web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keseronokan Berterusan Di Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia Resort! 

Splash Carnival datang lagi dengan menjanjikan percikan terbaik permainan air mendebarkan

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2024 3:54PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acara penuh keseronokan Splash Carnival kini kembali ke Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia Resort, bermula dari 4 Julai hingga 4 Ogos hadapan.  

Ekstravaganza lima minggu penuh aksi ini menjanjikan percikan terbaik dengan permainan air mendebarkan, aktiviti menyeronokkan, hiburan meriah dan semestinya kenangan terindah yang terpahat di ingatan.

Inilah masanya untuk anda mencuri masa dengan membawa keluarga untuk sebuah percutian yang dipenuhi sorakan dan gelak ketawa. Sepanjang tempoh dua minggu yang lalu, banyak acara dipersembahkan demi meraikan pengunjung yang tidak pernah jemu memberikan sokongan sejak 2012 lalu. 

Minggu lalu, bintang Korea yang sedang meningkat naik, Han Byul, turut dibawa secara eksklusif bagi menghiburkan pengunjung. 

“Kejayaan luar biasa Splash Carnival pada tahun lalu membuatkan pihak kami sangat teruja untuk membawakan acara ini kembali tahun ini. Tahun ini, kami telah mencipta gelombang pengalaman menarik yang direka untuk mencipta kenangan yang berkekalan untuk keluarga dan rakan-rakan.

“Daripada pengembaraan sukan air yang menggembirakan kepada persembahan langsung yang menawan hati daripada Han Byul,” ujar Pengarah Bahagian LEGOLAND® Malaysia Resort, CS Lim.

Berikut adalah senarai aktiviti yang telah diatur oleh taman teman air ini sepanjang karnival berlangsung:

• Strike A Pose: Uji keseimbangan dengan bertahan dalam gaya terbaik untuk merakam gambar di bot pisang.

• Sink or Swim: Tetapkan sasaran anda dengan menjatuhkan kakitangan taman tema ini ke dalam air 

• Build and Race: Serlah bakat terpendam dengan membina bot Lego anda sendiri sebelum berlumba dengan bot rekaan rakan dan ahli keluarga yang lain.

‘Build your own boat’ antara aktiviti yang menarik
‘Build your own boat’ antara aktiviti yang menarik

• Beachside Battles: permainan bola tampar air yang menyegarkan. Tayang kehebatan anda dalam bermain dan lihat pasukan mana yang boleh bergelar pemenang. 

• Sandbox Fun: Berehat seketika dengan membina istana pasir.

• Beach Ball Hunt: Cari bola pantai Lego tersembunyi di seluruh taman dan tebusnya untuk hadiah menarik!

Alang-alang sudah sampai ke sini, apa kata anda maksimumkan pengembaraan dengan meneroka tarikan-tarikan lain yang menanti. Paling penting, anda kena bijak bahagikan masa supaya harga tiket yang dibayar tidak merugikan. Datang seawal mungkin dan akhiri lawatan ke sini sebaik operasi ditutup.

Istimewa untuk yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini, semak panduan di bawah ini supaya anda tidak tertinggal ‘tarikan wajib’. Pastikan tiket yang berharga ratusan ringgit itu berbaloi. 

1. Intai Miniland Amazing Malaysia

Dilancarkan pada September 2023, Miniland Amazing Malaysia terdiri daripada 126 model LEGO yang dibina secara teliti. Model ini dibahagikan mengikut zon Timur, Barat, dan Laut China Selatan merangkumi binaan LEGO seluas 381 meter persegi.  

Antara mercu tanda ikonik dari Malaysia Timur dan Barat, termasuklah kubu bersejarah A’Famosa, Jonker Walk, dan Batu Caves. Selain itu ada juga bangunan-bangunan ikonik dari seluruh dunia. 

2. Pengalaman 4D: Melangkah Ke Dunia Fantastik Di Luar Imaginasi

Apakah cara yang lebih baik untuk memburu makhluk jahat menakutkan daripada terpaksa berhadapan dengan mereka dan bertarung habis-habisan? 

Dengan Filem LEGO® DREAMZzz 4D, ini adalah peluang anda untuk melangkah ke dunia fantastik di luar imaginasi paling liar, dan menerima kuasa baharu yang anda miliki, untuk melindungi mimpi anda daripada roh jahat. 

Sertai Mateo dan Izzie dalam Z-Blob Rescue Rush di Teater Filem 4D LEGO® Studios dan lihat sendiri betapa hebatnya sebuah mimpi.

3. Kejutan Dunia Di Bawah Air

Percutian di LEGOLAND® Malaysia Resort tidak akan lengkap tanpa lawatan ke SEA LIFE Malaysia.

Tarikan akuatik interaktif ini mempamerkan hidupan marin di habitat Malaysia bersama elemen LEGO® yang menawan. Temui makhluk yang disayangi seperti kuda laut yang anggun bergerak bersama-sama dan 'Crabzilla of the Sea' yang besar, ketam labah-labah Jepun dengan kaki panjang menjangkau sehingga 12.1 kaki panjang. 

Selain itu, anda juga akan menemui kejutan baharu apabila akuarium itu mengalu-alukan kehadiran lebih 28 spesies baharu, termasuklah ikan racoon butterfly yang cantik.

Untuk maklumat lanjut dan membeli tiket masuk, anda boleh ke https://www.legoland.com.my/tickets-passes/day-tickets/ . Untuk lebih penjimatan, anda mungkin berminat untuk membeli ‘Trip Park One Day Pass’ yang melayakkan setiap pembeli mendapat pas tahunan secara percuma! 

Pas ini memberi anda keseronokan tanpa henti selama setahun, dengan banyak faedah hebat seperti diskaun, jemputan eksklusif dan pengalaman unik yang tidak dapat dilupakan! - Getaran, 18 Julai 2024

Foto : Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang