web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAKIM Tidak Terima Laporan Mengenai 'Projek Cinta' - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 7:21AM

Mohd Na'im Mokhtar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menerima laporan mengenai dakwaan terdapat usaha sulit menukar agama golongan tertentu di negara ini yang dikenali sebagai ‘Projek Cinta’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang boleh mencetuskan fitnah, permusuhan dan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama di Malaysia.

“Dalam Islam, sebarang paksaan terhadap orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam adalah tidak dibenarkan sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) mengenai kebenaran pendedahan Mariam Mokthar baru-baru ini mengenai kewujudan usaha sulit menukar agama tertentu di Malaysia yang dijenamakan sebagai ‘Projek Cinta’ dan pendirian kerajaan tentang usaha tersebut.

Mohd Na'im menegaskan kebebasan beragama adalah dijamin seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.

Namun, katanya Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni di Malaysia.

Tular video di media sosial yang mendakwa satu jabatan kerajaan menyasarkan masyarakat pelbagai peringkat termasuk pelajar sekolah dan Orang Asli untuk menukar agama mereka kepada Islam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran