Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Ustaz Nik Azizan Berkongsi Ilmu Dan Berdakwah Di Alam Maya

Kenali Ustaz Nik Azizan Datuk Haji Nik Jaafar, seorang ustaz dan pengacara Bigo Live yang mengajar Al-Quran secara penstriman langsung dalam talian.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 5:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyebaran ilmu pada masa kini tidak lagi tertakluk kepada satu atau dua cara konvensional. Berkat kebijaksanaan manusia, teknologi makin canggih dan ilmu dapat dikongsikan dengan pelbagai cara.

Begitu juga dengan ilmu agama. Malah selain kuliah-kuliah agama yang sering dapat disaksikan secara dalam talian, terdapat juga kelas-kelas membaca Al-Quran yang dilakukan secara langsung lewat aplikasi penstriman moden.

Antara yang memanfaatkan teknologi ini ialah personaliti pilihan kami minggu ini, Ustaz Nik Azizan Datuk Haji Nik Jaafar.

Beliau merupakan seorang ustaz yang terkenal sebagai seorang pengacara di aplikasi Bigo Live kerana kepakarannya mendidik ramai penonton membaca Al-Quran.

Lahir dalam sebuah keluarga yang mempunyai sekitar 80% golongan pendidik termasuk ustaz dan ustazah, Ustaz Nik Azizan juga merupakan anak kepada jurulatih qari dan qariah antarabangsa iaitu Ustaz Datuk Haji Nik Jaafar. 

Menurutnya, ayahnya sendiri merupakan guru atau murabbinya yang telah mendidik beliau sehingga menjadi seorang ustaz dan guru agama Islam.

Kami mendekatinya untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembabitannya dalam bidang ini.

Sudah berapa lama Ustaz berkecimpung sebagai pendidik dalam bidang agama? 

Bermula sejak tahun 2000 selepas tamat pengajian di Yarmouk University, Jordan.
 

Sejak bila menggunakan aplikasi Bigo dan apa yang mendorong ustaz untuk mengajar melalui aplikasi ini?

Saya mula menggunakan aplikasi Bigo pada tahun 2016 secara tidak sengaja. Pada waktu itu saya mencari sebuah aplikasi untuk berinteraksi dengan pelajar saya secara pantas dan santai, serta boleh berhubung dengan mereka dari seluruh pelosok dunia.

Saya mempunyai pelajar di Malaysia, Singapura, Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Maldives.

Dorongan saya untuk mengajar melalui aplikasi Bigo ini adalah saya mendapati ramai sebenarnya anak bangsa kita yang mahu mendekati dan mendalami ilmu Al-Quran, namun terkadang mereka ini malu atau tidak jumpa cara yang santai.

Maka di sini, saya memberikan peluang untuk semua yang berada di Bigo untuk belajar Al-Quran secara santai tetapi tetap dapat memahami Al-Quran dengan tepat.

Menerusi aplikasi ini juga saya telah dapat membentuk satu agensi di bawah Bigo iaitu Bimbingan Mengaji AlQuran (BMAQ) yang telah disertai oleh lebih 300 orang.

Dari apa yang saya lihat, ustaz sering berpenampilan berbeza semasa bersiaran di aplikasi, mengapa?

Saya sering berpenampilan berbeza semasa bersiaran kerana saya ingin menyantuni setiap lapisan dan golongan yang berada di Bigo atau di mana-mana aplikasi.

Penampilan saya lebih kepada mesra dan bersahaja. Saya tidak ingin mencipta jurang yang menyebabkan mereka tidak selesa untuk bergaul dengan saya, apatah lagi untuk mula belajar Al-Quran.

Sepanjang bersiaran melalui aplikasi, apa perbezaan paling ketara yang ustaz dapati berbanding mengajar secara langsung?

Mengajar melalui aplikasi atau secara dalam talian dan juga mengajar secara langsung, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.

Namun, apabila saya mula menggunakan saluran dalam talian untuk mengajar, saya mendapati bahawa saya boleh berinteraksi dan memberikan ilmu secara meluas tanpa sempadan kawasan.

Selain itu juga, menggunakan aplikasi sebenarnya sangat menarik kerana saya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran saya dan menarik minat para pelajar supaya tidak bosan.

Walaupun ilmu Al-Quran disampaikan secara dalam talian, tetapi ilmu itu tetap sama.

Saya juga dapat menyatukan kesemua pelajar-pelajar saya dan melihat mimik muka mereka, kesalahan apa yang mereka buat dan saya boleh betulkan dengan mulut saya sendiri dengan melihat wajah pelajar-pelajar saya. 

Tidakkah ustaz berasa bahawa ada kekurangan kala mengajar melalui aplikasi tanpa pertemuan langsung ?

Setakat ini saya lebih nampak manfaat yang besar mengajar melalui aplikasi secara dalam talian berbanding kekurangan.

Tiada pertemuan langsung tidak memberikan sebarang masalah kerana dalam keadaan sekarang, sudah menjadi normal untuk kita mempelajari sesuatu ilmu secara dalam talian.

Kecanggihan teknologi sekarang menjadi batu loncatan dalam penyebaran ilmu. Saya juga boleh merekod 'kelas' dan pelajar-pelajar boleh merujuk semula pelajaran-pelajaran yang telah mereka belajar di saluran YouTube saya. 

Zaman sekarang banyak penipuan dan pemalsuan berlaku di aplikasi media sosial, sehingga ramai juga yang sukar mempercayai kesahihan sesetengah tokoh di aplikasi media seperti ini. Bagaimana cara (menurut ustaz) untuk menyangkal tanggapan ini?

Penipuan di dalam aplikasi media sosial ini sesuatu yang tidak dapat dinafikan kewujudannya. Di dalam kita menggunakan media sosial ini, tak salah untuk kita tidak meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada semua orang.

Namun, sekiranya kita sudah berada lama di dalam sesuatu lingkungan dan mengenali seseorang tokoh itu, lagi-lagi tiada kontroversi yang didengar tentang tokoh tersebut, maka tiada masalah untuk kita mempercayai mereka.

Adakah ustaz rasa mengajar dan berdakwah melalui aplikasi seperti Bigo, cara dakwah masa depan yang akan dianggap normal?

Ya, mengajar dan berdakwah dalam talian pada masa depan akan dianggap normal. Sekarang pun sudah dianggap normal lebih-lebih lagi semua pengajar dan pendakwah perlu beradaptasi dan fleksibel dalam menggunakan apa jua saluran secara dalam talian untuk menyampaikan ilmu dan dakwah.

Rata-rata rakyat Malaysia kini pun sudah mula menghabiskan banyak masa mereka bersosial di dalam aplikasi-aplikasi dalam talian.

Pesanan ustaz untuk mereka yang ingin menggunakan aplikasi media sosial seperti Bigo bagi tujuan berdakwah atau mengajar?

Pesanan saya kepada mereka yang ingin menggunakan mana-mana aplikasi media sosial, bukan sahaja Bigo, untuk berdakwah atau mengajar adalah kita perlu menyampaikannya dengan ilmu yang betul.

Gunakan pendekatan bil hikmah dan jangan sekali-kali menjadi sangat keras kerana tiada manusia yang sukakan kekerasan. Selain itu, semangat kita perlulah kuat dan kental kerana kadang-kadang kecaman dan fitnah akan datang tanpa kita sedari.

Yang paling penting, jangan berputus asa untuk menyebarkan dakwah dan ilmu kerana sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyampaikan dakwah seperti Rasulullah SAW dan mengajarkan ilmu bermanfaat kepada manusia lain. 

Kami di Getaran mendoakan semoga segala usaha Ustaz Nik Azizan akan terus diberkati dan berkembang maju. Syabas dan terima kasih Ustaz! - Getaran, 13 Februari 2022

Gambar: Ihsan Ustaz Nik Azizan

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sedia Beri Kerjasama, Guan Eng Yakin Tidak Bersalah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

JAKIM Tidak Terima Laporan Mengenai 'Projek Cinta' - Mohd Na'im

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Isu Agama Sebagai Polemik, Perbalahan Politik - Agong

Sorotan

1

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

2

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

3

Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

4

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

5

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

6

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

7

Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Bunga Teluki Bakal Tembusi Pasaran Dubai Sebagai Bahan Hidangan Mewah

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU