web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Esther dan Ethan Memperjuangkan Naratif 'Self Love'

Daripada bidang sains terjun ke perniagaan, kenali dua wajah di sebalik jenama pelekat rawatan jerawat, Dododots.

Karier Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 5:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri apakah maksud sebenar kecantikan.

Perkataan ini sering menjadi topik perdebatan kaum hawa malah ramai daripada kita terjerat dalam stigma standard kecantikan untuk menilai diri sendiri. 

Jadi, adakah kecantikan hanya bergantung pada fizikal seseorang semata-mata?

Menyedari kekurangan yang ada pada industri kecantikan, dua saintis muda ini berasa terpanggil untuk mencipta produk yang mampu menentang stereotaip terhadap kulit berjerawat.

“Kecantikan sering dikaitkan dengan wanita berkulit putih, mulus dan tidak berjerawat. Walaupun kecantikan itu subjektif, namun jerawat yang muncul pada kulit wajah semestinya akan meruntuhkan keyakinan kita untuk berjumpa dengan orang ramai.

“Disebabkan kami berdua pernah mengalami masalah ini sejak remaja lagi, kami berasa bertanggungjawab untuk menukar persepsi masyarakat terhadap idea kecantikan.

“Semasa zaman sekolah, saya sering kali menangis di tandas apabila orang bertanya tentang keadaan kulit saya. Hal ini menjadi semakin teruk sehingga saya mengelak daripada bertentang mata dengan sesiapa dan melihat cermin.

“Pelekat jerawat inilah menjadi satu ‘shield’ buat saya kerana mampu menutup dan menyembunyikan jerawat yang ada pada permukaan muka,” kata Esther Wong, pengasas bersama Dododots.

Mempunyai latar belakang dalam bidang sains, Esther Wong dan Ethan Wong mengambil langkah untuk menceburi bidang perniagaan bagi membantu memulihkan keyakinan orang yang berdepan dengan masalah kulit. 

“Satu perkara penting yang kami bawa bersama sebagai ahli sains adalah kemahiran analisis dan ketelitian ketika membuat eksperimen.

“Seperti yang anda tahu, kadangkala kami perlu mengulangi eksperimen dengan teknik baharu untuk mendapatkan pemboleh ubah yang berbeza. 

“Dengan kemahiran dan pengetahuan ini, kami dapat menghasilkan rangkaian pelekat jerawat yang sesuai untuk semua jenis kulit tak kiralah berjerawat, kering, berminyak atau kombinasi,” jelas Ethan Wong, pengasas bersama jenama ini.

Untuk pengetahuan semua, Dododots merupakan pelekat jerawat berwarna pertama buatan Malaysia yang mampu menutup, melindungi dan menyembuh jerawat semalaman.

“Kami mahu mempelbagaikan jenis pelekat jerawat buat para pengguna. Kami menyedari bahawa ada satu jenis pelekat jerawat sahaja di pasaran iaitu berwarna lutsinar.

“Disebabkan warnanya, ia tidak dapat menutup nanah dengan efektif setelah memakainya selama beberapa jam. 

“Memandangkan pelekat jerawat kami berwarna, anda tidak akan melihat nanah putih atau kemerahan jerawat dengan jelas walaupun sudah memakainya sepanjang hari.

“Selain itu, ia turut mengandungi bahan hidrokoloid yang dapat menyerap sebum berlebihan dan membantu meratakan kulit kita,” tambah Esther.

Meskipun sudah keluar daripada dalam bidang sains baru-baru ini,  Esther dan Ethan kini bekerja dalam sebuah agensi pemasaran selain membina empayar Dododots.

“Bekerja dua pekerjaan tidaklah semudah yang disangkakan tapi kami berasa gembira dan berpuas hati kerana dapat membantu memulihkan keyakinan golongan yang berdepan dengan masalah jerawat. 

“Sebagai jenama yang mengutamakan self love, matlamat kami adalah untuk mengeluarkan produk yang dapat mengingatkan semua agar menghargai dan mencintai diri sendiri sepenuhnya.

“Pelekat jerawat ini merupakan antara produk yang sangat sentimental buat kami. Ia seakan mengajak kita untuk memeluk dan menyayangi diri sendiri. 

“Kami mahu orang ramai berasa jujur dan berdamai dengan diri mereka. Kami percaya, kecantikan seseorang akan lebih terserlah apabila mereka yakin dan selesa dengan diri sendiri,” ujar Esther mengakhiri temu ramah.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih tentang jenama Dododots, jangan lupa untuk layari profil mereka di Instagram. - Getaran, 24 April 2022

Semua gambar: Dododots

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

TARA 2 tahun yang lalu

Pameran ArtScience Prize Jadi Platform Tingkat Pemahaman Gabungan Seni Dan Sains

3

TARA 3 tahun yang lalu

Hukum Jerawat Pecah Ketika Solat

4

TARA 3 tahun yang lalu

Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara