web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Prihatin Nasib B40, FOODSPACK Tawar Rebat RM50

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 12:29PM

Gudang FOODSPACK di mana bekalan makanan untuk dijual kepada peniaga B40.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bersimpati dengan nasib peniaga yang terjejas akibat pandemik COVID-19, sebuah syarikat pembekal barangan pembungkusan makanan dan minuman menawarkan rebat buat peniaga yang majoritinya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah atau B40.

Ketua Pegawai Operasi (COO) FOODSPACK, Shahrin Ramly berkata, inisiatif tersebut merupakan antara cara yang dirangka bagi membantu peniaga kecil-kecilan.

“Kami FOODSPACK menawarkan rebat sebanyak RM50 bagi setiap pembelian RM150 ke atas. Maknanya, peniaga hanya perlu membayar RM100 untuk setiap pembelian bernilai RM150.

“Rebat itu adalah sebahagian usaha syarikat dalam meringankan beban operasi yang ditampung peniaga makanan dan ia boleh didapati di setiap cawangan FOODSPACK,” katanya kepada Getaran.

Shahrin memberitahu, inisiatif berkenaan diharapkan mampu menyemarakkan lagi industri perniagaan pembungkusan makanan dan minuman, untuk komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna, khususnya golongan B40.

Ketua Pegawai Operasi FOODSPACK, Shahrin Ramly
Ketua Pegawai Operasi FOODSPACK, Shahrin Ramly

Jelas Shahrin lagi, FOODSPACK berharap akan menyemarakkan lagi industri perniagaan pembungkusan makanan & minuman dan komited sepenuhnya untuk memberi perkhidmatan dan bekalan terbaik kepada pengguna khususnya golongan B40.

“Dengan keadaan ekonomi yang amat membimbangkan, kami amat prihatin dengan masalah rakyat terutamanya yang berdepan masalah kewangan, dan sedaya upaya akan membantu menggunakan apa sahaja platform,” katanya.

Tambahnya lagi, rebat itu nanti boleh digunakan peniaga di kesemua cawangan FOODSPACK iaitu di Chow Kit, Pudu, Setapak dan Pandan.

“Pelanggan boleh menghubungi FOODSPACK di talian 013 3636066 atau 0193773006 untuk mendapatkan maklumat lanjut,” jelas beliau.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan Pakej PEMULIH bagi tambahan Pelan Pemulihan Negara (PPN) akibat pandemik COVID-19.

Pakej PEMULIH berjumlah 150 bilion ringgit merangkumi suntikan fiskal kerajaan sebanyak 10 bilion ringgit tunai untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan B40. - Getaran, 12 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa