web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbang Terus ke Kazakhstan Dari Nha Trang Dengan Vietjet

Vietjet Lancar Penerbangan Bersejarah Menghubungkan Vietnam dan Kazakhstan sempena ulang tahun ke 30 jalinan hubungan diplomatik.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 5:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 jalinan hubungan diplomatik antara  Vietnam dan Kazakhstan, syarikat penerbangan tambang murah, Vietjet telah mengumumkan penerbangan terus yang menghubungkan bandar raya terbesar Kazakhstan, Almaty dengan destinasi pelancongan kian popular, Nha Trang, Vietnam.

Ini bermakna, jika anda terbang ke Nha Trang, anda boleh meneruskan pengembaraan hingga ke Kazakhstan dengan kos perjalanan yang lebih kompetitif. Perkhidmatan penerbangan ini sudah tersedia dengan dua kekerapan dalam seminggu dengan masa penerbangan kira-kira 9 jam sehala.

Penambahan penerbangan baharu dalam rangkaian penerbangan Vietjet yang meluas ini adalah tepat pada masanya, kerana ia memperingati hubungan diplomatik yang kukuh antara Vietnam dan Kazakhstan dan bakal mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara itu.

“Dengan adanya rangkaian penerbangan baharu ini yang menghubungkan Kazakhstan dan negara-negara serantau lain dengan Vietnam, kami yakin ia akan meningkatkan pertumbuhan utama dalam sektor ekonomi, perdagangan dan pelancongan antara Vietnam dan Kazakhstan, termasuk negara-negara lain di rantau itu.”

“Laluan penerbangan ini akan dikendalikan oleh Vietjet dengan menggunakan pesawat moden berbadan lebar A330 yang dilengkapi dengan produk, perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik untuk memenuhi keperluan penumpang untuk tujuan liburan dan perniagaan,” ujar Naib Presiden dan ahli Lembaga Pengarah Vietjet, Chu Viet Cuong ketika majlis pengumuman yang diadakan baru-baru ini.

Pemimpin Vietnam dan Kazakhstan menghadiri majlis pengumuman pembukaan laluan Almaty - Nha Trang dan mengalu-alukan Vietjet ke Kazakhstan.
Pemimpin Vietnam dan Kazakhstan menghadiri majlis pengumuman pembukaan laluan Almaty - Nha Trang dan mengalu-alukan Vietjet ke Kazakhstan.

Sebagai bandar raya terbesar serta merupakan pusat kewangan dan kebudayaan Kazakhstan, Almaty terkenal sebagai pusat tarikan pelancong.

Para pelawat ke Almaty boleh menikmati ketenangan di kawasan dataran dan juga pergunungan yang terkenal dengan pemandangan yang hebat.

Tidak dilupakan seni bina moden dan juga jalan-jalan sibuk di mana pelawat boleh mengutip memori di tempat-tempat kebudayaan, kesenian unik dan juga landskap semula jadi yang indah.

Dengan iklim yang sederhana dan sinaran matahari sepanjang tahun, Nha Trang pula telah lama menjadi destinasi pilihan percutian dalam kalangan pelancong dari serata dunia untuk menikmati cuaca tropika, pantai yang indah dan pelbagai makanan yang unik di bandar ini.

Vietjet sentiasa berusaha untuk pulih dengan pantas daripada impak COVID-19 dan juga telah memacu pengembangan rangkaian penerbangannya di dalam dan ke luar negara. Tindakan yang pantas ini bertujuan untuk membantu memulihkan sektor pelancongan Vietnam dengan mempromosi destinasi dan laluan penerbangan baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazakhstan, Talgat Tleubekovits menyerahkan sijil pengendali kepada wakil Vietjet, Naib Presiden Vietjet (kanan), Chu Viet Cuong, dan mengucapkan tahniah kepada Vietjet kerana memperkenalkan penerbangan yang menghubungkan Almaty dan Nha Trang.
Pengerusi Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazakhstan, Talgat Tleubekovits menyerahkan sijil pengendali kepada wakil Vietjet, Naib Presiden Vietjet (kanan), Chu Viet Cuong, dan mengucapkan tahniah kepada Vietjet kerana memperkenalkan penerbangan yang menghubungkan Almaty dan Nha Trang.

Setakat hari ini, Vietjet telah melebarkan sayapnya ke India, Jepun, Korea Selatan, Kazakhstan, dan bakal memperkenalkan Eropah dan Australia ke dalam senarai destinasi penerbangannya tidak lama lagi. Laluan penerbangan terus telah berjaya meningkatkan pertukaran ekonomi, kebudayaan, dan sosial antara negara, yang telah memainkan peranan yang penting dalam proses pemulihan pasca-pandemik negara tersebut.

Pesawat-pesawat Vietjet yang moden mencerminkan imej bendera kebangsaan Vietnam dan juga irama ‘Hello Vietnam’, sebuah lagu yang telah menjadi popular di kalangan rakan-rakan Vietjet dari serata dunia.

Lagu ini mengirimkan satu pesanan kepada dunia, mengalu-alukan kehadiran mereka ke Vietnam, sebuah negara yang indah, ramah dan mesra untuk dikunjungi. - Getaran, 18 Oktober 2022

Foto : gocomm.com.my

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Boleh Terbang ke Tokyo Dengan Harga Jimat Bersama Vietjet

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

MATRADE: Jumlah Perdagangan M'sia-Kazakhstan RM480 Juta 10 Bulan Pertama 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 22 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN

Gaya 1 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Piala Dunia adalah tentang impian, kenangan dan pengalaman yang sukar digantikan dengan apa jua acara sukan lain di dunia

oleh Rahayu MN