web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Firefly Lancar Penerbangan Terus Pulau Pinang-Banda Aceh

Penerbangan FY3510 mula menggunakan laluan baharunya semalam ketika ia berlepas dari PEN pada 10:50 pagi waktu tempatan dan tiba pada 11:10 pagi di BTJ.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 7:12AM

Firefly akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya, berlepas pada hari Isnin dan Jumaat melalui penerbangan FY3510 dan FY3511 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Firefly melancarkan laluan antarabangsa baharu yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda (BTJ) di Banda Aceh, Indonesia.

Penerbangan FY3510 mula menggunakan laluan baharunya semalam ketika ia berlepas dari PEN pada 10:50 pagi waktu tempatan dan tiba pada 11:10 pagi di BTJ, menggunakan pesawat Boeing 737-800, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan di bawah Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya, berlepas pada hari Isnin dan Jumaat melalui penerbangan FY3510 dan FY3511.

Kekerapan perkhidmatan akan meningkat secara beransur-ansur kepada empat kali seminggu mulai Disember tahun ini, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan rangkaian di seluruh ASEAN, katanya.

Majlis sambutan telah diadakan di BTJ dengan kehadiran ketua jualan global MAG Roslan Ismail, manakala pasukan pengurusan Firefly adalah antara penumpang yang menyertai penerbangan sulung itu.

“Kami menjangkakan kemasukan pelancong perubatan dan percutian yang tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Philip See sambil menambah ini akan lebih memudahkan masyarakat Aceh untuk mengunjungi keluarga dan teman-teman mereka.

Mereka juga boleh mendapatkan rawatan perubatan daripada pusat perubatan yang ditubuhkan, meneroka warisan Pulau Pinang dan membolehkan pelajar mendaftar di universiti dan kolej Malaysia yang diiktiraf antarabangsa, katanya.

Sementara itu, Ketua Pelancongan dan Kebudayaan Aceh Almunizar Kamal berkata laluan itu mampu membantu memacu pertumbuhan pelancongan kedua-dua belah pihak, Aceh dan Pulau Pinang.

“Aceh, yang terletak di barat laut Indonesia, terkenal dengan pelancongan pantai yang menarik, bangunan pelancongan bersejarah, kulinari istimewa dan kopi. Ini akan menjadi tarikan hebat untuk pelancong,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

3

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

4

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

5

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry