di Malaysia pada 13 Januari lalu.  

Dengan tarikh baru pada 14 Mac ini, krew penerbitan AJL35 yang diketuai Nurhul Huda Hj Khalid selaku Penerbit Eksekutif, kini begitu ligat membuat persiapan terbaik. Huda yang sudah masuk tahun ketujuh mengendalikan AJL berkata, cabaran yang perlu digalas mereka sangat hebat gara-gara penukaran tarikh, tempoh persiapan dan lokasi.

Katanya, pada tahun-tahun sebelumnya, mereka punya masa kira-kira dua bulan setengah untuk membuat persiapan ke malam final selepas peringkat semifinal selesai. Bagaimanapun, kali ini mereka cuma ada sekitar sebulan setengah sahaja untuk berbuat demikian apabila lokasi turut bertukar daripada Axiata Arena ke Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memandangkan tidak ada penonton yang hadir.

Dapat saya membayangkan betapa menggunungnya tahap tekanan yang dihadapi krew penerbitan AJL35 ketika ini. Difahamkan, segala kelengkapan set dan props untuk finalis kelak perlu diangkut satu persatu dengan lif kerana stuktur pentas MBSA begitu berbeza kalau dibandingkan dengan Axiata Arena yang lebih efisyen. Namun saya yakin melalui pengalaman Huda dan pasukannya itu, AJL35 akan menjadi suatu realiti bagi TV3 dalam norma baharu. Saya katakan pada Huda, ini sejarah baru untuk diri mereka sejak AJL mula dianjurkan pada 1986.

Dalam pada itu kita terus melihat wabak ini menyekat segala aktiviti manusia sejagat dan menjejaskan periuk nasi begitu ramai sekali anak seni. Pun begitu pelbagai cara sedang dilakukan oleh artis, pemuzik dan penganjur persembahan untuk menzahirkan pelbagai persembahan menarik menerusi platform media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan Tik Tok. Ada yang membuat showcase, mini konsert malah kelas vokal hingga ke bengkel muzik. Ia bergantung kepada kreativiti masing-masing termasuk dalam menjana pendapatan. Aplikasi web-based seperti Zoom menjadi semakin penting kepada anak seni hari ini untuk melunaskan hal-hal penting berkaitan kerjaya.

Melayari YouTube baru-baru ini, saya amat tertarik dengan satu video yang dimuat naik ke saluran MPO TV. Ia menyaksikan rakaman visual barisan pemuzik remaja daripada Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) yang memberikan satu tribute kepada frontliners kita dengan memainkan lagu tema filem legenda Star Wars karya John Williams. Mereka kelihatan sungguh bersemangat bermain di bawah pimpinan konduktor dari Jepun, Naohisa Furusawa.  

Bagi saya, ia suatu persembahan yang sangat membanggakan, bertaraf dunia dan setanding dengan kualiti muzik yang dimainkan barisan pemuzik dewasa dalam Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang pernah saya tonton dulu. Video itu juga membuktikan bahawa muzik tidak terus mati meskipun dunia masih dicengkam pandemik yang belum berkesudahan. Lebih daripada itu, jumlah tontonan terhadap YouTube, Facebook dan sewaktu dengannya dilihat meningkat secara mendadak pada zaman Lockdown ini. Apa lagi yang boleh kita lakukan selain tonton, tonton dan tonton. Dan artis?  Mereka hanya perlu terus berimaginasi di alam maya. - Getaran, 20 Februari 2021

Roslen Fadzil adalah bekas Pengarang Hiburan Harian Metro, BiPop Berita Minggu, Murai.com.my dan majalah digital ZIP. Beliau kini penulis skrip dan lirik lagu untuk ramai artis terkenal Malaysia.

Isu Pada

Nabila Razali

20 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi