web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vietjet Terima Pesawat Ke-105 Serba Moden, Perkenal Lebih Banyak Destinasi

A321neo ACF ialah pesawat jimat bahan api yang direka untuk meningkatkan keselesaan penumpang dan meminimumkan kesan alam sekitar.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 8:03PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vietjet terus mengukuhkan operasi syarikatnya dengan ketibaan pesawat baharu, Airbus A321neo ACF di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh City pada awal Februari lalu.

Penambahan ini menjadikan armada Vietjet kini berjumlah105 pesawat, sekaligus mengukuhkan komitmen syarikat penerbangan itu terhadap pertumbuhan dan kecekapan operasi.

A321neo ACF ialah pesawat jimat bahan api yang direka untuk meningkatkan keselesaan penumpang dan meminimumkan kesan alam sekitar.

Terkenal dengan ciri kontemporarinya, A321neo ACF mampu menjimatkan bahan api sehingga 20 peratus, mengurangkan pelepasan kepada alam sekitar sehingga 50 peratus, dan mengurangkan bunyi bising sehingga 75 peratus.

Vietjet mengguna pakai format kabin A321neo ACF yang direka khas pada 2019, menjadikannya syarikat penerbangan pertama di dunia yang berbuat demikian.

Selaras dengan rancangan pengembangan strategiknya, Vietjet baru-baru ini telah memasukkan pesawat Airbus Neo berturut-turut ke dalam armadanya, menyediakan sumber yang diperlukan untuk pengembangan rangkaian masa hadapan.

Diperkenalkan pada Tahun Naga, pesawat ini akan menyumbang kepada kesediaan Vietjet untuk destinasi baharu.

Bahkan, pada musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, syarikat penerbangan itu juga berjaya menangani peningkatan permintaan perjalanan.

 Pesawat ke-105 itu akan beroperasi di laluan yang menghubungkan pelbagai destinasi di Vietnam dan antarabangsa, termasuk Australia, India, China, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Thailand dan banyak lagi.

Kapasiti penerbangan yang dipertingkatkan juga akan memberikan kelonggaran yang lebih besar kepada pelancong Malaysia untuk berhubung dengan mudah ke destinasi popular melalui Vietnam, semuanya pada tambang yang berpatutan.

Beroperasi setiap hari, penerbangan antara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh City menawarkan beribu-ribu kemudahan lengkap dan kemudahan perjalanan penumpang dengan banyak pilihan penerbangan dan laluan, di dalam dan di luar negara.

Pada tahun lalu, Vietjet menambah 33 laluan antarabangsa dan domestik baharu, menghasilkan rangkaian 125 laluan (80 antarabangsa dan 45 laluan domestik). Syarikat penerbangan itu telah berjaya mengangkut lebih 185 juta penumpang di seluruh dunia. – Getaran, 29 Februari 2024

Foto : Vietjet

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia