web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2024 12:44PM

Antara mercu tanda Kuala Lumpur yang boleh dilihat dari hotel

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak ‘wabak staycation’ tular di kalangan pengembara, ramai yang mula jatuh cinta dengan aktiviti yang satu ini. Staycation bukan sahaja mampu melegakan tekanan, malah anda juga tidak perlu anda untuk pergi jauh. Boleh sahaja lakukan di kota tempat anda mencari rezeki atau yang berhampiran. 

Baru-baru ini saya berkesempatan melarikan diri ke Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown untuk percutian 3 hari 2 malam. Sebenarnya, sudah lama saya menyimpan angan untuk menginap di sini kerana ada banyak restoran dan kafe berdekatan yang ingin dicuba. 

Lobi hotel yang menarik
Lobi hotel yang menarik

Selain itu, saya juga bercita-cita untuk panjangkan langkah ke beberapa tarikan Kuala Lumpur yang belum pernah dijejaki, dan yang paling penting mahu bermalas-malasan. Jadi kenalah cari hotel yang perfect untuk segala tujuan ini. 

Ternyata pilihan kali ini tidak salah. Sebaik selesai urusan daftar masuk, saya terus curi masa untuk mengikuti kelas membuat moktel yang tersedia di restoran yang terletak berhampiran lobi, Jann. 

Ini kerana restoran ini memang sohor di media sosial kerana ia menawarkan pemandangan panoramik kota Kuala Lumpur yang menampilkan empat bangunan ikonik kebanggaan rakyatMalaysia iaitu Menara 118, Menara Berkembar Petronas(KLCC), Menara Kuala Lumpur, dan juga Menara TRX. 

Melangkah masuk ke bilik, hati melonjak gembira kerana dekorasi bilik yang tampil bergaya dengan rekaan moden. Kehadiran lukisan dinding yang menggambarkan Chinatown pada masa lalu menyuntik mood yang menggamit memori. 

Pemandangan latar langit Kuala Lumpur juga terbentang indah di depan mata sebaik langsir diselak. Tilam dan bantalnya yang empuk membuatkan tidur malam cukup lena. Sesuai dengan tarafnya sebagai hotel empat bintang, kelengkapanyang tersedia di bilik ini juga terbaik. Tidak perlu hubungi pengemas bilik untuk meminta ‘itu dan ini’ kerana semuanya sudah ada.

Jamu selera Di Hotel Dari Sarapan Pagi Hingga Ke Malam

Memang benar hotel ini dikelilingi dengan tempat-tempat makan yang menjadi tumpuan ramai. Namun, saya ke sini untuk ‘melayan’ mood malas ketika sedang staycation. Saya hanya berlegar di hotel untuk bersarapan pagi hinggalah ke makan malam.

Ini kerana Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownada beberapa restoran dan kafe untuk menjamu selera. Terdapat beberapa seleksi makanan yang berbaloi untuk dicuba.

Antara menu untuk FUIYOH Nostalgia Weekend Buffet
Antara menu untuk FUIYOH Nostalgia Weekend Buffet

Quan's Kitchen merupakan restoran yang sedia melayan tetamu daripada sarapan pagi hinggalah ke makan malam. Dibuka dari jam 7 pagi hingga 10:30 malam, Quan's Kitchen menampilkan kepakaran masakan tradisional dari kawasan kejiranan Chinatown Kuala Lumpur bersama menu kegemaran Barat.

Membawakan konsep dapur terbuka, tetamu boleh menyaksikan sendiri bagaimana krew dapur bertungkus-lumus menyediakan pelbagai hidangan.

Antara sorotan utama yang anda perlu tahu ialah, jika anda menginap di sini pada hari-hari bekerja, anda boleh menikmati set makan tengahari, ‘Claypot Set Lunch’ yang hanya berharga RM20 untuk seorang. Set yang datang bersama minuman ini boleh dipesan dari jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang.

Selain itu, Quan's Kitchen juga membawakan ‘FUIYOH Nostalgia Weekend Buffet’ pada setiap hujung minggu. 

Peranakan Affair Afternoon Tea
Peranakan Affair Afternoon Tea

Untuk penggemar set minum petang, jangan lepaskan peluang singgah ke Lady Yi’s Tea House untuk menikmati ‘Peranakan Affair Afternoon Tea’ yang tersedia pada setiap dari 2 hingga 6 petang. Dengan harga RM168++ untuk dua orang,  set minum petang ini terdiri daripada pelbagai hidangan lazat yang memberi penghormatan kepada budaya peranakan. 

Kelas membancuh teh
Kelas membancuh teh

Alang-alang ke sini, saya ambil peluang untuk belajar membancuh teh. Maklumlah, ia adalah percuma  untuk tetamu yang menginap di hotel ini. Tapi, kena buat tempahan awal. Lebih baik buat ketika mendaftar masuk. Kelas ini beri peluang untuk anda memilih ramuan teh yang dimahukan mengikut citarasa. Seronok!

Peluang Belajar Sejarah

Satu-satunya aktiviti yang memerlukan saya keluar dari hotel ialah ‘Chinatown Cultural Work’. Sebagai peminat sejarah, saya teruja apabila mengetahui aktiviti ini tersedia pada setiap Selasa dan Sabtu pada jam 10 pagi.

Aktiviti yang disediakan oleh pihak luar ini mendapat sokongan pihak hotel dan kerana itu, lobi hotel ini dijadikan tempat berkumpul. Minuman turut disediakan jika peserta ingin menghilangkan dahaga.

Belajar sejarah Chinatown antara aktiviti menarik disediakan
Belajar sejarah Chinatown antara aktiviti menarik disediakan

Selama dua jam berjalan-jalan santai di sekitar kawasan Chinatown Kuala Lumpur, peserta akan melalui kawasan bersejarah yang mempunyai kisah masa lalu yang cukup menarik untuk diketahui. Ada kisah yang sudah tertulis di buku sejarah, ada juga yang tidak tertulis di mana-mana buku.

Pemandu pelancong kami tempoh hari, Marie cukup berpengalaman dan dia bijak menarik minat peserta untuk terus mendengar. Penerangannya juga cukup jelas. Percayalah, anda seronok dan belajar sesuatu yang baharu tentang Chinatown.

Marie yang bijak menarik perhatian dan minat peserta untuk mempelajari sejarah Chinatown
Marie yang bijak menarik perhatian dan minat peserta untuk mempelajari sejarah Chinatown

Aktiviti ini adalah berasaskan tip. Secara purata, pesertamemberi tip kepada pemandu pelancong di antara RM40 dan RM60 seorang.

Sama ada anda menginap untuk urusan perniagaan atau percutian, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown pasti tidak menghampakan! - Getaran, 28 September 2024

Foto : Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN