Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

Bersama Ubai Amir bercerita tentang kerjayanya bergelar stuntman berdepan kejadian ngeri yang kadangkala boleh mengancam nyawa.

Karier Dikemaskini 1 tahun yang lalu Ā· Diterbitkan pada 31 Jul 2022 4:35PM

Gambar ihsan Ubai Amir

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika sesebuah filem 'meletup' dan diperkatakan, mudah mencari dan memuji pelakon utamanya kerana mereka adalah wajah di hadapan kamera. 

Tapi tahukah anda, di setiap babak aksi yang anda saksikan di dalam panggung, ada orang yang hampir mati kerananya tapi tetap meneruskan kerja gila ini. 

Merekalah barisan pelakon lagak ngeri atau lebih dikenali sebagai stuntman yang mempertaruhkan nyawa di belakang tabir.

Baru-baru ini Getaran sempat menemu ramah secara eksklusif pelakon lagak ngeri, Ubai Amir yang sudah berkecimpung selama 13 tahun dalam industri perfileman Malaysia sebagai stuntman.

Hai Ubai, ceritakan bagaimana anda mula bergelar pelakon lagak ngeri.

Ceritanya, saya mempelajari ilmu persilatan sejak berumur 12 tahun lagi bersama seorang guru yang bernama Tok Cindai.

Tok Cindai dahulunya seorang pengarah aksi. Jadi, ramailah pengurus produksi yang hadir ke gelanggang silat kami dan ambil kami sebagai pelakon tambahan. Maka, di situlah bermulanya perjalanan saya berkecimpung dalam industri perfileman.

Projek pertama saya buat ialah sekitar tahun 2009 iaitu Nur Kasih The Movie di mana ada babak pertarungan di dalam terowong.

Selain itu, saya juga banyak terlibat dengan drama dan filem dalam mahupun luar negara. Antaranya Polis Evo 3, Wira, The Assistant dan drama aksi produksi United Kingdom iaitu 'Strike Back' untuk musim ketujuh.

Sekarang saya banyak mengendalikan projek di bawah platform penstriman Viu.

Apakah antara cabaran bergelar seorang pelakon lagak ngeri?

Saya pernah kena langgar dengan kenderaan 4x4 sebanyak enam kali berturut-turut dalam filem KL Zombie

Selain itu, untuk projek 'Strike Back' di UK, saya kena beraksi dengan pelakon mereka yang kebanyakannya bersaiz besar berbanding tubuh orang Asia. Tambahan pula, pihak produksi UK tidak memberitahu secara jelas apa yang perlu kami (pelakon lagak ngeri Malaysia) lakukan. Jadi, kami perlu selalu hadir dengan strategi.

Bukan itu sahaja, saya pernah tersilap melakukan aksi terjun dari tingkat dua. Semasa melakukan babak itu, kaki saya mendarat dahulu menyebabkan tulang saya terkeluar dari sendi. Namun saya perlu menanganinya sendiri dan bekerja seperti biasa walaupun penggambaran masih berbaki 20 hari lagi. 

Saya makan panadol enam kali sehari sehingga berat badan saya susut. Jika saya cuti, saya tak akan dapat bayaran penuh. Saya kena teruskan kerana inilah periuk nasi saya. Saya pula bukanlah seorang yang cemerlang dalam pelajaran, seni bela diri satu-satunya sumber mata pencarian saya.

Mengapa memilih bekerja di belakang tabir, stuntman tidak glamour seperti pelakon utama bukan?

Saya setuju pekerjaan stuntman bukanlah sesuatu yang glamour, hanya ada sekelompok sahaja pelakon lagak ngeri di Malaysia. 

Orang selalu memandang tinggi stuntman luar negara dan memandang rendah stuntman Malaysia. Mereka tidak tahu bagaimana kami bekerja. Sedangkan kami juga bekerja dengan produksi luar negara. Jika ada produksi luar negara datang ke Malaysia, mereka akan cari kami.

Namun, apa yang penting ialah jiwa. Kami beri sepenuh komitmen dan minat kerana kami menggalas tanggungjawab yang besar. Kami juga menjaga keselamatan artis dan produksi. Bila filem itu berjaya, sebagai pelakon lagak ngeri, kami berasa sangat bangga.

Lagipula, industri memerlukan kami, apalagi filem aksi semakin mendapat permintaan hari ini.

Secara peribadi, saya memang ingin bergelar pelakon dan sudah pernah ditawarkan pengarah untuk berlakon. Namun ketika itu saya masih belum mempunyai ilmu lakonan.

Sekarang saya sudah pergi ke kelas lakonan. Azam saya agar suatu hari nanti orang mula mengenali saya sebagai pelakon dan stuntman pada masa yang sama.

Daripada aspek keselamatan, ada insurans khas untuk stuntman?

Memang ada insurans bekerja yang disediakan pihak produksi kalau berlaku kecederaan. Tapi untuk insurans peribadi stuntman di Malaysia memang agak mahal iaitu sebanyak RM500 sebulan. Kebanyakan daripada kami tak ambil kerana tak mampu. 

Kawan saya pernah buat aksi sehingga kemalangan motor menyebabkan tulang betisnya hancur. Tapi tak boleh claim kerana tiba-tiba kami dapat tahu insurans yang dibelinya belum matang. Jadi tak bolehlah nak mohon apa-apa. 

Itulah antara kemelut yang kami hadapi sebagai stuntman yang kadangkala buat kami patah semangat. Kami hanya berserah kepada Allah SWT sahaja agar tiada apa-apa yang berlaku semasa penggambaran.

Ubai Amir bersama Hairul Azreen (dua dari kiri) dan Iedil Dzuhrie Alaudin (empat dari kiri) di set penggambaran 'The Assistant' - Gambar ihsan Ubai Amir
Ubai Amir bersama Hairul Azreen (dua dari kiri) dan Iedil Dzuhrie Alaudin (empat dari kiri) di set penggambaran 'The Assistant' - Gambar ihsan Ubai Amir

Pesanan jika ada yang berminat menjadi seorang stuntman?

Istilah dan gelaran stuntman ini ini sangat besar dan berat. Ia datang bersama-sama tanggungjawab. Kerjanya bukan sekadar bergaduh dan bertumbuk. Perlu ada ilmu tentang keselamatan.

Kena tahu apa kita nak buat dalam babak gaduh, bertumbuk, bagaimana nak jatuh dan lain-lain. Jika anda lakukan secara membuta tuli, inilah yang buat kecederaan senang terjadi. - Getaran, 31 Julai 2022

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

3

TARA 9 bulan yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pelakon Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Cederakan Isteri

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Usahawan 51 minit yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain ā€“ PM