web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Boleh Terbang ke Tokyo Dengan Harga Jimat Bersama Vietjet

Vietjet secara rasminya telah memulakan penerbangan sulung antara Ho Chi Minh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 8:26AM

Vietjet menawarkan lebih banyak penerbangan mampu milik antara Vietnam dan Jepun - gambar Vietjet

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semenjak industi pelancongan mula kembali pulih daripada pandemik COVID-19, , harga tiket penerbangan tidaklah ‘semurah’ dahulu. Situasi ini sudah pasti tidak menyenangkan hati membuatkan mereka yang kerap mengembara atau melancong.

Jadi, untuk mendapatkan harga tiket yang tidak membebankan, pengembara harus bijak dan mencari jalan terbaik. Antara caranya ialah dengan mengorbankan penerbangan secara terus, dan mengambil penerbangan transit.

Untuk yang sedang merancang terbang ke Tokyo dalam waktu terdekat atau beberapa bulan akan datang, apa kata anda ambil penerbangan dengan syarikat penerbangan tambang murah dari Vietnam, Vietjet. 

Vietjet yang secara rasmi telah memulakan penerbangan sulungnya antara Ho Chi Minh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, menawarkan penumpang lebih banyak pilihan untuk perjalanan udara mampu milik antara dua bandar paling meriah di Vietnam dan Jepun.

Kini, dengan tujuh penerbangan pergi balik pada setiap minggu, pengembara boleh melakukan perjalanan lebih mudah antara Tokyo melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda dan Bandar Ho Chi Minh.

 Vietjet menawarkan tujuh penerbangan pergi balik antara Ho Chi Minh - Haneda setiap minggu - gambar Vietjet
Vietjet menawarkan tujuh penerbangan pergi balik antara Ho Chi Minh - Haneda setiap minggu - gambar Vietjet

Penerbangan dari Ho Chi Minh City ke Tokyo (Haneda) berlepas pada jam 5 petang waktu tempatan dan tiba pada jam 1 pagi keesokan harinya (waktu tempatan). Penerbangan pergi balik dari Tokyo (Haneda) ke Ho Chi Minh City pula berlepas pada jam 2 pagi dan tiba pada 6.10 pagi (waktu tempatan).

Ini bermakna penumpang dari Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak pilihan penerbangan untuk ke Tokyo dengan transit di Ho Chi Minh. Beroperasi setiap hari, penerbangan antara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh City akan memberikan penumpang lebih fleksibiliti dan laluan penerbangan alternatif ke Jepun.

Perkhidmatan penerbangan Tokyo (Haneda) – Ho Chi Minh City ialah laluan kedua Vietjet antara kedua-dua bandar tersebut, membentuk sejumlah tujuh laluan Jepun – Vietnam. Vietjet mengendalikan penerbangan terus dari Tokyo (Narita dan Haneda), Osaka ke Ho Chi Minh City, Hanoi, Fukuoka, Nagoya ke Hanoi. Syarikat penerbangan itu juga mengendalikan penerbangan sewa dari Vietnam ke destinasi Jepun seperti Niigata, Shizuoka, Fukushima, Ehime, dan Wakayama.

Selain itu, syarikat penerbangan itu telah mengumumkan peningkatan ketara dalam kapasiti penerbangannya antara Vietnam dan Indonesia kepada 84 penerbangan mingguan mulai 12 Ogos, memenuhi peningkatan permintaan untuk perjalanan ke Bali.

Penumpang dari Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak pilihan penerbangan untuk ke Tokyo dengan transit di Ho Chi Minh - gambar Vietjet
Penumpang dari Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak pilihan penerbangan untuk ke Tokyo dengan transit di Ho Chi Minh - gambar Vietjet

Dengan perluasan penerbangan itu, Vietjet akan memperkenalkan lima penerbangan pergi balik setiap hari yang menghubungkan Ho Chi Minh dan Hanoi ke Bali. Pengembara juga akan mendapat manfaat daripada kemudahan sambungan terus antara Ho Chi Minh dan Jakarta, untuk pengalaman penerbangan yang lebih lancar bermula 5 Ogos hadapan.

Berita baik untuk anda yang sedang merancang percutian, anda berpeluang memburu tiket untuk terbang ke Tokyo dan laluan antarabangsa Vietjet lain pada harga serendah RM120 sehingga 31 Disember.

Tawaran ini hanya berlaku pada setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat di www.vietjetair.com dan aplikasi mudah alih Vietjet Air. Ia sah untuk perjalanan antara 10 Ogos 2023 hingga 31 Mac, 2024. Anda juga boleh mengumpul bonus SkyPoints pada setiap penerbangan untuk menebus baucar dan perkhidmatan Vietjet daripada 250 jenama kegemaran. - Getaran, 26 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 3 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 3 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 5 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN