Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Cerun Ski Pertama Di Malaysia Dan Kolam Laut Mati, Dua Tarikan Terbaharu Escape Penang

Escape Penang lancar dua tarikan terbaharu iaitu cerun ski pertama di Malaysia dan juga kolam laut mati yang memberikan pengalaman yang sama seperti di Laut Mati, Jordan.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 3:00PM

Pemain Ski Alpine Olimpik negara, Aruwin Salehhuddin, melakukan luncuran bergaya di cerun ski, Escape Penang - Gambar ihsan Escape Penang

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena ulang tahun  ke-10, Escape Penang baru-baru ini melancarkan dua tarikan terbaharu iaitu  cerun ski pertama di Malaysia dan juga kolam laut mati yang memberikan pengalaman yang sama seperti di Laut Mati, Jordan. 

Penambahan tarikan terbaru ini membuktikan usaha berterusan jenama itu untuk terus berada di tempat terbaik agar sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang mahukan keseronokan dan ledakan adrenalin. Sekali gus mengukuhkan reputasi Pulau Pinang dalam peta pelancongan negara. 

Majlis sambutan dan pelancaran itu dirasmikan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin, bagi pihak Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Turut merasmikan pelancaran tarikan baharu itu adalah pemain ski Alpine Olimpik Malaysia Aruwin Salehhuddin, 18, yang mempamerkan kemahirannya di lereng ski, membuktikan kehebatan tarikan bertaraf dunia itu!

Merasmikan pelancaran Cerun Ski Pertama Malaysia: (dari kiri)  Sim Choo Kheng; Yeoh Soon Hin; Datuk Abdul Halim Hussain; Aruwin Salehhuddin
Merasmikan pelancaran Cerun Ski Pertama Malaysia: (dari kiri) Sim Choo Kheng; Yeoh Soon Hin; Datuk Abdul Halim Hussain; Aruwin Salehhuddin

Sementara selebriti dan veteran komedi Malaysia, Harith Iskander bertindak sebagai hos untuk acara yang turut dihadiri oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sim Leisure Group, pemilik dan pengendali taman tema jenama Escape, Datuk Sim Choo Kheng. 

Bagi pihak Ketua Menteri, Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian Escape Penang serta percaya tarikan ini mampu meletakkan Pulau Pinang di peta dunia. 

“Saya sangat teruja apabila mengetahui bahawa Pulau Pinang kini akan menjadi rumah kepada Cerun Ski dan Kolam Laut Mati yang pertama di Malaysia.

“Dengan tarikan baharu ini, Escape Penang sekali lagi meningkatkan tahap pembangunan pelancongan di Pulau Pinang,” jelasnya. 

Di kelilingi kehijauan alam semula jadi, setiap detik yang berlalu di Escape Penang cukup berharga
Di kelilingi kehijauan alam semula jadi, setiap detik yang berlalu di Escape Penang cukup berharga

Pengasas Escape, Datuk Sim Choo Kheng pula berkata, selepas 10 tahun jenama Escape diperkenalkan di Pulau Pinang, kini mereka berbangga kerana  sudah berada dan mencapai tahap seperti ini. 

“Ia sememangnya perjalanan yang panjang buat kami, tetapi seperti yang anda boleh lihat dengan jelas, Escape Penang tidak seperti taman tema lain. 

“Kami berani tampil dengan kelainan dan, menawarkan permainan yang diidamkan serta memberi pengalaman bermain yang dapat dibayangkan semula.”

“Kami masih berpegang pada konsep mengembalikan semula keindahan zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu sambil mempromosikan hubungan dengan alam semula jadi. Kami cukup komited. 

“Ketika membangunkan taman ini, kami berusaha sedaya upaya untuk tidak menjejaskan kehijauan alam semula jadi. Anda boleh lihat sendiri. Malah, kami juga menanam lebih banyak pokok!” katanya. 

Lereng Ski menggunakan jalan yang sudah tidak berfungsi di mana suatu ketika dahulu ia pernah menjadi tapak pembinaan Empangan Teluk Bahang
Lereng Ski menggunakan jalan yang sudah tidak berfungsi di mana suatu ketika dahulu ia pernah menjadi tapak pembinaan Empangan Teluk Bahang

Cerun ski sepanjang 302 meter adalah cerun ski buatan manusia luar yang meluncur menuruni bukit yang dihasilkan daripada bahan khas yang membolehkan ski dan papan salji meluncur dengan mudah biarpun tanpa kehadiran salji. 

Sebagai bukti sebenar kreativiti dan komitmen Sim Leisure Group terhadap alam sekitar, Lereng Ski menggunakan jalan yang sudah tidak berfungsi di mana suatu ketika dahulu ia pernah menjadi tapak pembinaan Empangan Teluk Bahang. 

Seperti semua tarikan lain di Escape Penang, segala usaha telah dilakukan untuk mengguna semula infrastruktur sedia ada, sambil mengekalkan persekitaran semula jadi taman itu.

Harith Iskander turut mencuba kehebatan Kolam Laut Mati sebagai simbolik kepada perasmian tarikan terbaharu ini
Harith Iskander turut mencuba kehebatan Kolam Laut Mati sebagai simbolik kepada perasmian tarikan terbaharu ini

Sementara, Kolam Laut Mati yang meniru Laut Mati yang terkenal di Jordan mempunyai tahap kemasinan yang tinggi bagi membolehkan pelawat terapung secara semula jadi di dalam kolam. 

Untuk makluman, pemilik taman ini baru sahaja mendapat pengiktirafan ‘The Blooloop 50 Theme Park Influencer List 2022’ sebagai penggerak utama dalam industri. 

Pengiktirafan berprestij ini meraikan kerja 50 individu penting yang kreatif, bersemangat dan tidak jemu membantu dalam  membentuk dan menambah baik industri. 

Bagi yang pernah menghabiskan masa di Escape Penang, pasti anda tidak menafikan bahawa pusat rekreasi ini menjanjikan satu pengalaman yang lain daripada lain. 

Di kelilingi kehijauan alam semulajadi, setiap detik yang berlalu di sini cukup berharga. Malah, tarikan atau permainan yang tersedia juga mampu melegakan tekanan fikiran. Menjeritlah sepuas hati kerana tiada sesiapa yang menghalang.

Jadi tunggu apa lagi? Dengan pertambahan tarikan terbaharu, bolehlah rancang percutian menggembirakan ke sana. - Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

Politik Negara Stabil, Berjaya Tarik Pelabur Asing - PM

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Mayat Wanita Ditemui Terapung Di Muara Sungai

3

Jelajah 9 bulan yang lalu

Galeri Haji Pulau Pinang Diiktiraf MBOR Sebagai Galeri Haji Pertama Malaysia

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Mayat Bayi Ditemukan Terapung Di Perkampungan Atas Air Di Kota Kinabalu

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 1 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN