Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


ICONSIAM Jadi Salah Satu Lokasi Gemerlapan The Vijit Chao Phraya 2023

Sepanjang Disember ini saksikan pertunjukan cahaya dan bunyi ekstravaganza di Sungai Chao Phraya, Bangkok, Thailand

Jelajah Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 8:26AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekiranya anda ke Bangkok, Thailand sempena percutian hujung tahun ini, jangan lupa singgah ke pusat membeli-belah popular, ICONSIAM yang terletak di tepi sungai Chao Phraya. Pusat beli-belah ini merupakan salah satu daripada tujuh lokasi tumpuan untuk acara ‘The Vijit Chao Phraya 2023’, yang menjadi sebahagian daripada Festival Musim Sejuk Thailand.

Acara yang dibawakan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) ini dianjurkan sepanjang Disember 2023 dan ia turut mendapat kerjasama daripada  sektor awam dan swasta di sana.

Pengarah Urusan ICONSIAM Company Limited, Supoj Chaiwatsirikul berkata, pihaknya berbangga dapat menerangi sungai yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara itu. 

 "Acara hebat ini akan membantu menerangi sungai itu sepanjang musim kegembiraan ini dan mengundang semua orang untuk  turut serta menyertai festival bercahaya ini di ICONSIAM," ujar beliau.

Tambah beliau, ICONSIAM akan menganjurkan pertunjukan cahaya dan bunyi yang menakjubkan di tepi sungai sebanyak empat kali sehari, iaitu pada jam 6.30 petang, 8 malam, 9 malam dan 9.30 malam.

Selain itu, terdapat juga pertunjukan tarian air pancut multimedia yang paling lama di Asia Tenggara dan menggabungkan cahaya, bunyi serta elemen-elemen lain yang menjadikannya salah satu tarikan paling menarik di Sungai Chao Phraya.

Aktiviti yang diatur oleh ICONSIAM ini membentuk sebahagian daripada program acara 'Vijit Chao Phraya 2023' dalam Festival Musim Sejuk Thailand yang bertujuan untuk menarik perhatian global kepada salah satu tarikan semula jadi yang paling menyerlah di Bangkok.

‘The Vijit Chao Phraya 2023’ menggabungkan pemetaan tayangan canggih dan pencahayaan, digandingkan dengan penyepaduan budaya yang kreatif demi pengalaman yang memukau daripada segi teknologi dan visual. 

Elemen-elemen pertunjukan itu melibatkan hiasan lampu, tayangan imej pada bangunan, pertunjukan bunga api yang memukau serta persembahan yang kaya dari segi budaya. Kesemuanya terletak di pelbagai titik tumpuan sepanjang Sungai Chao Phraya, merangkumi bahagian antara Jambatan Krung Thon dan Jambatan Rama 3. 

Jadi, pastikan acara ini disenaraikan dalam ‘to do list’ ke Bangkok nanti. Pasti ia mencipta pengalaman yang sukar dilupakan dan anda menjadi salah seorang saksi kemegahan dan keindahan Sungai Chao Phraya dan pesisirnya. - Getaran, 28 Disember 2023

Foto : Facebook ICONSIAM

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

3

Jelajah 7 bulan yang lalu

Raja Permaisuri Menangis Penduduk Sabah Sanggup Tunggu Dalam Hujan

4

Jelajah 7 bulan yang lalu

8 Masjid Ikonik Tunggu Kunjungan Pelawat Sepanjang Bulan Pelancongan Islam

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Gaya 11 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN